Dhia masuk ke dalam wad Mia lalu terlihat Mia sedang berehat di atas katil.
Dhia senyum sahaja. Kaki melangkah ke arah Eldian yang duduk disofa sambil mendukung Dhika yang sedang tidur.
"Abang, Dhia nak balik ni. Abang duduk sini jaga Mia okey?" Kata Dhia. Eldian berdiri sambil dukung Dhika.
"No, abang ikut Dhia. Bala boleh jaga perempuan tu." Kata Eldian. Dhia memegang tangan Eldian.
"Janganlah macam tu. Mia kan iste-
"Sunshine, stop it. Abang kata abang nak balik so no objections." Kata Eldian lalu beredar. Dhia mengetap bibir.
"Adrian, Fawwaz tolong jaga Mia ye." Kata Dhia. Adrian dan Fawwaz hanya mengangguk.
"Mia, aku balik dulu tau. Sorry tau pasal El." Kata Dhia.
"Tak apa Dhia, aku okey jee. Pergi lah balik. Terima kasihh tau." Kata Mia. Dhia mengangguk sahaja.
Bayangan Dhia hilang dari pandangan Mia. Mia hanya mengeluh saja.
"Aik mengeluh?" Tegur Adrian. Mia hanya tersenyum hambar.
"Meh aku hiburkan kau." Kata Fawwaz lalu memasang lagu untuk memeriahkan suasana.
"Go Ad!"
"Jangan bersedih, jangan lah merana." Nyanyi Adrian.
"Hanya gara-gara diputuskan cinta. Bila memang tak ada jodohnya lalu mahu bilang apa?" Nyanyi Fawwaz pula sambil menggelek pinggul bersama Adrian.
Tok tok!
"Alahh siapa pula nii!? Kacau je!" Fawwaz mematikan muzik manakala Adrian membuka pintu.
"Maaf encik. Tolong jangan buat bising ye? Menganggu pesakit lain." Kata seorang jururawat.
"Kau nak kena buang kerja ke?" Tanya Adrian. Jururawat itu menggeleng.
"Haaa kalau tak nak pergi main jauh jauh." Kata Adrian lalu menutup pintu.
"Siapa?" Tanya Fawwaz.
"Orang minta sedekah." Kata Adrian lalu duduk disofa.
"Astu kau sedekah tak?" Tanya Fawwaz. Adrian mengangguk.
"Black card aku bagi dia." Kata Adrian.
"Nice." Kata Fawwaz.
Mia menggeleng kepala melihat bala dua ekor itu. Haihh kenapa bukan Dhia jaga aku? Keluh hati si Mia.
Dhia duduk dibirai katil memandang Dhika yang sedang tidur.
Eldian keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambutnya yang masih basah.
"Abang." Dhia memanggil Eldian. Eldian memandang isterinya.
"Esok Mia dah boleh balik. Kita suruh dia tinggal sini ek? At least ada juga kawan Dhia nak borak-borak." Kata Dhia memujuk suaminya.
"Fine, dia tidur guest room and please don't forced me to take care of her or sleep with her." Kata Eldian dengan dingin.
"Tapi abang, dia kan isteri abang. Tak adil lah kalau macam tu." Kata Dhia sambil memegang lengan Eldian.
"Don't make me repeat myself." Kata Eldian.
"Abang, Dhia isteri pertama pun rasa sakit bila abang tak layan Dhia, ini kan pula dia yang tak dapat langsung kasih sayang abang." Kata Dhia mempertahankan hak Mia.
"Abang tak suka dia. Berapa kali abang nak cakap?" Kata Eldian.
"Kalau abang tak suka dia kenapa abang mengandung kan dia? Dia dapat zuriat pertama abang. Sedangkan Dhia isteri pertama pun belum mengandung lagi anak abang tapi abang dah mengandung perempuan lain? Mana yang kata abang sayang Dhia? Mana?" Ujar Dhia. Air matanya menitis.
![](https://img.wattpad.com/cover/343820354-288-k125821.jpg)
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Acak[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...