Pulang sahaja dari menghantar Ayla ke sekolah, aku perasan ada sebuah kereta mewah berjenama BMW berwarna hitam yang terparkir di luar pagar rumah Tuan Ayzen.Setahu aku, pagi tadi sebelum hantar Ayla, takde kereta ni. Ke aku salah nampak?
Aku melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Masuk-masuk sahaja, dua pasang mata merenung wajahku.
Langkahku terus terhenti.
Aik? Tuan Ayzen ada dua? Aku gosok mata beberapa kali. Mana la tahu ni imaginasi aku aje. Aku celikkan mata. Masih ada. Jadi, ni bukan imaginasi aku semata-mata.
Tak berkelip aku pandang mereka. Mana satu Tuan Ayzen? Nak dikatakan, memang sama la muka mereka. Cuma aura je berbeza. Seorang vibe agak seram. Seorang lagi vibe ceria. Dah tentu-tentulah, Tuan Ayzen yang aura seram tu!
Dari lama-lama aku berdiri kat sini, baik aku pergi. Takut aku menganggu pula. Baru sahaja ingin angkat kaki dari situ, satu suara garau menegurku.
"Cik Filea, right? You can call me Aariz. Saya kembar Ayzen."
Jejaka itu menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Berbeza betul dengan Tuan Ayzen. Aku syak Tuan Ayzen berkawan dengan beruang kutub. Sama-sama beku. Sesuai sangat!
Kakinya melangkah menghampiriku sebelum sebelah tangannya dihulurkan.
Eh? Nak suruh aku buat apa ni? Salam? Dia tak tahu ke haram.
Aku berdiri tegak memandangnya. Kedua belah tangan disorokkan ke belakang. Aku cuma membalas senyumannya. Tak tahu nak buat apa.
'Macam mana aku nak cakap ni?' Bibir digigit perlahan. Aku mula tak senang duduk. Kepala yang sememangnya tidak gatal kugaru perlahan. Bingung.
Aku menjeling Tuan Ayzen sekilas. Dia hanya beku di tempat duduknya tanpa menghiraukanku. Sibuk melihat telefon di tangan. Bukannya nak tolong.
"Err, saya tak boleh salam encik. Maaf."
Anak mata kuhalakan ke lantai. Rasa bersalah pula. Tapi nak buat macam mana. Haram tetap Haram. Aku tak nak lah tambah dosa yang dah sedia banyak ni. Lagi-lagi dosa mengumpat Tuan Ayzen.
Astaghfirullah, Felia.
"Ah, sorry. My bad." Lelaki itu tersenyum. Tangannya yang sedari tadi dihulurkan ditarik semula sebelum dia berdehem kecil.
"Anyway, lantai lagi handsome dari saya ke, Cik Filea?" Sambungnya lagi.
Cepat-cepat aku mengangkat wajah. Mataku terbuntang luas.
"Eh, mana ada."
"Maksudnya betul la saya handsome?" Keningnya terjongket sebelah. Senyuman nakal tersungging di bibirnya.
"E-eh? Tak. Maksud saya..."
Bibir diketap perlahan sambil otakku ligat cuba mencari alasan lain. Aduh, tersalah cakap. Malu!
YOU ARE READING
𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚
Romantik"𝐈𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫." - 𝐀𝐲𝐳𝐞𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐫𝐢𝐳 Cover by :@tsweetestrain-