Sekali lafaz Dhia sudah bergelar isteri kepada Eldian. Air mata menitis apabila mengenang nasibnya.
Keluarga dia turut hadir seperti yang telah dijanjikan dengan Eldian.
Selesai sahaja majlis, keluarga Dhia ingin beransur pulang. Dengan pantas dia menghalang.
"Sampai hati ayah kahwin kan Dhia dengan orang Dhia tak kenal!" Ujar Dhia dengan amarahnya.
"Hey aku kahwin kan kau supaya anak dalam perut kau tu ada bapak. Kira untung ada laki nak kau walaupun kau dah ditebuk tupai." Kata Encik Zafir. Mendalam kata-kata Encik Zafir.
Sungguh tidak dijangka oleh Dhia bahawa ayahnya yang menjaganya, memanjakannya berkata begitu.
"Ayah sampai hati ayah." Ujar Dhia, air mata berjurai.
"Eh dah lah kau tak payah buat drama tak berbayar. Sekarang kau ada laki berambus dekat laki kau lah." Kata Danish sambil menolak tubuh Dhia. Imbangan badan hampir hilang namun pantas Eldian menyambut tubuh itu.
"Danish! Kenapa buat adik macam tu?" Puan Hidayah terus mendekati Dhia.
"Dhia okey sayang?" Tanya Puan Hidayah. Dhia memeluk tubuh ibunya.
"Dhia minta maaf ibuu." Ujar Dhia.
"Kau nak mati ke?" Ujar Eldian pada Danish. Danish diam.
"kalau apa-apa jadi dekat bini and anak aku, kau nak tanggung?" Ujar Eldian dengn dingin. Danish mengemam bibirnya.
"Elok balik ler kome." Adrian muncul bersama kuih karipap ditangan.
"Ntah ada kat sini buat semak mata jee." Kata Fawwaz pula.
"Memang aku nak balik tapi budak ni yang menyibuk tahan aku." Kata Encik Zafir. Dhia diam.
"Ehh pakcik. Kau tahan aku ad,waz." Ujar Yusof. Adrian dan Fawwaz memegang lengan Yusof.
"Haa, karang botak pakcik nii." Ujar Yusof sambil mengacah ingin memukul Encik Zafir.
"Hidayah mari balik dan kau, kau ingat sampai mampus kau bukan anak aku lagi jangan berani tunjuk muka dekat aku." Kata Encik Zafir lalu keluar melepasi pintu pagar bersama Danish.
"Hek eleh dia pun tak teringin dapat bapak kejam macam kauu." Ujar Fawwaz lalu memasukkan kuih donut ke dalan mulut.
"Ermm sedap pulak donut mak jah ni." Kata Fawwaz.
"Ibu balik dulu sayang. Jaga dirinya? Apa-apa call ibu tauu." Ujar Puan Hidayah lalu mencium kedua-dua pipi anaknya.
"Nah ibu." Eldian menghulurkan sedikit duit ketika bersalaman dengan Puan Hidayah.
"Tak perlu lah El, cukup jaga anak ibu ni." Kata Puan Hidayah.
"Ambil lah bu, El tak ada hantar hantaran pun. Kira hantaran lah ni. Please bu." Kata Eldian. Puan Hidayah berat hati.
"Ibu kalau tak bagi saya jee. Saya memerlukan." Kata Yusof. Eldian memandang tajam Yusof.
"Gurau je halahh." Kata Yusof.
"Baik lah ibu ambil. Janji dengan ibu jaga Dhia yee." Kata Puan Hidayah. Eldian mengangguk.
Dhia berjuraian dengan air mata apabila melihat kepergian ibunya.
"Dah jom masuk kau kena rest." Kata Eldian mengusap bahu Dhia.
Dhia tidak berhenti menangis lama-kelamaan pandangn gelap. Dhia pengsan didakapan Eldian.
Dengan pantas Eldian mencempung tubuh Dhia dan dibawa masuk bilik.
"Halamak drama melayu sikit sikit pengsan." Ujar Adrian lalu bergelak sakan dengam Fawwaz dan Yusof.
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Diversos[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...