Rumah Gelap

15 1 1
                                    

Cerpen

*************************************************

Dalam sebuah kampung kecil bernama Kampung Tanduk di dalam hutan yang amat tebal , terdapat sebuah rumah yang telah  ditinggalkan oleh penduduk. Rumah ini dikatakan terbiar kerana menyimpan satu rahsia yang menakutkan dan menyeramkan walaupun dilihat dari luar. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Gelap, bukan dinamakan demikian kerana rumah itu kelihatan gelap. Tetapi....

*************************************************

Pada satu malam yang tiada bulan dan bintang, seorang pemuda bernama Amir melintasi kampung Tanduk tersebut untuk pulang ke rumah. Tiada cahaya bulan yang menyentuh permukaan bumi untuk menemani Amir pada ketika itu. Dia berjalan sendirian dan berusaha melintasi jalan yang sepi itu untuk mencapai rumahnya di kampung seberang. Walaupun dia tahu tentang legenda Rumah Gelap di kampung itu, dia tidak mempercayainya dan memilih melalui jalan pintas yang lebih dekat. Dia berjalan dengan cepat serta teliti mengawasi setiap langkah yang diambil supaya dia tidak tersadung dan terjatuh tersepak akar-akar pokok atau pun batu-batuan.

Seketika berjalan dan hampir mendekati Rumah Gelap, dia mendengar bunyi langkah kaki yang menghentak agak kuat untuk didengari telinganya dari arah belakang. Amir berhenti sejenak dan menoleh ke belakang untuk mencari siapakah yang mengikutinya. Mana lah tahu kalau ada penyamun atau perompak mahu merompaknya. Namun hasilnya hampa , sejurus dia menoleh ke belakang, tiada satu bayang atau sosok pun kelihatan .

Perasaan seram sejuk dan takut mula terbit dari hatinya, tetapi dia meyakinkan diri bahawa ini adalah khayalan semata-mata. Amir mengabaikan bunyi tersebut dan mula melangkah laju kehadapan . Setelah beberapa langkah ke hadapan, dia semakin berasa gerun kerana bunyi derapan kaki itu semakin laju ketika Amir mula mendekati Rumah Gelap tersebut. Hening dingin mula menitis dari dahi licinnya.

Amir merasa semakin takut tetapi ketika dia melintasi rumah tersebut, sebuah bayang-bayang unik menarik perhatiannya. Dia terlihat seperti harimau dengan corak yang aneh dengan mata merah yang memancarkan cahaya mematikan. Matanya meliar melihat pemandangan sekitar, seolah-olah mencari mangsa berikutnya. Amir langsung membeku dan tidak dapat bergerak.

Namun , kehadiran Amir dihadapan rumah tersebut dapat dilihat jelas oleh harimau itu. Dengan penuh rasa takut yang melampau, Amir sedaya upaya untuk mengangkat langkah seribu. Belum sempat dia berbuat apa-apa ,harimau itu dengan tangkas meluru ke arah Amir dan dengan cepat dia diterkam dari belakang. Amir cuba melawan namun dia terasa amat lemah dan kesedarannya mula memudar. Dia mengeluh dengan posisinya terlentang di atas tanah dan merasakan kesedarannya menghilang.

Ketika dirinya tersedar kembali, dia mendapati bahawa dirinya berada dalam keadaan yang teramat gelap sehingga tangannya sendiri tidak dapat dilihat. Ketika dia cuba untuk bangun, dia cuba untuk mengingati kembali apa yang telah terjadi. Dengan tenaga fikirnya yang laju, dia menyedari bahawa dia berada dalam Rumah Gelap yang sering diceritakan oleh orang kampung.

Amir cuba untuk berjalan dalam keadaan yang gelap sambil tangannya tergapai-gapai ke dinding . Usahanya hampa setelah hampir sejam kerana dia tidak dapat menemui jalan keluar. Setiap kali dia terjumpa pintu , pintu itu seakan membawanya kembali ke dalam bilik tersebut . Hal ini berlanjutan seakan-akan Amir berada di dalam bilik yang berlingkar yang mana saling bersambung diantara satu sama lain tanpa penghujung. Amir buntu

Amir merasakan ada entiti jahat di dalam rumah itu yang cuba untuk memerangkap dan ingin menyakitinya. Dia seolah-olah merasakan kerambit dingin terhunus di dekat lehernya, menyebabkan dia terkunci dan tidak boleh berbuat apa apa. Tetapi, dia tetap tidak mengalah untuk mencari jalan keluar walaupun berada dalam ketakutan yang mendalam.

Pada masa yang sama aura membunuh yang mencengkam mula memenuhi setiap sudut ruangan itu.

Seketika berjalan sambil meraba-raba dinding , Amir merasa sentuhan dingin  membelai kakinya. Setiap langkah yang dia ambil disertai dengan langkah lain yang mengikuti dari belakang. Dia merasa seperti dibontoti oleh penunggu rumah yang tak terlihat. Tiba-tiba dia dapat mendengari derapan kaki yang kuat mengitar sekelilingnya, langkah kaki tersebut seolah milik seorang yang bersaiz besar dan agresif. Dengan naluri yang kuat , Amir merasakan dirinya akan diserang hendap oleh entiti-entiti yang tidak dapat di cam olehnya. Dia cuba mengelak dan meluncurkan serangan balas dengan harapan dia dapat melawan serangan tersebut walaupun tidak dapat melihatnya dengan baik.

Setelah beberapa pergelutan kecil, dia kecewa . Serangannya tidak mampan dan teramat lemah untuk dibandingkan lawannya yang terlalu banyak . Perasaan panik mula mengambil alih tubuhnya, menyebabkan otaknya menjadi kabur dan tidak berdaya. Amir merasakan dirinya dibelenggu oleh kekuatan mengerikan yang membuatnya tidak dapat melarikan diri atau melawan. Dia merasakan sendi-sendi tubuhnya dilumpuhkan, dikunci oleh kekuatan misteri. Pada saat ini, dia tahu yang dia tidak akan pernah dapat keluar dari Rumah Gelap tersebut. Harapannya pudar. Amir pengsan ketakutan.

Tiada hari esok baginya untuk menghirup udara segar dan disimbah cahaya mentari.

*************************************************

Sementara itu, penduduk kampung yang tinggal di sekitar rumah itu tahu tentang bahayanya  Rumah Gelap tersebut. Mereka sedaya-upaya untuk menghindarinya dan tidak akan pernah menyentuh bahkan mendekati rumah puaka tersebut . Mereka percaya bahawa rumah itu adalah rumah jin-jin pendendam serta kejam yang memintas dan menghancurkan siapa saja yang berani mendekati dan melangkah kedalamannya. Orang kampung sanggup mengikuti jalan jauh demi tidak ditimpa malapetaka.

Legenda Rumah Gelap terus tersebar dari generasi ke generasi di kampung tersebut. Penduduk kampung memercayai bahwa terdapat roh jahat yang terperangkap di dalam batu bata dan dinding rumah puaka itu, mereka yang terperangkap sehingga kini masih menjerit kesakitan dan meminta pertolongan untuk keluar dari Rumah Gelap.

AbyadWhere stories live. Discover now