Assalamualaikum.Aku mahu berkongsi cerita mengenai adik kepada ayahku atau lebih mudah digelar Mak Itam ,nama sebenarnya tidak perlu aku jelaskan disini. Dia sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di kampungku, lebih tepat lagi di rumah nenekku. Kejadian ini berlaku ketika aku masih darjah 2 (8 tahun)
Ceritanya bermula apabila aku dan keluargaku pulang ke kampung sempena cuti selama seminggu. Aku tahu pada ketika itu Mak Itam sememangnya "tidak sihat”. Keadaannya kusut masai dan selalu bercakap seorang diri atau lebih tepat, meracau. Hal ini bukan memberi maksud bahawa dia gila, tapi sebaliknya. Sebelum kedatangan kami lagi, keadaannya sudah begitu. Tidak tahu puncanya dari mana. Dia sering diganggu dan otaknya bercelaru kerana dia sering bercakap seorang diri. Menyeramkan? Bayangkan pada waktu malam dia jadi begini.
**********************
Rumah nenekku tidak lah sebesar mana, tpi cukup untuk tiga keluarga tinggal disitu. Di sebelah penjuru kiri depan merupakan rumah kayu Yang bersambung dengan rumah batu, mungkin itu rumah felda nenekku yang sengaja tidak dirobohkan. Manakala di sebelah kiri merupakan rumah kecil Mak cik aku yang disambung di bahagian kanan rumah nenekku. Mak cik aku ini merupakan adik kepada ayahku juga. Mak cik aku mempunyai 3 orang anak , 1 lelaki 2 perempuan. Manakala pada ketika itu, aku tidak mengingati adakah Mak Itam mempunyai anak atau pun tidak. Di belakang rumah yang didiami nenekku merupakan ladang getah yang agak luas. Merentasi ladang tersebut merupakan lebuh raya.
Anak lelaki mak cik aku yang duduk di sebelah kanan rumah nenek aku bernama Zam (bukan nama sebenar), dia dikenali dengan sifat yang amat penakut pada ketika itu mengalahkan adik dan kakak dia . Zam mempunya umur yang sama dengan abang sulung aku yang berumur 12 tahun pada ketika tu.Watak penakutnya terserlah bila malam pertama aku sampai di kampung ayahku.
Pada malam itu, kami sudah bersiap untuk tidur. Kami sekeluarga hanya tidur di ruang tamu kerana kekurangan bilik. Biasalah kan kalau balik kampung ramai-ramai. Manakala Mak Itam aku yang "tidak sihat" ini masuk ke rumah mak cik aku untuk menumpang tidur , dan pada masa yang sama Zam lari masuk rumah nenekku bersama bantalnya untuk tidur di situ. Aku pun pelik, apa yang ditakutkannya sehingga begitu sekali dia takut. Jadi, abangku bertanya mengenai kelakuannya yang agak pelik itu, dengan loghat negeri yang pekat dengan senyum yang dibuat-buat, dia membalas "Mak Itam ada kat rumah aku, aku takut nak tidur kat situ". (Translate)
Kami adik beradik tidak terlalu risau kerana setakat ini, Mak Itam masih normal di mata kami. Jadi kami membiarkan Zam tidur di mana dia suka. Selang beberapa minit, Mak Itam masuk semula ke rumah nenekku mengikut pintu hadapan rumah dengan keadaan yang agak menyeramkan. Rambutnya dibiarkan lepas tidak terurus, agak kusut rambutnya. Matanya dipenuhi lingkaran eyebag, mungkin kerana kurang tidur. Perasaanku normal ketika itu kerana masih beranggapan dia "tidak sihat”. Tetapi bagiku, dia kelihatan lebih baik di waktu pagi. Tanpa berfikir panjang, Zam yang penakut tidak berdiam diri, dengan lajunya dia mengambil bantal dan lari keluar mengikut pintu dapur untuk balik ke rumahnya...
Bersambung ....
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...