Mak Itam 3

19 1 2
                                    

Pada minggu tu juga, seorang ustaz dijemput untuk mengubatkan Mak Itam  . Aku tidak tahu siapa yang menjemput ustaz tersebut untuk mengubati Mak itam.Aku tidak mengambil tahu perkara tersebut kerana aku masih kecil . Yang datang untuk merawat Mak Itam  alhamdulillah Ustaz yang baik, aku gelarkan dia sebagai Ustaz kerana aku tidak tahu nama sebenarnya. Umur dia dalam lingkungan 50 an. Ketika itu, rumah nenek aku dipenuhi oleh orang-orang, tidak tahu mereka dari mana. Mungkin jiran-jiran dan saudara terdekat yang aku tidak kenali. Mula-mula Mak Itam aku  berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama untuk dirawat oleh ustaz. Katanya dia sudah sihat padahal kami tahu yang dia tidak. Setelah lama orang-orang sekeliling memujuk, akhirnya dia akur untuk dirawat.

Aku ingat lagi bagaimana cara ustaz merawat Mak Itam. Orang lelaki yang ada di situ dalam 4 orang diarahkan untuk pegang setiap kaki tangan Mak Itam supaya masa rawatan dijalankan  dia tidak lari dan melawan. Muka Mak Itam  ditutupi dengan kain putih bersih. Sesi rawatan pun bermula, ustaz membaca  surah-surah yang aku tidak dapat tangkap kerana terlalu perlahan  dan aku berjauhan dari tempat mereka lakukan rawatan , lebih kurang 5-10 meter aku dari mereka kerana orang terlalu ramai.

Selepas membaca surah-surah tertentu, ustaz mula membelah limau menggunakan pisau. Mak Itam diarahkan untuk menutup matanya kerana ustaz mahu memerah limau tersebut di atas mukanya yang dilitupi kain putih tersebut. Selang beberapa saat, Mak Itam mula menggelupur dan mula tidak duduk diam seperti cacing kepanasan, orang-orang disekeliling mula memegangnya dengan lebih cengkam. Mungkin ini tanda jin yang berada dalam tubuhnya sudah mula menonjolkan diri .Tanpa melengahkan masa, ustaz itu memulakan dialog dengan makhluk yang menumpang di badan Mak Itam. Aku tidak terlalu mengingati dialog yang mereka cakapkan, tetapi dialog mereka lebih kurang seperti ini :

Ustaz: Siapa kau? Dari mana asal kau? Kenapa kau ganggu dia?

Aku juga kurang mengingati apa yang dibalas oleh makhluk tersebut n, tapi aku mengingati bahagian dimana dia datang daripada mana.

Mak Itam: "Aku datang dengan dia (Tangan sambil menunjuk ke arah mak aku), aku duduk dekat pokok depan rumah dia . Aku ikut dia".

Yang aku peliknya, muka dia ditutup dengan kain, tapi masih boleh menuding jari ke arah mak aku. Mak aku pun agak terkejut dengan dakwaan makhluk tersebut. Ya, memang ada pokok dihadapan rumah kami. Pokok durian yang sudah lama tidak berbuah dan sekarang sudah kami tebang

Bila difikirkan kembali, Mak Itam aku ni sudah lama diganggu oleh makhluk halus. Sebelum kedatangan kami sekeluarga di kampung pun dia sudah diganggu . Mak aku tidak keruan dan mungkin sedikit takut kerana di tuduh sebegitu oleh makhluk tersebut. Dia yang tiada kena mengena tiba-tiba di tuduh sebagai pembawa.

Setelah habis berdialog, Ustaz mengeluarkan makhluk itu dari badan Mak Itam dan memasukkannya  ke dalam bekas . Aku tidak pasti sama ada ia bekas atau botol kerana aku duduk berjauhan dan kurang jelas kerana dihalangi orang ramai . Katanya nanti bekas itu mahu di buang ke  laut nanti. Mak Itam  tersedar dari baringannya dan masih dalam keadaan duduk. Mukanya dapat aku lihat, nampak sungguh lesu dan penat. Rambutnya yang panjang masih dalam keadaan yang tidak terurus. Ustaz mengarahkan Mak Itam supaya berehat dahulu, dia di bawa ke biliknya.

Setelah itu, ustaz memanggil mak aku untuk memeriksa sama ada benarkah dakwaan yang dituduh makhluk yang sebentar tadi . Mak aku pada mulanya ragu-ragu, mungkin malu untuk baring dihadapan orang ramai . Namun mak akur dan mengikuti arahan. Kaedah dan cara yang digunakan untuk merawat adalah sama macam Mak Itam sebentar tadi. Mak aku di arahkan untuk menutup mata bagi mengelakkan limau memasuki mata. Bila sahaja limau diperah di atas muka mak aku, mak aku terus menggelupur. 4 orang yang pegang mak aku mula menggelabah dan terus mencengkam dengan kuat tangan kaki mak aku.

Tiba-tiba mak aku bersuara.... "Aduuh... Pedih-pedih...mata pedih". Rupa-rupanya mata mak aku terkena percikan air limau itu. Nasib baik bukan jin yang keluar. Ustaz mengarahkan 4 orang ini melepaskan mak aku. Kesian makku, sudah lah di fitnah dengan makhluk tidak bernama, matanya pula terkena percikan air limau .

Walaupun sudah berubat ,tapi Mak Itam aku tidak juga sembuh. Sekejap sahaja dia kembali normal dalam sebulan dua begitu.

Setelah 2 minggu di situ, aku dan keluargaku pulang semula ke rumah. Sebenarnya cuti sekolah pada waktu itu hanyalah seminggu, tapi aku menghabiskan 2 minggu di kampung.

Aku ditanya guruku kenapa cuti begitu lama, tapi aku masih mendiamkan diri dan tidak bercerita kepada sesiapa.

Setelah bertahun tidak pulang ke kampung, aku dikhabarkan bahawa Mak Itam sudah kembali normal, berkahwin dan mempunyai anak.

Aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang . Betulkah di pokok hadapan rumah ku ada penumpang?

AbyadWhere stories live. Discover now