Sorok

17 1 1
                                    

Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi di kejiranan rumah aku. Aku berumur 9 tahun pada ketika itu. Kejadian ini terjadi kepada kawan masa kecilku yang tinggal selang beberapa rumah dari rumah aku. Aku namakan dia as Is(bukan nama sebenar) dan dia hanya tua setahun dari aku .Ceritanya bermula begini.

Pada ketika itu, hari mula dekat-dekat mahu masuk maghrib dalam pukul 7. Is bergaduh dengan kakak dia dan lari keluar rumah pada masa itu. Kakaknya membiarkan sahaja kerana beranggapan dia lari hanya di sekitar rumah. Setelah menunggu beberapa lama, Is tidak balik-balik. Jam sudah menunjukkan 9 malam tapi kelibatnya lagi tak kelihatan. Kakak dia dan keluarganya mula risau lantas keluar mencari Is dari rumah ke rumah termasuklah rumah aku. Pada masa tu, keadaan agak sedikit kecoh . Jiran-jiran yang dapat tau Is hilang, turut tolong turun mencari. Niat Aku hendak mengikut tapi tidak boleh kerana aku masih kecil dan tidak dibenarkan keluar malam.

Pada malam itu misi pencarian Is pun bermula. Jiran-jiran berpecah mencari Is di seluruh tempat. Semak-semak di belakang rumah, rumah ke rumah, paya berdekatan, semuanya mencari. Cari punya cari, alhamdulillah usaha mereka mendatangkan hasil. Diorang terjumpa Is berdekatan pokok serai belakang rumah jiran aku yang hanya selang 2 rumah dari rumah aku. Penduduk kampung memanggil tuan rumah dengan panggilan Cik Mad Yasin . Yang menjumpai Is adalah anak dia bernama Wan. Mereka menjumpai Is antara pukul 11-12. . Semasa menjumpai Is, dia tidak sedarkan diri dan terus dibawa masuk rumah Cik Mad Yasin. Cik Mad Yasin mengetahui sedikit  cara untuk berubat . Jadi dia tolong ubatkan Is sehingga dia sedarkan diri. Mereka mengesyaki yang Is disorok oleh Hantu Kopek.

Esok paginya, aku dan kawan-kawan sebaya yang berjiran datang untuk menjenguk Is. Kami ada menanyakan soalan kepada dia tentang macam mana dia boleh jadi macam ni. Maksudnya , ape yang terjadi sepanjang kejadian? Adakah dia mengingati kejadian tersebut? Dia pun membuka cerita yang dia lari pergi terowong air. Terowong air ni memang tempat kami selalu bermain pada masa itu. Is menceritakan yang niatnya hanya ingin lari untuk menyorok dari kakak dia. Dia menyorok di dalam terowong tu, terowong itu tidak lah terlalu besar . Hanya muat untuk kanak-kanak sahaja untuk memasukinya. Maksudnya di situ adalah tempat yang baik untuk menyorok untuk kanak-kanak seperti kami. Semasa sedang duduk diam di dalam terowong tersebut untuk seketika, secara tiba-tiba dia rasa mengantuk yang amat lalu terus terlelap.

Di kawasan terowong air tu sudah la tiada lampu, sudah pasti keadaannya amat gelap apabila malam. Siapa yang berani tidur di sana seorang diri? Dia menyambung ceritanya lagi , sejurus dia tidur, dia merasakan yang dia di angkat oleh sesuatu. Keadaannya yang mamai membuatkan dirinya lemah dan tidak dapat bergerak seperti dikunci. Selepas daripada kejadian dia di angkat, dia tidak mengingati apa yang telah terjadi, sedar-sedar sahaja sudah berada di rumah Cik Mad Yasin. Jarak antara rumah Cik Mad Yasin dengan terowong tu tidak lah jauh mana, dalam selang 1 jalan dan sebuah rumah macam tu. Selepas sahaja kejadian tu, jiran-jiran tidak membenarkan anak mereka keluar pada waktu maghrib, risau dan takut pisang berbuah dua kali . Is bernasib baik benda tu sorok berdekatan sahaja dan tidak jauh dari rumah orang. Dia jugak bernasib baik kerana ada orang yang menjumpainya.

AbyadWhere stories live. Discover now