Pada setiap hari Ahad, Hazri selalu terjumpa sebentuk cincin wanita di hadapan rumahnya. Hal ini telah terjadi selama lebih 2 bulan. Pada mulanya dia menganggap jiran-jiran atau ada orang yang lalu lalang tercicir. Dia beranggapan begitu kerana dia hanya duduk berseorangan sahaja di apartment barunya tersebut. Dia berpindah pada 5 bulan yang lalu .
Jadi dia hanya meletakkan cincin tersebut di atas rak kasutnya supaya pemilik cincin tersebut mudah mencari dan benar setelah pulang dari kerja, cincin itu sudah tiada. Hal ini berterusan selama 2 bulan.
Pada mulanya dia rasa benda tu biasa sahaja dan tidak mengendahkannya. Namun pada hari ini, rasa ingin tahu terbit dalam dirinya . Dia nekad mencari jawapan. Dia membeli satu kamera litar tertutup (CCTV) dan di pasang di hadapan apartmentnya. Tinggal menunggu hari Ahad sahaja untuk datang.
Seminggu berlalu, hari yang di tunggu telah tiba. Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun untuk memeriksa depan apartmentnya. Dia hairan kerana harini bukanlah cincin yang tertinggal, tapi sekeping kuku berwarna hitam . Bukan sepotong, tetapi sekeping. Terlihat jelas sedikit darah kering tercalit pada kuku tersebut.
Dia mula tidak sedap hati, tanpa basa basi dia melihat video yang dirakamkan malam tadi oleh CCTV di dalam laptop miliknya yang mana dia telah menyambungkan rangkaian laptop dan CCTV. Pada mulanya rakaman itu berjalan seperti biasa namun tepat jam 1:55 pagi. Terlihat seorang wanita berjalan mendekati pintu apartmentnya secara perlahan berbongkok sedikit dan sedikit terhuyung-hayang. Dia berhenti di hadapan pintu dan berdiri tegak.
Rambutnya panjang menutupi muka namun dapat kelihatan sedikit kulit mukanya yang pucat. Bajunya putih comot menutupi lengan dan kaki. Hazri terus memerhatikan rakaman tersebut dengan penuh rasa ingin tahu. Rakaman video itu terlalu lama jadi Hazri skip ke bahagian yang perempuan itu bergerak.
Hampir sejam wanita tersebut berdiri di situ. Dengan perlahan, wanita itu menoleh mukanya ke arah CCTV. Pada mulanya, muka wanita tersebut tidak kelihatan kini terlihat jelas. Ekspresi mukanya yang mendatar kini dengan perlahan merekahkan senyuman lebar sehingga ke telinga menampakkan gigi hitam yang pekat. Bibirnya betul-betul menyentuh telinga, bukan kiasan. Matanya yang keseluruhan hitam turut ikut tersenyum dan menyepet.
Tangan kanan wanita tersebut diangkat perlahan sehingga ke mulutnya. Di dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan perempuan tersebut memasukkan tangannya perlahan-lahan ke dalam kerongkongnya. Beberapa ketika kemudian, dia menarik keluar sebilah pisau dari dalam mulutnya.
Kelihatan jelas kuku wanita tersebut tercabut semasa mengeluarkan pisau dari perutnya. Satu persoalan terjawab. Peluh dingin mula membasahi dahi Hazri.
Rakaman tersebut tidak terhenti di situ, dengan senyuman yang kekal di mukanya, dia melangkah mendekati pintu apartment Hazri dan menembusi pintu tersebut.
Kini, wajah Hazri pucat. Dia tersedar serta melihat kelibat putih pada pantulan skrin laptopnya. Jelas kelihatan senyuman menyeringai oleh kelibat tersebut yang berada dibelakangnya walaupun ianya sekadar pantulan.
TAMAT
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...