Haikal seorang pemuda yang sering menghabiskan waktu hujung minggunya dengan mendaki secara solo. Tidak kira lah di mana pun letaknya gunung tersebut, dia tetap akan pergi. Sudah jadi hobinya untuk mendaki , cabaran adalah makanannya. Dia sudah biasa mendaki berseorangan, jadi dia tidak kisah kalau pergi bersendirian.
Tetapi kali ini lain, hari ini dia ditemani oleh crush dari tempat kerjanya sendri, Afiya. Afiya yang baru mengetahui hobi Haikal dari perbualan di tempat kerrja teruja keranan ada orang yang mempunyai hobi yang sama. Ya, Afiya juga suka mendaki gunung.
Haikal tidak ingin melepaskan peluang ini dan terus bersetuju untuk membawa Afiya dalam dakian pada hari ini. Keterujaannya menngunung setinggi gunung yang ingin mereka daki kerana Haikal dapat meluangkan masa bersama crushnya, berdua.
Haikal merancang ingin mendaki gunung yang dikhabarkan mempunyai pemandangan matahari terbenam yang cantik. Cadangan itu dipersetujui oleh Afiya kerana dia pun sudah lama tidak melihat matahari terbenam.
Mereka mula mendaki pada jam 5:30 petang , cukup masa untuk sampai ke puncak gunung. Sepanjang dakian, mereka saling berborak dan bercerita mengenai diri mereka sendiri. Haikal tidak ingin melepaskan peluang ini untuk mengenal Afiya dengan lebih mendalam.
Walaupun dakian ini memenatkan tapi Haikal cukup gembira kerana telah ditemani Afiya. Dakian mereka ditemani udara segar dan angin yang meniup lembut menciptakan suasana yang damai.
Akan tetapi, Haikal mula perasan yang sepanjang laluan dakian tersebut, dia tidak melihat seorang manusia pun. Haikal menyedapkan hati , mungkin mereka tak mendaki pada waktu petang atau mungkin tempat ini tidak berapa terkenal,
Dakian mereka berjalan dengan lancar, mereka sempat sampai ke puncak 15 minit sebelum matahari terbenam. Haikal dan Afiya mencari tempat untuk mereka duduk melepaskan lelah dan menikmati pemandagan matahari terbenam. Mereka berborak sebentar sementara menunggu petang melabuhkan tirai. Pelbagai topik yang telah mereka bualkan.
"Afiya, sebenarnya saya dah lama sukakan awak, boleh tak kalau saya jadikan awak peneman saya sepanjang pendakian saya? " Terpacul isi hati Haikal keluar dari mulutnya.
" M-maksud awak? " Balas Afiya kebingungan.
"Saya nak jadi kan awak girlfriend saya la." Kata Haikal jujur.
" Sebenarnya, saya pun dah lama suka awak." Balas Afiya yang menambah rempah dalam keterujaan hati Haikal.
" YEESSS!!!" Jerit Haikal sekuat hatinya.
Kegembiraan Haikal diiringi pemandangan indah senja di atas puncak gunung. Tidak tergambarkan perasaannya, pena pun tidak mampu melakarkannya. Haikal terasa beruntung kerana mempunyai hobinya ini.
Usai langit melabuhkan tirai, mereka menyiapkan diri untuk turun ke kaki gunung. Haikal sudah pun membuat persediaan dengan membawa 2 lampu suluh kepala. Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menuruni bukit.
Sedang mereka asyik berbual sepanjang turun dari gunung, Haikal mula perasan yang kunci kereta yang diletakkan di dalam poketnya tidak ada. Hal ini membuatkan hati mereka kegusaran. Setelah beberapa ketika, mereka bersetuju untuk naik semula ke puncak untuk mencari kunci kereta milik Haikal yang tercicir.
Bersambung......
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...