𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟏

12.9K 599 154
                                    

Pintu bilik Tuan Ayzen diketuk perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik Tuan Ayzen diketuk perlahan. Satu kali. Dua kali.

"Come in."

Perlahan suara Tuan Ayzen membalas dari dalam bilik.

Daun pintu dikuak. Kepala dijengukkan sedikit sebelum aku mengatur langkah memasuki biliknya.

Aku menuju ke katilnya. Tuan Ayzen yang tadinya baring terus duduk lalu bersandar di kepala katil.

"Tuan masih sakit? Nak saya bawa ke hospital?"

Dulang yang berisi dengan bubur dan beberapa biji ubat, aku letakkan di atas meja di sebelah katilnya.

"I'm fine. Why are you here, Filea?" Tuan Ayzen menatap wajahku redup.

Mataku yang bersabung dengannya menghasilkan getaran di dada. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Saya datang ni nak pastikan tuan makan bubur and makan ubat ni. Tuan larat tak?"

Takut juga aku kalau tuan tak larat nak angkat tangan disebabkan bahu belah kanannya yang terluka.

"Kalau aku tak larat, kau nak suapkan ke?" Sebelah kening Tuan Ayzen terjongket.

"Tuan tak larat ke? Aku balas pertanyaannya dengan soalan.

"Yes." Sepatah sahaja jawapannya.

"Kalau macam tu, saya pergi panggil maksu suruh suapkan tuan."

Aku sudah siap sedia hendak melangkah keluar dari biliknya.

"No. Aku tak nak orang lain. Aku nak kau."

Kata-katanya membuatkan aku terhenti.

"Tapi, tuan.." bibir digigit perlahan.

"No buts. I want you to feed me." Selamba saja Tuan Ayzen beri arahan padaku.

"Tangan saya parkinson, tuan. Nanti gegar-gegar susah tuan nak makan." Aku siap tunjuk demo lagi. Nak bagi dia percaya.

Aku cuba cipta pelbagai alasan. Kalau boleh nak lari dari sini. Tak cukup oksigen setiap kali duduk berdua dengannya.

"Kalau kau tak nak suap, aku tak nak makan. Go."

Dia memalingkan wajahnya dari memandangku. Rahangku jatuh.

Tuan... merajuk? Tuan? Merajuk? Sejak bila perangai tuan macam budak-budak ni? Comel pula aku tengok. Aip, Filea!

Haih... Nafas dihela berat. Nak tak nak, terpaksa juga aku turutkannya. Kalau tidak sampai ke sudah tuan tak nak makan.

"Yela, yela."

Dia terus pandang wajahku semula.

"Come, seat here."

Tuan Ayzen mengesot sedikit ke tengah katil. Memberi ruang untukku duduk.

Aku teragak-agak untuk mengambil tempat di hujung katilnya. Mangkuk berisi bubur aku ambil. Bubur itu dikacau terlebih dahulu sebelum aku menceduk sedikit bubur itu menggunakan sudu.

𝗛𝗜𝗦 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗟𝗜𝗘𝗦 | 𝗢𝗚Where stories live. Discover now