Namun, tidak semua penduduk kampung percaya akan kutukan Rumah Gelap. Ada seorang pemuda bernama Faisal yang berani menghadapi ketakutan dan mencari tahu kebenaran di balik legenda tersebut. Dia adalah seorang penjelajah yang tidak takut akan hal-hal mistis dan memutuskan untuk menjalani cabaran yang berbahaya ini.
Dengan berbekalkan lampu di tangannya, Faisal memasuki Rumah Gelap dengan hati-hati. Dia merasakan keheningan mencengkam yang bertebaran di udara. Langkahnya yang berani menapak ke ruangan yang kini terasa sangat gelap. Faisal menyalakan lampu suluhnya, membuka lembaran gelap yang memeluk ruangan itu dengan begitu tegang.
Tiba-tiba, dia mendengar suara ketukan dan pintu rumah yang dimasukiterkunci dengan sendirinya! Faisal panik dan berusaha untuk membuka pintu tersebut, tetapi semakin dia berusaha semakin kuat pintu itu menolak dan menjeratnya di dalam. Dia merasa seolah-olah ada aura tak terlihat yang ingin membelenggunya di dalam Rumah Gelap buat selama-lamanya.
Sementara itu, Amir yang terjebak di dalam gelap yang kekal, menyadari ada seseorang yang baru saja masuk ke Rumah Gelap itu. Dia berusaha membangkitkan kekuatan terakhirnya untuk mencapai orang tersebut. Dalam keheningan yang dalam, Amir secara perlahan merayap menuju ke arah suara pintu yang dikunci itu.
Faisal merasa ketakutan dan terancam dengan kekacauan dalam rumah itu. Dia berusaha menyingkirkan rasa takutnya dan merenungkan sejenak , apakah yang sesungguhnya ada di balik semua ini. Tiba-tiba, dia menyedari adanya wujud gelap yang bergerak di penjuru bilik.
Dengan hati-hati, Faisal mengarahkan sinar lampunya ke arah entiti itu lantas terkejut dengan apa yang terlihat di hadapannya. Entiti itu adalah Amir yang terluka dan keadaannya amat lemah, melambai-lambaikan tangan berusaha untuk menarik perhatian Faisal. Faisal dengan cepat melangkah ke hadapan untuk mendekati Amir.
Dengan susah payah, Faisal cuba memapah Amir secara berhati-hati dan mereka bersama-sama berusaha mencari jalan keluar. Mereka menyusuri lorong yang sempit, melintasi ruangan gelap, dan akhirnya menemukan sebuah pintu di hujung satu sudut. Namun, pintu itu terkunci rapat dan tampaknya tidak akan terbuka dengan mudah. Mereka menemukan jalan buntu.
Saat mereka mencuba berfikir tentang cara lain untuk keluar, tiba-tiba suara dentuman menggema dari dalam dinding. Sebuah gambar muncul di hadapan mereka, menampilkan adegan masa lalu yang terkait dengan Rumah Gelap seperti sebuah filem. Mereka melihat rumah itu dahulu adalah tempat kegiatan ilmu hitam yang terlarang. Ritual gelap dilakukan oleh seorang dukun jahat yang mengorbankan jiwa-jiwa manusia untuk menjadikan dirinya berkuasa.
Faisal dan Amir mula memahami bahawa mereka terperangkap bukan hanya oleh Rumah Gelap itu sendiri, tetapi juga oleh kuasa jahat yang masih ada di dalamnya. Mereka dengan sepenuh tekad cuba sekali lagi untuk membebaskan diri dan membawa kebenaran tentang rumah ini ke dunia luar. Sesuatu yang bulat mula bercahaya dari poket Amir. Mereka menemukan azimat kuno di dalam poket Amir yang muncul entah dari mana. Mereka percaya yang azimat ini boleh membuka pintu untuk mereka bebas.
Dengan kerjasama dan keyakinan, Faisal dan Amir meletakkan azimat itu di tengah- tengah pintu tersebut. Azimat itu membantu Amir dan Faisal untuk menghapuskan belenggu yang memerangkap mereka . Ketakutan yang menyelubungi mereka pudar saat azimat itu bercahaya dan dengan keajaiban, pintu rumah itu terbuka lebar. Mereka berjalan keluar dari rumah dan kembali ke titik pertemuan penduduk kampung yang menunggu dengan cemas di luar.
Dalam kegembiraan dan lega, pemuda dan penduduk kampung itu menyaksikan Rumah Gelap itu runtuh menjadi puing-puing, menunjukkan akhir dari keganasan yang melanda mereka selama bertahun-tahun. Mereka mengucapkan rasa syukur dan berharap agar Rumah Gelap itu selamanya menjadi iktibar yang tidak terlupakan.
Dalam gelap yang mendalam, rahsia disebalik Rumah Gelap tetap tersembunyi. Namun, kisah Faisal dan Amir akan dikenang sebagai pahlawan yang membebaskan mereka dari kutukan kegelapan.
Namun semua ini hanyalah sementara.
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...