𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟐𝟗

18.9K 619 163
                                    

AYZEN POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYZEN POV

Aku tersedar dari lena. Jam di atas meja, aku kerling sekilas. Tepat pukul 6 pagi. Subuh pun belum masuk lagi.

Tapi, alang-alang dah tersedar ni, baik bangun je. Takut terlepas waktu subuh pula, kalau sambung tidur.

Kepala dipalingkan kearah kanan. Hairan. Sebelah aku kosong. Mana isteri aku? Hati mula tak tentu arah.

Pantas aku bangkit dari katil. Pintu bilik dibuka sebelum mengatur langkah ke tingkat bawah. Lampu dapur dibuka. Kosong. Aku pergi pula ke ruang tamu. Kosong juga.

Mana pula isteri aku menghilang ni?

Hampir kesemua tempat aku mencarinya. Aku mula rasa gelisah. Nak kata keluar dari rumah pun tidak mungkin lah sebab kereta masih ada. Swimming pool pun kosong juga. Mana pula perginya ni?

Oh, satu tempat lagi! Bilik kerja aku.

Kaki pantas melangkah kearah bilik kerjaku yang terletak di tingkat atas. Tombol pintu dipulas.

Tepat!

Mataku tertancap pada raut wajah Filea yang terlelap di meja kerjaku. Spontan, senyuman nipis terukir di bibirku.

Comel.

Aku tak mahu menganggu tidurnya. Tapi, melihat dia tidur dalam keadaan macam tu membuatkan hati aku sedikit tak senang. Bimbang dia akan sakit badan dan tengkuk sebaik sahaja bangun dari tidur.

Mata dikalihkan kearah meja kerjaku yang agak bersepah dengan...

Origami berbentuk love?

Ni semua kerja Filea ke? Dia tak tidur dalam bilik semata-mata buat origami ni? Kira-kira macam hampir seratus juga origami berbentuk love itu.

Patutlah semalam aku tunggu Filea masuk tidur sekali, tapi bayangnya langsung tidak muncul sehinggalah aku terlelap tanpa sedar.

Aku sempat melihat sehelai sticky note diatas meja yang tertulis, 'maafkan saya sebab buat abang terasa.'

Ya Allah, rasa bersalah bertandang di dalam hati. Sebab aku ke dia buat semua ni?

Rambut Filea yang menutupi wajahnya, ku alihkan sedikit. Hilang segala masalah tatkala anak mataku merenung wajahnya. Bibir dilabuhkan pada dahinya. Kejap.

Bidadari abang...

Tubuhnya bergerak sedikit. Cepat-cepat aku keluar dari bilik kerjaku dengan berhati-hati. Tidak mahu Filea sedar yang aku sudah tahu akan rancangannya.

Bibir terukir senyuman. Comel betul isteri aku!

Memang tak lah, aku nak merajuk lama-lama dengan isteri sendiri. Aku rindu tubuhnya dalam dakapanku. Salah aku juga. Dah kenapa nak merajuk? Aku jugak yang rindu.

Kaki diatur menuju ke bilik air untuk menyucikan diri dan mengambil air wudhu'. Keluar sahaja dari bilik air, aku melihat Filea sedang melipat telekungnya.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now