Mak Itam 2

20 3 4
                                    

Malam yang seterusnya, aku tidak mengingati malam keberapa aku di kampung, tapi yang pasti aku dan keluarga ku tidur di ruang tamu seperti  biasa. Kelakuan Mak Itam pada kali ini agak ganjil dan seram bila difikirkan kembali.

Nak dijadikan cerita, aku sejenis orang yang tidur dengan keadaan peka dengan  sekeliling , lagi-lagi bila di tempat yang baru ,bila dengar suara atau bunyi aku terus terjaga. Itulah yang mampu di katakan jika aku tidur, aku tidak tidur mati. Kembali ke jalan cerita, bila kami semua sudah tidur nyenyak dan kami berfikir tiada apa-apa akan berlaku pada malam tersebut.

Tapi kami silap.

Aku dikejutkan oleh suara ayah aku yang sedang berbual dengan Mak Itam yang masih tidak tidur. Aku tidak tahu jam menunjukkan pukul berapa, aku mengagak bahawa jam dalam lingkungan 12 tengah malam sehingga 2 pagi. Aku hanya tersedar dan tidak terus bangun serta merta. Badan aku membelakangi ayah dan Mak Itam ."Nasib baik.” kataku dalam hati. Nasib baik? Ya, aku tidak mahu melihat muka Mak Itam lewat malam begini, mungkin lebih menyeramkan bila lampu semua telah di padam. Hanya lampu dapur sahaja yang menyala.

Aku memasang telinga dengan mata yang berpura-pura tidur. Tidak silap aku, perbualan mereka seperti ini. Mereka berbual dalam loghat negeri, jadi aku akan tolong terjemahkannya.

Ayah : "Kau nak buat apa dengan pisau tu , pergi simpan".
Apabila sahaja aku terdengar  perkataan "pisau" , aku sudah tidak sedap hati. Jantungku berdegup laju, lebih laju daripada kipas siling rumah nenekku. Peluh keringat mula membasahi badan, mungkin aku gugup dan gentar.

Aku perlahan-lahan mendekatkan diri aku  dengan abang keduaku kerana dia tidur berdekatan dan dia masih dalam keadaan nyenyak. Abang aku yang sulung sejenis yang tidur lasak, jadi aku tidak tahu dia di mana, mungkin sudah ke dapur agaknya. Perasaan takut mula terbit di hatiku. Mataku masih lagi dalam keadaan yang tertutup dan takut hendak membukanya.

Dengan spontannya Mak Itam aku membalas,"aku jumpa pisau ni, aku ambil jela".
Aku dapat rasakan kelakuan Mak Itam sangat pelik dan menyeramkan. Alasan yang diberikan sangat tidak munasabah, mana ada orang terjumpa pisau melainkan dia ambil sendiri di dapur. Diri aku yang masih kecil pada masa itu sudah membayangkan apa yang akan terjadi jika Mak Itam masih lagi tidak menyimpan pisau tersebut.

Ayah aku seorang yang berani, dia tidak berdiam diri. Dengan suara yang agak tegas, dia menyuruh Mak Itam meletakkan kembali pisau di dapur dan menyuruh Mak Itam tidur.

Dalam masa yang sama, semut-semut hitam mula  naik ke badanku. "Ah sudah, nak gerak ke tak ni", hati kecilku bermonolog. Disebabkan aku  keadaan yang ketakutan, aku tidak bergerak sedikit pun. Aku membiarkan semut itu naik ke badanku dan terus dalam keadaan yang berpura-pura tidur . Aku tidak sanggup bergerak dan menarik perhatian Mak Itam ku. Bau semut yang agak tidak menyenangkan mula masuk ke ronga hidung ku namun aku tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu berpura-pura sehingga Mak Itam beredar.

Setelah beberapa ketika dan pujukan Ayah ku, Mak Itam pun akur, dia pergi ke dapur untuk meletak kembali pisau pisau yang diambil. Hatiku sedikit lega. Nasib baik tiada apa yang berlaku pada malam itu . Hanya perbualan di antara ayah dan Mak Itam. Aku tidak tahu apa akan terjadi jika ayah tidak bangun dan melihat Mak Itam memegang pisau di malam tersebut.

Selepas dia meletakkan kembali pisau itu, aku tidak tahu sama ada dia masuk tidur atau pun tidak, sebab aku masih berpura-pura tidur dan membelakangi mereka. Jalan  ke dapur membelakangi aku, jadi aku tidak pasti dia pergi ke mana selepas itu, hanya tapak kakinya kedengaran melangkah entah ke mana. Selang beberapa ketika, aku tidak mendengar apa-apa, hanya malam yang sunyi. Entah bagaimana aku tertidur dan tersedar pada esok paginya.

Aku sangat pasti yang aku tidak bermimpi pada malam itu kerana satu badan aku berpeluh dan agak menggigil malam tadi. Cerita malam itu tidak aku ceritakan pada sesiapa. Mungkin hanya aku dan ayah yang tahu perkara tersebut. Aku memang seorang yang tidak suka bercerita kepada orang dan kawan-kawan ku sering berkongsi rahsia kepadaku kerana mereka tahu aku tidak akan memberitahu pada yang lain. Aku tidak ceritakan kejadian malam tersebut kepada sesiapa, aku risau jika mereka tahu , mereka turut rasa takut dengan Mak Itam, lagi-lagi si Zam yang penakut. Ayahku juga seperti tidak menceritakan apa yang terjadi, jadi kejadian itu hanya aku dan ayah sahaja yang tahu.

Bersambung ....

AbyadWhere stories live. Discover now