💫BAB 4💫

5.1K 279 15
                                    

Dhia duduk bersandar di kerusi klinik memikirkan kata-kata doktor itu.

"Taniah Puan, puan mengandung. Kandungan puan 1 minggu."

Dhia memejam mata. Tekanan pada dirinya sangat tinggi kerana memikirkan anak di dalam perutnya itu.

"Dhia dah. Jom." Ujar Eldian seusai membayar ubat dan rawatan Dhia.

Dhia memandang wajah Eldian lalu berdiri. Eldian menyambar tangan Dhia menyelitkan jemarinya dengan jemari Dhia.

Tiada tenaga ingin melawan tindakan Eldian. Hanya diam.

Dhia memboloskan diri ke dalam kereta begitu juga Eldian.

"Kita pergi makan dulu. Kau tak makan dari tadi." Kata Eldian. Dhia menggeleng.

"Takpe, saya nak balik boleh?" Tanya Dhia. Eldian diam.

"Boleh but kita makan dulu." Kata Eldian.

"Saya tak nak makan. Tak selesa and selera nak keluar makan." Kata Dhia lalu memandang ke luar tingkap.

"Jangan lawan cakap aku. Kesian kat baby tu." Kata Eldian. Dhia mengeluh.

"Ini anak saya, tahu lah saya jaga sendiri." Kata Dhia sambil memegang perutnya.

"I don't care sunshine." Kata Eldian. Dhia mengurut pelipisnya, tiada tenaga nak melawan lagi.

"He or she gonna be my baby." Kata Eldian perlahan.

Dhia memandang ke luar tingkap sahaja. Malas mau berdebat.

Dhia melangkah masuk ke rumah dengan lemah. Isabella melihat wajah kawannya yang pucat terus menyambut kepulangan Dhia.

"Dhia? Dhia kau okey tak?" Tanya Isabella. Dhia memeluk tubuh Isabella lalu menangis.

"Dhia kenapa?" Tanya Isabella.

"Aku mengandung bell." Ujar Dhia lalu menangis teresak-esak. Isabella terdiam sambil mengusap belakang badan Dhia.

"Shhh dah Dhia dah. Apa pun jadi jangan bertindak luar kawalan. Kita jaga baby tu sama-sama okeyy. Aku janji tak tinggal kau." Kata Isabella. Dhia tiba-tiba pengsan.

"Eh alamak hawau lah kauu. Dhia, Dhia bangun. Aku tak larat angkat kau. Dhia!" Isabella duduk sambil memangku kepala Dhia.

"Halah check jela fon call mamat tercinta dia." Kata Isabella lalu mencari telefon Dhia.

Eldian mencampak kunci kereta di atas meja pejabatnya lalu duduk dikerusinya.

"Macam mana aku nak kahwin dengan kau Dhia? Macam mana nak kau setuju tanpa membantah?" Ujar Eldian perlahan.

"Guna lah family dia." Kata Yusof yang muncul tiba-tiba di belakang Eldian.

"Eh macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Eldian. Yusof menjeling.

"Orang tengah angau mana nak kisah orang lain." Kata Yusof. Eldian diam.

"By the way, kalau kau nak kahwin dengan Dhia tu, kau jumpa jela family dia." Kata Yusof. Eldian mengerut dahi.

"Bukan dia dah buang si Dhia tu ke?" Tanya Eldian.

"Wali dia hidup lagi hanjing. Kalau diaorang tak nak kena mengena dengan Dhia, sampai bapak dia pun tak nak jadi wali Dhia. Kau ugut jela. Kata mafia." Kata Yusof sambil melihat kukunya. Eldian terdian seketika.

"First time kau bijak Yusof." Kata Eldian. Yusof tersenyum bangga.

Telefon bimbit Eldian berbunyi terus dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?" Eldian bersuara.

"What!? Kau tunggu aku datang." Kata Eldian lalu mematikan panggilan.

"Asal weyh?" Tanya Yusof.

"Jom jom. Dhia pengsan." Kata Eldian. Yusof terus megikut langkah Eldian.

Masing-masing membawa motosikal berkuasa tinggi mereka.

"Asal naik motor hanjing?" Tanya Yusof.

"Senang cilok." Kata Eldian lalu memecut laju motosikalnya.

"Hawau punya anak yatim." Kata Yusof terus memecut laju motosikalnya.

"Ate Dhia bangun ler. Lenguh pinggang aku." Kata Isabella sambil mengusap wajah Dhia.

"Aku yakin Eldian lelaki tepat Dhia. Dia mampu jaga kau." Kata Isabella.

"ASSALAMUALAIKUM!" Eldian merempuh masuk ke dalam rumah sewa Isabella.

"Haa sampe? Sini sini cepat angkat. Berat nak mampus." Kata Isabella. Eldian mencempung tubuh Dhia.

"Naik tangga ni masuk bilik kanan." Kata Isabella. Eldian mengangguk.

"Eh kau perempuan kopi." Yusof menegur Isabella.

"Eh jantan beguk!" Isabella menegur semula.

"BUKAN BEGUK BODOH! NI JAWLINE!" kata Yusof tidak berpuas hati.

"Macam beguk je." Kata Isabella lalu menjeling Yusof.

"Hanat." Kata Yusof.

Eldian membuka pintu bilik Dhia lalu meletakkan Dhia perlahan-lahan di atas katil.

"Jangan risau Dhia, aku akan jaga kau dengan anak nii. Aku janji. Cinta aku pada kau tak pernah pudar Dhia." Ujar Eldian sambil mengusap rambut Dhia.

"Dari dulu lagi Dhia, cinta aku tak pernah pudar untuk kau. 5 tahun dia aku jaga cinta aku untuk kau. Akhirnya kau kembali. Aku janji aku terima anak ni walaupun dia bukan anak aku. Aku sayang kau Dhia." Ujar Eldian ikhlas dari hati nya.

Sejak 5 tahun lepas hatinya telah berkuncikan nama Nur Dhia Zafira. Tidak pernah sekali dia membuka kunci itu demi Dhia.

"Rest lah Dhia. Aku tunggu kau sunshine." Kata Eldian lalu menutup pintu bilik Dhia.

TBC

VOTE AND COMMENTS.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now