💫BAB 16💫

2.3K 154 3
                                    

Qaf memandang tajam gambar-gambar anak buahnya yang mati dibunuh oleh Eldian.

"Sial la." Gambar itu direnyuk oleh Qaf.

"Kenapa you marah marah ni, darling?" Tanya seorang wanita yang duduk di atas peha Qaf. Qaf memeluk pinggang perempuan itu supaya tidak jatuh.

"Plan aku tak jadi. Aku ada plan baru tapi mengorbankan kau boleh buat?" Tanya Qaf. Gadis itu mengerut dahi.

"Korban nyawa?" Tanya gadis itu.

"Korban badan kau. Aku nak kau perangkap Eldian and kahwin dengan dia." Kata Qaf.

"Babe no! You tahukan i sayang you, you tahu kan body i ni you je boleh sentuh. Kenapa i kena buat macam tu pulak? You yang nak hancur kan dia kan?" Kata perempuan itu. Qaf memandang gadis itu tajam.

"Mia, sejak bila kau berani lawan aku ni? Benda tak lama pun, lepas je diaorang bercerai kau pun minta cerai lahh. Lepas tu kau nak balik kat aku pun aku terima lah. Kali ni je aku bagi lelaki lain sentuh kau." Kata Qaf. Mia terdiam.

"Tapi kenapa i? You kan banyak pelacur. Suruh jela yan-

"Sebab aku tahu diaorang tak mampu. Dah ikut je jangan nak bantah." Kata Qaf. Mia geram lalu bangun dari pangkuan Qaf.

"HATE YOU QAF UWAIS!" kata Mia lalu beredar. Qaf tersenyum sinis.

"Kau akan hancur Eldian." Kata Qaf lalu tergelak jahat.

Eldian membuka perlahan-lahan pintu biliknya supaya tidak membangunkan Dhia.

"Ha abang dari mana?" Terkejut Eldian dibuatnya apabila melihat dia sedang duduk berpeluk tubuh di atas katil.

"My sunshine, kenapa tak tidur ni?" Tanya Eldian sambil menggaru kepalanya.

"Dhia terbangun, Dhika nak susu." Kata Dhia dengan wajah dingin.

"Abang ke mana? Kenapa keluar tak cakap? Kenapa baju abang tu? Apa bau hanyir ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Eldian.

"Erm abang-

"Abang membunuh ke?" Tanya Dhia.

"Yes." Kata Eldian. Dhia memandang Eldian.

"And kenapa?" Tanya Dhia.

"Abang bunuh orang yang hantar gambar kat Dhia tuu." Kata Eldian sambil membuka butang bajunya.

"Perlu ke sampai bunuh?" Tanya Dhia.

"Well, tak perlu pun but abang yang nak bunuh, abang rasa tak puas kalau tak bunuh dia." Kata Eldian sambil berura-ura meletakkan pakaian kotornya ke dalan bakul.

"Haa, don't. Letak dalam bilik air pergi mandi sekali, bau hanyir busuk tahu takk?" Kata Dhia sambil menutup hidungnya.

"Sekarang pukul berapa?" Tanya Eldian.

"5 pagi." Kata Dhia. Eldian tersenyum nakal.

"Nak subuh so jom mandi." Kata Eldian. Dhia membulat mata.

"Ah tak payah mengada." Kata Dhia. Eldian makin lama makin dekat dengan Dhia.

"Abang please." Kata Dhia.

"I don't care." Terus tubuh Dhia dicempung.

"ishh abang!" Eldian tertawa besar.

Dhia menyediakan sarapan di dapur. Manakala Eldian baru sahaja turun sambil mendukung Dhika.

"Eh anak ibu dah bangun." Dhia mencium pipi Dhika. Dhika tertawa suka.

"ASSALAMUALAIKUM KAMI DATANG NAK ROMPAK." suara 3 bala kedengaran.

"Assalamualaikum." Dengan selamba Isabella masuk ke rumah itu.

"Eh eh ayang selamba je masuk." Kata Yusof. Isabella memandang Yusof.

"Biy, orang kalau nak merompak tak ada bagi salam bagai ye. Terus terjah je. Ni pun kira elok ayang bagi salam buatnya aku terjah je tadi." Kata Isabella lalu memaling dari memandang Yusof dan berjalan masuk.

"Aku ingat kita dah terpaling bala, rupanya ada yang boleh counter kita." Kata Adrian.

"Ye doh. Belum ada yang boleh counter kita tau." Kata Fawwaz pula.

"Eh dah lah jom masuk." Kata Yusof lalu mereka berebut masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah sudah terlihat Isabella sedang makan dengan seleranya.

"Yang, kau macam ni an aku malu tau. Aku an confuse aku bala ke kau bala?" Kata Yusof.

"At least aku tak bala kat majlis kahwin sendiri." Kata Isabella sambil mengunyah makanannya.

"Mulut penuh jangan cakap telan dulu." Kata Yusof menegur isterinya. Isabella tersengih.

"Korang ni dah miskin ke?" Tanya Eldian sambil mendukung Dhika.

"Abang." Tegur Dhia. Eldian memasang wajah dingin.

"Alah sesekali breakfast kat luar apa salahnya?" Kata Fawwaz sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Masalahnya rumah aku ni bukan warung. Lepas tu pinggan mangkuk nanti korang bukan nak reti basuh. Kalau tak si Bella basuh mesti bini aku." Kata Eldian. Fawwaz, Adrian dan Yusof mencebik.

"Kejap lagi basuh pinggan. Kalau tak lepas ni aku bagi korany makan atas daun pisang je." Kata Eldian dengan serius. Tiga bala itu menunduk.

"Takkan pasal dah nak cerai terus batu macam ni?" Bisik Yusof.

" I can here you Yusof Al-Fattah." Kata Eldian. Yusof mengemam bibir.

"Abang dah lah jangan lah marah-marah macam ni depan rezeki. Tak baik tau." Ujar Dhia menenangkan Eldian. Eldian tersenyum manis.

"Nasib ada sunshine abang ni. Kalau tak mati dah 3 ekor ni." Kata Eldian lalu mencium dahi Dhia. Dhia tersenyum.

"Eleh kiss kiss lak, aku an boleh." Kata e
Yusof lalu menarik kepala Isabella untuk cium.

Cepat-cepat Isabella menyumbat kuih donat yang berada di atas meja ke dalam mulut Yusof.

"Apa ayang ni!?" Marah Yusof sambil mengunyah donat itu.

"Kau dengan tak gosok giginya nak cium aku. Tak payah." Kata Isabella.

"Ayang, berkat tau cium tak gosok gigi. Mana tahu lepas ni dapat buka cafe sendiri." Kata Yusof. Isabella mengelak.

"Tak payah. Jijik akuu." Kata Isabella.

"Hmm yela terpaling bercium lah tuu." Kata Adrian sambil memainkan nasi didalam pinggannya menggunakan sudu.

"Iye nok terpaling." Kata Fawwaz.

"HAHAHAH SINGLE BODO SINGLE."

"hanat." Kata Adrian dan Fawwaz serentak.

TBC

VOTE AND COMMENTS

MAAF PENDEK KEKURANGAN IDEA

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now