" Gila ! Ini semua gila!” Jerit Asyraf di dalam hati. Badannya menggigil ketakutan. Lututnya terasa longlai . Seluarnya dibasahi air kencingnya sendiri.
*************************************************
"Pakcik! Pakcik nak bawak kami ke mana?” tanya Asyraf.
Asyraf adalah seorang budak lelaki yang berusia 9 tahun. Sebentar tadi, dia dan kawan-kawannya bermain di sebuah taman berdekatan sekolah rendahnya. 5 orang keseluruhannya .Pada petang itu tiba-tiba dia dihampiri seorang lelaki yang memiliki wajah yang manis.
Wajah lelaki tersebut mudah membuatkan semua orang selesa dengan keberadaannya kerana mempunyai seri dan senyuman yang manis.
" Pakcik nak bawak kamu semua makan aiskrim, nak? Lepastu kita main sorok-sorok.”. Pelawa lelaki tersebut.
" Nak nak!” jawab mereka serentak dan penuh teruja.
*************************************************
"Wah sedapnya aiskrim ni, bestnyaaa!” kata rakan Asyraf.
Kini mereka berada di belakang sekolah tersebut yang mana berdekatan dengan hutan yang tidak berapa tebal. Selang 1 km boleh melihat jalan orang lalu lalang menaiki kenderaan. Belakang sekolah rendahnya merupakan tempat yang sesuai untuk rekreasi dan mempunyai banyak fasiliti untuk beriadah.
" Kan ! Makan cepat, siapa lambat dia "jadi”. ” balas lelaki tersebut.
Asyraf dengan kawan-kawannya bersungguh-sungguh makan kerana tak mahu "jadi".
"Haaa pakcik "jadi” !” kata mereka serentak kepada lelaki tersebut.
" Ala~.” lelaki tersebut membuat muka hampa.
"Pakcik kira sampai 50 ya. " Sambungnya lagi.Lelaki tersebut menutup matanya dengan tapak tangan dan mula mengira.
" Satu....”
" Dua.....”
"Tiga......”Asyraf dan kawan-kawannya cepat-cepat berlari untuk mencari tempat bersembunyi.
Rakan-rakan mereka hanya memilih untuk menyorok di kawasan terdekat sahaja kerana mereka takut untuk bermain terlalu dekat dengan hutan.
"Tiga puluh... hihi” terdengar lelaki itu sedikit ketawa.
Namun tidak bagi Asyraf, dia sebolehnya tidak ingin dijumpai oleh sesiapa. Dengan penuh semangat dan keterujaan yang melampau, dia masuk ke dalam hutan untuk menyorok. Dia memilih untuk bersembunyi disebalik semak yang cukup tinggi untuk menutup tubuhnya.
"Empat puluh .....”
Asyraf sedikit panik kerana kiraan akan tamat. Dengan tergopoh-gapah, dia membuat keputusan untuk terus masuk lebih dalam ke dalam hutan. Setelah dia menjumpai semak yang sesuai, dia duduk dan bersembunyi. Nafasnya yang laju cuba di kawal bagi tidak kedengaran.
Setelah beberapa lama, Asyraf hairan kerana dia tidak mendengar sebarang suara atau kiraan yang ke lima puluh. Menunggu untuk "pakcik” menjumpainya membuatkan dia rasa mengantuk kerana kepenatan bermain dan berlari sebentar tadi. Asyraf menaikkan lututnya dan merapatkan kepalanya ke lutut untuk merehatkan tengkuknya.
Asyraf terlelap.*************************************************
*Prak
*PrakBunyi ranting kayu dipijak dari arah belakang Asyraf iaitu arah dari sekolah. Asyraf yang mendengar bunyi tersebut terjaga. Dia yang mamai kembali teringat yang dia sedang bersembunyi. Dia terus memalingkan badannya kebelakang untuk berwaspada dan mengintai disebalik dedaun semak untuk melihat siapa.
Aneh, tiada sesiapa mahu pun bayang kelihatan. Sekembalinya dia membetulkan posisi badan kehadapan semula, dia terpana. Dia dapat melihat ada sepasang kaki berbulu lebat berwarna kelabu kehitaman di hadapannya.
Paling mengejutkan, makhluk tersebut sedang mengheret Pakcik yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Kehadiran Asyraf tidak disedari makhluk tersebut kerana Asyraf bersembunyi di dalam semak yang rimbun.
Degupan jantungnya kian kencang, perutnya terasa ingin meluahkan apa yang di makan hari ini. Namun dia menutup mulutnya dan cuba tidak membuat sebarang bunyi. Seluarnya basah .
Makhluk tersebut berlalu tanpa sedar ada Asyraf di dalam semak. Dia berasa sedikit lega namun lututnya masih gementar. Dia cuba menenangkan diri .
Asyraf bersyukur dirinya tidak mempunyai nasib yang sama dengan Pakcik yang baru dia kenal sebentar tadi. Dia memutuskan untuk tunggu sebentar di situ sehingga makhluk tersebut betul-betul beredar.
Dugaannya silap, apabila dia ingin menoleh belakang ke arah sekolahnya, dia dapat melihat kepala makhluk tersebut sudah pun berada di dalam semak. Mereka bertentangan mata.
Jelas kelihatan makhluk berbulu tersebut mempunyai mata berwarna putih tidak mempunyai anak mata, berwajah gelap, taring dan giginya kelihatan kerana tidak mempunyai bibir. Air liurnya menitik dan berbau hanyir seperti bangkai.
Timbul rasa takut dalam diri Asyraf membuatkan dia kaku dan tidak mampu berkata.
Tanpa membuang masa, makhluk tersebut menghayun objek tajam tepat mengenai leher Asyraf. Kepala Asyraf terpisah dari badan, tidak mampu dia memberikan sebarang reaksi. Darah terpancut keluar dari badannya serta terpercik ke muka makhluk berbulu tersebut.
Makhluk tersebut bangun dari cangkungan lalu berpaling ke arah kiri dan terus beredar dari tempat tersebut seperti tiada apa yang berlaku .
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...