Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Fakhrul mengayuh basikalnya dengan perlahan . Dia mengikuti jalan pintas yang dikelilingi hutan untuk cepat sampai ke rumah kerana mahu berehat. Dia kepenatan setelah baru selesai bermain futsal sebentar tadi bersama rakannya.
Dia pulang seorang diri kerana rumahnya bertentangan dan agak jauh dari kawan-kawannya yang lain.
Setelah beberapa ketika, dia membelok ke satu lorong gelap dan sempit yang hanya mempunyai satu tiang lampu yang malap. Dia berhenti secara mengejut sebelum dia sampai ke tiang lampu tersebut.
Walaupun agak samar-samar, dia dapat melihat pocong yang bermata putih dan berulat mukanya berdiri tegak memandangnya dengan pandangan yang tajam. Jarak antara mereka tidak begitu jauh.
Tanpa Fakhrul sempat bereaksi, pocong tersebut melompat ke arahnya dengan terhuyung-hayang. Satu lompatan bersamaan 2 depa. Tidak mengambil banyak masa untuk sampai ke hadapan muka Fakhrul.
Dalam kepanikan, Fakhrul meninggalkan basikalnya dan terus berlari ke arah hutan di belakangnya.
Fakhrul hilang pada malam itu. Tiada jejak yang ditinggalkan,
hanya basikalnya menjadi saksi.
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...