Mia baring kelemahan selepas dipukul oleh Qaf. Tubuhnya sangat lemah dan tak bermaya.
Telefon bimbit cuba dicapai lalu mendail nombor Eldian. Namun sayangnya Eldian tidak menjawab panggilan tersebut.
"Shit El." Mia memejam mata seketika.
"Dhia.." terus didail nombor Dhia.
"Hello?"
"D-dhia, a-aku ni Mia. Tolong aku." Kata Mia sambil menitiskan air mata.
"Kau kenapa pula?" Dhia menjawab dengan malas.
"Datang dulu p-please. Nanti aku cerita. A-aku share location." Kata Mia lalu mematikan panggilan.
Dhia mengerut dahi. Telefon berbunyi menandakan mesej masuk dari Mia.
Dhia termenung seketika. Terus dia bersiap lalu mendukung Dhika. Dibawa juga sikecil tu.
"Kakak Dhia nak pergi mana?" Tanya Adrian dan Fawwaz.
"Omg, alhamdulilah korang kat sini. Jom ikut saya jap." Kata Dhia. Adrian dan Fawwaz mengerut dahi.
Mereka terus bergegas ke rumah Mia.
"Ni rumah siapa?" Tanya Fawwaz.
"Rumah Mia." Kata Dhia sambil mata melilau memandang sekeliling rumah.
"Eh kau buat apa pergi rumah si penyondol ni? Nak membunuh ke? Jom." Kata Adrian lalu mengeluarkan pistolnya. Dhia menggeleng.
"Jom. Fawwaz dukung Dhika." Kata Dhia. Fawwaz mendukung sikecil itu.
Mereka terus merempuh masuk ke dalam rumah Mia. Dhia memandang sekeliling ruang tamu sangat bersepah seperti baru lepas dirompak.
"Mia!" Jerit Dhia memanggil Mia.
"Seram lah buatnya ada ju on merangkak keluar dari dapur macam mana?" Kata Fawwaz sambil memeluk Dhika.
"D-dhia aku kat dapur!" Mia kehilangan tenaga. Dhia mendengar itu terus bergegas ke dapur.
"TU JU ON NYAA." Kata Fawwaz apabila melihat Mia berusaha merangkak keluar dapur.
"Bodoh lah." Adrian menahan tawa.
"Mia..." Dhia terus mendapatkan Mia.
"D-dhia tolong aku." Kata Mia. Dhia mengangguk.
"Adrian, tolong angkat Mia." Kata Dhia. Adrian mengerut.
"TAK NAK!" kata Adrian membantah.
"Ad please." Rayu Dhia. Adrian mengeluh.
"Fine." Adrian mencempung tubuh Mia lalu mereka keluar dari rumah itu. Hospital dituju.
Mia dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Mereka menunggu sehingga doktor keluar dari wad itu.
Sementara itu Dhia menelefon Eldian. Walaupun dia masih lagi tidak suka madunya namun Mia tetap isteri sah Eldian.
"Hello, assalamualaikum abang." Ucap Dhia setelah mendapati Eldian menjawab panggilannya.
"Waalaikumsalam, kenapa sunshine?" Tanya Eldian. Dhia mengetap bibir. Hatinya sedang kuat.
"Abang datang hospital sekarang boleh?" Ujar Dhia.
"WHAT!? HOSPITAL!? ARE YOU SICK SUNSHINE!?" Eldian cemas. Dhia memejam mata.
"Bukan Dhia, tapi Mia." Kata Dhia.
"What do you mean?" Kata Eldian.
"Abang, abang datang je dulu hospital. Lepas tu Dhia cerita semua okey?" Kata Dhia. Eldian diam seketika.
![](https://img.wattpad.com/cover/343820354-288-k125821.jpg)
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Random[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...