Aku terbangun dengan tiba-tiba di tengah malam. Kegelapan menyelimuti kamar tidurku, menyembunyikan segala sesuatu yang ada di dalamnya. Entah bagaimana, aku merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak baik kali ini.
Aku berusaha membebaskan diri dari rasa takut ku, tetapi aku terdengar suara aneh yang datang dari luar tingkap bilik ku yang mana memperkuatkan lagi deria takut ku. Aku melangkah menuju ke arah tingkap dengan penuh berhati-hati. Saat ku gulirkan tirai moden yang tergantung di tingkap , apa yang dilihat oleh mata aku membuat bulu roma aku meremang.
Di luar sana, terdapat sekujur tubuh wanita yang amat tinggi, dengan gaun putih yang melambai-lambai di angin malam. Wajahnya pucat dan mata hitamnya terlihat kosong, seakan-akan terisi oleh kegelapan. Namun, hal yang paling menakutkan adalah wanita itu seakan-akan terapung hanya beberapa sentimeter di atas tanah.
"Ini tidak mungkin," bisikku pada diriku sendiri dalam keadaan terbelalak. Siapa dia? Mengapakah dia bergentayangan di luar rumahku? Aku tidak percaya hantu, tapi sosok yang ada di depan mataku ini menguji kepercayaanku.
Langkah-langkah perlahan terdengar begitu dekat, seolah-olah sosok tadi menjadi ramai dan sudah berada di lorong rumahku. Aku keluar dari bilik dan berlari menuju ke pintu hadapan. Seperti sangkaan ku, wajah-wajah hantu mula keluar dari bayangan malam, dan mereka semua mengikuti ku, mengikuti setiap gerakan ku, mereka menghampiri ku.
Dalam kepanikan, aku berlari mendekati dinding lamaku yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan tak dikenal. Aku cuba menggapai tombol pintu hadapan yang juga bersambung dengan garaj. Di antara kekacauan, aku melihat bayang seperti wap seorang lelaki tua, berkumis lebat dengan mata bersinar dihadapan ku. Aku terhenti sejenak. Dia berkata padaku dengan nada yang tegas, "Kau harus mengakhiri keganasan dia, anak muda. Hanya dengan mengakhiri sumpahan ini, kau akan selamat."
Dengan cebisan keberanian terakhir yang tertinggal, aku menunggangi basikal tua yang telah bertahun-tahun terbengkalai di garaj. Pecutan basikal ku memecut laju lantas membuat hatiku lebih berdebar. Aku berusaha untuk menghindari hantu-hantu yang terus mengejarku, berusaha melarikan diri dari kutukan ini.
Saat aku merasa hampir kelelahan dan kehilangan harapan, tiba-tiba jalan di depanku terbuka. Sepertinya ia mula membentuk tembok yang mengelilingi dan cuba membelitku, berlipat-lipat seolah-olah menghalangi ku untuk terus maju. Dalam keputusasaan ku, aku terjatuh. Sejenak aku terhenti menarik nafas lalu meninggalkan basikal dan berlari melewati jalan masuk menuju pintu gerbang kota itu.
Tiba-tiba, gentayangan-gentayangan yang mengejariku menghilang seketika. Aku melangkah maju dan tidak percaya dengan apa yang kulihat. Kota ini seperti mimpi buruk yang tiada akhir, tidak ada tanda-tanda hantu lagi. Apakah ini akhir dari kutukan ini?
Ketika rasa khawatir mula pergi dan kemenangan rasanya sudah berada di tangan, aku merasa ada sesuatu yang tidak kena. Dibalik pintu gerbang, ada mata tak berkesudahan yang perlahan-perlahan mengarahkan pandangannya ke arahku. Sungguh, sumpahan itu tak langsung berakhir. Gentayangan ini hanya memasuki fasa baru dari keganasan mereka.
Aku masih tidak selamat.
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...