Assalamualaikum. Nama aku Adi,aku mahu menceritakan pengalaman aku ketika umur aku dalam lingkungan 3-4 tahun kalau aku tidak salah. Waktu tu keluarga aku tinggal di rumah sewa membelakangi rumah tok cik aku.Tempatnya aku rahsiakan supaya tidak menimbulkan sebarang andaian dan cerita ini merupakan kali pertama aku melihat "sesuatu” atau tidak sengaja melihat makhluk halus . Walaupun kejadian ini berlaku ketika aku masih kecil, namun ia masih segar dalam ingatanku.
****************************
Kehidupan harian aku berjalan seperti biasa, kanak-kanak yang aktif bermain di siang hari, akan tetapi pada satu malam yang sunyi.. aku tidak mampu mengingati bilakah kejadian ini berlaku, tapi aku sangat pasti malam itu tidak seperti malam-malam yang biasa. Sinaran bulan amat terang menyimbah ke seluruh pelosok bumi yang gelap dan suasananya agak menyeramkan.Pada malam kejadian itu aku tidur di dalam bilik yang dikongsi bersama abang sulung dan abang ngah aku.Ya, aku merupakan anak ketiga daripada 4 beradik ku pada waktu ketika itu .Aku ingat lagi bahawa malam itu aku terjaga dari tidur yang lena dan aku yakin yang aku tak bermimpi mahupun mamai kerana memori kejadian itu amat segar dalam ingatan ku.
Pada masa itu aku dalam keadaan separa sedar, mamai barangkali. Otak kecilku pada ketika itu tidak mampu berfikir dan mencerna dengan baik . Aku perasan bahawa pintu bilik kami tidak bertutup dan dibiarkan terbuka, mungkin abangku terlupa mahu menutupnya, fikirku sejenak.Dengan spontan, aku melihat ke luar bilik ku yang menghadap ke dapur. Dengan tidak semena-mena aku terlihat satu bayang-bayang semacam budak sebaya aku . Pergerakan bayang itu agak pelik, sungguh pelik kerana ia tidak berganjak tpi ia seolah-olah bergetar dan bergoyang seperti daun di dinding dapur rumahku. Aku hairan, siapa? Adikku kah? Tidak mungkin malam begini dia masih berjaga, lagipun waktu itu mana ada teknologi seperti telefon pintar untuk buatkan kita terjaga sampai larut malam.
Timbul rasa ingin tahu siapa pemilik bayang yang kaku dan bergoyang tersebut. Aku tidak salah melihat, bentuk bayang itu seperti manusia. Aku bangkit dari katil untuk lihat dengan lebih dekat. Tanpa ragu-ragu dan berharap bahawa pemilik bayang itu milik adikku, aku perlahan-lahan berjalan mendekati bayang tersebut dan masuk ke dapur dengan langkah yang amat perlahan.
Demi malam yang diterangi bulan lagi menyeramkan, sejurus sahaja aku menapak keluar dari bilik, aku tidak melihat sesiapa disitu melainkan bayang tadi yang seolah-olah bergetar di dinding. Timbul rasa sedikit cemas di dalam hatiku, benarkah apa yang aku lihat ini? Rasa seram dan cemas mula naik ke dalam hati diriku yang kecil. Tanpa melengahkan masa, aku melangkah ke terus ke ruang tamu sambil berlari anak ke tempat di mana mak dan ayahku tidur. Mereka jarang tidur di bilik pada masa itu atas sebab tertentu . Jadi aku terus merebahkan badanku di antara mereka dan memejamkan mata berharap aku dapat tidur dengan cepat dan bayang-bayang itu tidak mengikuti aku. Sedikit pun aku tidak menoleh ke arah dapur kerana gusar aku di tenung makhluk berbayang. Syukur aku terlelap.
Pada keesokan harinya, aku tidak mencerita apa yang terjadi malam itu kerana mungkin mereka tidak akan mempercayaiku yang masih kecil pada ketika itu. Alhamdulillah perkara ini tidak berlarutan dan hanya berlaku hanya sekali . Apabila meningkat dewasa ,aku tertanya-tanya. Siapa empunya bayang?
YOU ARE READING
Abyad
HorrorKisah siri seram ringkas : Abyad Dengan kehadirannya yang menyeramkan berserta kulit yang putih pucat, menghantui ku dalam malam bertema kengerian. Matanya hitam seperti malam tak berpenghujung , memancarkan aura misteri yang aneh dan asing. Suaran...