Cuti pertengahan penggal sudah bermula. Ini bermakna aku akan pulang ke kampung halaman seperti yang dijanjikan. Nama je kampung, tapi rumah keluarga aku berada di tengah bandar iye.
Hampir zohor juga aku tiba di Johor. Tu nasib gerak pagi sikit. Kalau gerak tengahari, mahunya lepas asar baru sampai. Tapi kalau sampai lambat pun tak jadi masalah, sebab majlis doa selamat diakan pada esok malam, bukan malam ni. Balik awal ni pun sebab tak sabar-sabar nak rasa masakan mama. Rindu dengan tomyam ayam versi mama. Bila teringat auto terliur.
Keluar sahaja highway, telefonku bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Mata memandang sekilas kearah skrin telefon yang berada di tempat duduk penumpang. Tertera nama abangku di skrin telefon.
Aku memberhentikan kereta di sebelah tandas awam sebelum menjawab. Tak berani nak bermain telefon sewaktu memandu. Bukan takut kena saman, tetapi keselamatan semua orang sangatlah diutamakan. Tidak mahu ada masalah di kemudian hari.
"Hello ha kenapa?" Tanpa salam, aku bersuara.
"Bagi salam lah budak!" Selar si abang di talian .
"Ha assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh." Cukup sifat dan cukup harakat khas buat abang tercinta.
"Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh adikku." Jawab si abang juga tidak mahu kalah.
"Ada apa telefon ni? Adik dah nak sampai dah."
"Kat mana?" Badrul.
"Baru keluar highway. Kenapa? Ada nak kirim apa-apa ke?"
"Ha pandai pun adik abang ni. Memang nak kirim pun." Laju sahaja si abang membalas.
"Kirim apa?"
"Tolong singgah tempat kerja abang. Ambilkan laptop abang. Tertinggal kat sana. Nak keluar malas pula."
"Eleyh keluar jela. Dengan buah hati rajin pula keluar. Ambil barang sendiri malas!" Selar aku laju. Pakej buat muka menyampah walaupun aku tahu dia tak nampak.
"Ala tolonglah abang kau ni dik. Dah alang satu jalan tu. Nanti abang belanja kau mcd okay?" Bersinar-sinar mataku apabila perkataan mcd keluar daripada mulut abangku.
"Okay deals. Tapi abang kena bagitau orang sana. Adik malas nak tertanya-tanya bila sampai sana nanti."
"Abang dah bagitau dah. Adik pergi je. Nanti cakap dengan staff yang ada dekat frontdesk lobi hotel tu. Cakap nak ambil barang Bad." Terang abangku.
"Bereh bos." Talian dimatikan dan aku menuju ke tempat yang dipinta sebentar tadi. Nampaknya lambat lagi lah nak merasa masakan mama.
📌
Tiba sahaja di lobi hotel, aku menuju kearah frontdesk hotel itu. Aku menghampiri seorang wanita yang sedang tersenyum manis menyambut kedatanganku di situ.
"May I help you?" Ramah wanita yang bernama Zalikha itu bertanya. Mana aku tahu nama dia? Mestilah sebab tengok nametag dia. Memang tidaklah nak tahu nama pekerja di sini. Bukannya aku yang kerja sini.
"Oh saya Balqis. Adik Badrul. Saya datang nak ambil laptop dia. Dia kata tertinggal kat sini." Terangku kepada Zalikha. Melihat reaksi wanita itu, memang sudah jelas lagi nyata abangku sudah memberitahu mereka di sini. Sebab sepantas kilat dia mengangguk dan berlalu.
"Adik Bad ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Tak pernah datang sini ke?" Seorang lagi pekerja wanita bertanya. Kalini nama dia Sofia. Cantik nama secantik orangnya.
"Haah. Sebab saya kerja jauh. Lagipun tak ada masa nak datang tempat kerja dia," Aku ketawa kecil begitu juga Sofia.
"Nanti kirim salam dekat Bad. Nama I Sofia. Pesan kat dia dah sampai sana jangan lupa I." Sofia senyum lebar. Lain macam je pesanan tu. HAHAH!
"Insyaallah. Pesanan diterima." Aku kenyit mata menandakan aku menerima pesanan tersebut. Nanti jela korek rahsia dengan abang.
Lima minit kemudian, Zalikha kembali beserta dengan beg laptop bewarna hitam jenama Asus itu.
"Ni laptop Bad." Kini beg laptop itu bertukar tangan.
"Terima kasih." Aku senyum manis sebelum berlalu. Tiba sahaja di tempat letak kereta, perutku memulas secara tidak sengaja. Kenapa eh nak memerut sekarang? Aduh! Bad timing betullah!
Tanpa membuang masa, aku terus memecut mencari tandas setelah meletakkan barang abangku di dalam kereta. Tidak lupa untuk mengunci pintu sekali. Risau datang ada radio, balik tak ada radio.
Aku kembali semula kearah lobi hotel untuk bertanyakan berkenaan tandas. Namun langkahku terhenti apabila mata tertancap kearah figura yang amat ku kenali sedang ketawa mesra di hadapan lobi hotel itu. Senang cerita dia ada dekat pintu masuk. Belum masuk lagi tapi hanya berada di luar.
Tanpa banyak soal, kaki terus melangkah kearah pasangan itu. Kata hati aku yakin yang aku kenal dengan lelaki itu. Walaupun lelaki itu membelakangiku, namun gerak badan dan gayanya sangat mengena.
"Hayrul?" Sekali panggil, lelaki itu sudah berpaling. Jadi tebakannya tepat sama sekali. Jelas riak terkejut terpancar di wajahnya. Namun cepat sahaja disembunyikan dengan wajah yang bersahaja. Iye B.E.R.S.A.H.A.J.A. Bukan riak bersalah.
"Awak buat apa kat sini Qis?" Hayrul bertanya. Tangan yang melingkar pinggang wanita disebelahnya dilepaskan.
"Sepatutnya saya yang tanya, awak buat apa dekat sini dengan dia?"
"Makan. Kita orang nak lunch dekat hotel ni. You know makanan kat sini sedap sangat. Qis patut cuba." Senyuman dilemparkan kearahku. Dia senyum wey! Senyum!
"Dia siapa?" Aku terus kembali ke topik utama. Aku tak tahu apa maksud dia buat macam tu, tapi aku dapa rasakan sesuatu yang tak elok akan berlaku.
"Girlfriend I Syida." Dengan bangganya dia kenalkan Syida kepadaku. Aku ketap bibir menahan geram. Apa masalah dia ni eh! Memang tak ada langsung ke perasaan bersalah bila dah tertangkap macam ni?
"Dia kekasih awak? Jadi saya ni apa?" Aku senyum terpaksa.
"Awak? Hmm let say hanya untuk memuaskan hati ke dua belah pihak?"
"Ha?" Aku kerut dahi. Sumpah tak faham.
"Well i will said it for the sake of our family friendship? My parent tak restu hubungan saya dengan Syida. But I Love her So much. Saya tak boleh lepaskan dia semata-mata perempuan yang tak cintakan saya. Jadi untuk menutup mulut dia orang, saya terpaksa buat macam ni. Dan bila masanya tiba, saya akan break off dengan awak."
"How?"
"Ermm I will create situasion, yang kekasih saya lebih baik daripada awak. Masa tu saya dan Syida mungkin boleh bersama semula." Terangnya yakin. Aku terkedu. Dia gunakan aku untuk kepentingan dia?
"Awak gunakan saya?"
"Bukan menggunakan. Lagipun kita di situasi sama apa? Awak takkan kahwin dengan saya dan saya takkan kahwin dengan awak. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dekat awak dan saya yakin awak pun sama. Jadi memang tak ada masalah pun." Jawabnya selamba membuatkan darahku mendidih naik hingga kepala.
"Tapi saya yang akan nampak buruknya Hayrul! Awak tak patut buat saya macam ni. Kalau awak tak nak, kenapa awak ajak kita lebih daripada kawan?"
"Macam saya cakap Balqis. Hanya untuk kepuasan kedua belah pihak. Tak lebih dan tak kurang. Saya dah ada orang yang saya sayang, kenapa saya perlu kahwin dengan orang yang saya tak sayang kan?"
"Sorry to dissappointed you Balqis. Awak cuma umpan bagi keluarga kita sahaja. Kalau awak ada perasaan dekat saya, saya harap awak boleh lupakan. Sebab saya takkan tinggalkan Syida sebab awak."
Tidak semena-mena kakiku lemah dan longlai. Tidak sampai sesaat aku sudah jatuh ke tanah. Entah kenapa aku kecewa. Terkilan. Semuanya seakan dejavu bagiku.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...