Telefon Bimbit

6 1 0
                                    

Suhaila adalah pelajar sekolah menengah yang acap kali dimarahi ibunya kerana dia terlalu asyik bermain telefon bimbitnya tidak kira di mana dia berada.

Di meja makan, di tandas, semasa berjalan dan sebagainya. Tidak pernah dilepas. Walaupun sering dimarahi, dia tetap berdegil dan meneruskan tabiatnya itu.

*************************************************

Menjelang pagi, seperti biasa Suhaila mula bersiap untuk pergi ke sekolah. Sebelum dia memasuki bilik air, dia sempat menjeling ke arah telefon bimbitnya. Dia perasan ada notifikasi dari aplikasi bualan yang dia baru muat turun malam tadi.

Notifikasi itu adalah mesej daripada lelaki yang tidak dia kenali, anonymous. Isi mesej tersebut memaparkan " Cuba check dalam almari awak, hihi."

*************************************************

Suhaila ditemui telah dibunuh di dalam biliknya. Kematiannya adalah kes yang misteri kerana tiada tanda-tanda pecah rumah dan yang paling aneh, Suhaila mati dengan mata terbuka dengan senyuman yang lebar.

Telefon bimbitnya dipegang dengan erat. Terpapar di skrin "Tolong...”.

AbyadWhere stories live. Discover now