Di sebuah rumah tua yang terletak di pergunungan, terdapat sebuah cermin kuno yang dipanggil Cantik oleh penduduk kampung sekitar. Konon khabarnya, sesiapa pun yang memandang cermin tersebut akan mengalami keadaan yang mengerikan. Setelah banyak orang mempunyai rasa ingin tahu tentang cermin mencuba melihat pantulan mereka , mereka akan merasakan satu penyesalan yang tiada tandingan , kerana perbuatan itu hanya akan membawa akibat yang mengerikan.
Salah satunya adalah seorang lelaki bernama Ahmad. Sejak kecil, cerita tentang Cantik selalu menarik perhatiannya. Tanpa rasa takut, Ahmad memutuskan untuk menguji kebenaran legenda ini. Dia menuju ke tempat letaknya cermin tersebut dengan penuh berani dan yakin . Setelah sampai, dia mencari keberadaan Cantik . Ia tidak mengambil masa yang lama kerana cermin puaka tersebut tidak di sembunyikan, ia hanya terletak rapi di atas sebuah meja usang. Kebarangkalian penduduk takut untuk mengalihkannya.
Tanpa membuang masa, dia terus mencapai cermin puaka tersebut lantas melihat tajam ke pantulan matanya sendiri. Ketika dia menatap Cantik, dia merasakan perasaan dingin yang menyeramkan meresap masuk ke tulangnya. Keheningan menyelubungi tubuh Ahmad . Secara tiba-tiba , bayangan yang mengerikan muncul di cermin. Ahmad melihat wajahnya sendiri berubah menjadi wujud yang mengerikan dengan mata merah menyala. Dia mencampakkan cermin puaka tersebut ketepi dan terus melarikan diri dari tempat tersebut
Sejak hari itu, hidup Ahmad tidak pernah lagi sama. Dia mendapati dirinya didatangi oleh makhluk-makhluk seperti bayang di malam hari. Kaki dan tangan mereka panjang, berbadan kurus seperti lidi, matanya merah , kepalanya lonjong bergigi taring seperti jerung tetapi lebih panjang dan runcing. Mereka sangat banyak mengelilingi Ahmad setiap kali dia tidur di malam hari.
Mimpi buruknya tidak pernah berakhir dan telah berulang selama lebih 3 bulan. Setiap kali dia terjaga , dia lumpuh sebentar. Dalam keadaannya lumpuh, dia merasakan dirinya diperhatikan di sudut gelap biliknya, bunyi-bunyi bisikan menodai telinganya dengan hembusan angin dan bahasa yang tidak dapat difahami.
Dia kesal dengan rasa ingin tahunya , rasa ini sekarang telah berubah menjadi kehancuran yang tidak dapat lagi diundur. Kini, dia ditemani rasa takut dan paranoid yang berterusan. Dia harus hidup dengan beban suram yang diberikan oleh cermin Cantik yang menyumpah dirinya buat selama-lamanya.
Mampukah dia hidup begini?
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...