64 ~

353 9 0
                                    

Kami diam. Sejak Sarah meninggalkan kami 15 minit lepas, tiada langsung suara yang keluar antara kami. Keadaan sedikit hening membuatkan aku janggal. Mana tidaknya sejak kami bergaduh besar sebulan yang lepas, langsung aku tidak menerima sebarang pesanan daripada Aisy. Jauh sekali bersua muka macam ni. Tapi tidak dinafikan aku rindukan lelaki itu. Dapat melihat begini walaupun sekejap sudah cukup buat aku.

Mungkin juga ini kali terakhir kami boleh bersua muka begini. Kalau memang Aisy mahu menceraikan aku, aku cuba untuk redha. Macam aku cakap dekat mama, dapat menjadi isteri Aisy walaupun sekejap pun aku dah bersyukur.

"Balqis." Suara Aisy mematikan lamunanku. Aku memandang kearah Aisy yang sedang menunduk memandang tangannya. Dia seakan teragak-agak untuk berkata sesuatu membuatkan jantung aku semakin berdebar-debar.

"Abang..."

"Abang?" Aku kerut dahi. Maksudnya apa yang aku dengar masa baru tersedar tu betul la iye? Dia bahasakan diri dia abang?

"Just listen Qis, please." Aisy membuat muka penuh pengharapan agar aku mendengar apa yang hendak dia sampaikan tanpa ada sebarang gangguan.

"Er okay."

Aisy menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat ke dalam mataku. Serentak itu sekali lagi jantungku berdetak laju daripada kebiasaannya membuatkan aku menelan liur sendiri.

'Apa ni? Kenapa macam penting sangat je?' Gumamku di dalam hati.

"First of all saya nak minta maaf dekat awak sebab dah terlalu banyak sakitkan hati awak. Saya tahu salah saya dekat awak memang tak boleh untuk dimaafkan semudah itu." Aisy berhenti daripada bersuara sebelum menarik nafas panjang sekali lagi.

"Saya tak minta awak untuk maafkan saya sekarang. Cuma saya harap awak boleh bagi peluang untuk saya tebus segala salah saya pada awak sebelum ni." Kalini Aisy menunduk pula. Tampak jelas riak kekesalan di wajah lelaki itu. Namun tidak sedikit pun hati ini berubah detak. Malah kerutan dahi semakin jelas kelihatan.

Pelik! Ya itu yang aku rasakan sekarang. Bukan ini yang aku jangka kan daripada Aisy.

"Maksud... awak?" Perlahan-perlahan aku bertanya. Takut tersalah tafsir, diri sendiri yang terluka.

"Izinkan saya untuk menjaga awak sampai akhir hayat saya boleh?" Aisy memandang tepat kearah anak mataku.

Terkejut. Tergamam. Betul ke apa yang aku dengar? Atau aku masih lagi bermimpi? Aisy cakap macam ni? Dengan aku? Kalau sewaktu indahnya bercinta dahulu mungkin aku akan bersorak keriangan. Tapi kalau dengan situasi yang sekarang, aku sampai tak tahu nak respond apa. Bahagia? Suka?

"Kejap-kejap. Awak ni siapa? Betul ke awak ni Aisy? Aisy tak akan cakap macam ni dengan saya. Sebab Aisy yang saya kenal, dia terlalu bencikan saya. Tak mungkin dia akan cakap macam ni. Ke saya tengah mimpi?" Aku seperti bermonolog dengan diri sendiri. Serentak itu tangan mencubit pipi sendiri. Sakit. Nampaknya aku tak mimpi.

"Awak tak mimpi. Dan depan awak sekarang adalah saya, suami awak. Aisy Zulfan."

"Tapi dia macam tiba-tiba. Awak sakit ke? Atau awak kena marah dengan mama ayah, tu yang awak macam ni? Berlakon?" Entah kenapa perasaan marah pula yang timbul. Bukan ke aku sepatutnya suka? Kan? Tapi kenapa aku marah?

"No, saya tak berlakon. Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap tadi. Saya dah tak sanggup nak hilang awak lagi."

"Entahlah. Saya rasa semua ni macam tiba-tiba. Sebulan lepas awak baru je hina saya perempuan murah. Sekarang ni tiba-tiba cakap tak nak hilang saya. Tak mungkin hati manusia berubah secepat ini."

"Setelah lafaz terakad, tidak pernah ada sedikit pun perasaan benci saya pada awak. Semua perasaan benci seakan hilang begitu sahaja. Dah macam-macam cara saya buat untuk terus bencikan awak, tapi perasaan sayang dan rindu saya dah melebihi segalanya. Saya terlalu sayangkan awak sehingga langsung tiada perasaan benci dalam hati saya pada awak. Saya tak boleh tengok awak sedih. It break my heart more."

"Tapi cara layanan awak pada saya dah menjelaskan apa yang awak cakap ni bohong. Awak ingat saya budak-budak ke? Senang-senang je bole ditipu ha?" Bentak aku tidak puas hati.

"Sayang? Sayang ke kalau layan saya macam maid? Sayang ke kalau tuduh tanpa usul periksa? Sayang ke kalau hina saya macam perempuan murah ha?!" Aku ketawa sinis. Kelakar. Sumpah Aisy sangat kelakar sekarang ni.

"Saya terlalu ego. Ego saya terlalu tinggi sampaikan saya sanggup buat awak macam tu dan saya mengaku kesalahan saya sangat besar."

"Awak baliklah. Saya penat."

"Tapi..."

"Please. Bagi saya masa untuk berfikir Aisy." Hanya itu sahaja yang mampu jawab kali ini. Semuanya bagaikan terlalu pantas. Apa patut aku buat sekarang?

📌

Aku termenung panjang sambil memandang pemandangan luar melalui tingkap hospital. Disebabkan wad aku berada ditingkat atas, jadi aku boleh menikmati pemandangan dengan lebih baik. Namun, hanya jasad aku sahaja di sini, tapi hati sudah merewang entah kemana.

Semuanya disebabkan perubahan mendadak Aisy. Kenapa? Kenapa Aisy kena berubah sedrastik ini? Kenapa dia tiba-tiba hendak menerimaku sedangkan permulaan hubungan kami adalah berdasarkan dendam semata-mata. Tapi bukan ke aku patut gembira? Lelaki yang aku dambakan selama ini ingin menerimaku kembali. Tapi kenapa perasaan marah pula yang datang ?

Ada masalah apa-apa ke dekat urat saraf otak aku? Atau aku trauma sangat dengan kejadian malang yang menimpaku membuatkan fikiranku terus tak berfungsi? Tak boleh beza perkara yang patut disambut kegembiraan ataupun tidak?

"Arghh!" Aku menghantuk perlahan kepalaku di cermin tingkap. Perlahan jela. Sebab tak nak cari penyakit lain.

"Kenapa kau buat aku macam ni Aisy? Kenapa?" Aku bersoal dengan diri sendiri. Sudah pasti tiada jawapan untuk soalan yang ditanya sendiri.

Ting ting

Lamunan aku terhenti apabila telefonku berbunyi. Tertera nama hitler aka suamiku di skrin telefon. Aku telan liur berkali-kali sebelum membuka isi pesanan tersebut.

Good night my wife. Semoga mimpi indah ❤️

Laju tangan mencampak telefon tersebut diatas katil. Sah lelaki ini bukan Aisy. Aku syak Aisy kena sampuk. Sebabtu perangai dia tak betul. Atau dia ada agenda jahat yang lain? Kalau yang tu tak mustahil.

Tidak lama selepas itu, aku kembali mencapai telefon bimbit yang telah dicampak tadi. Buka-buka sahaja telefon, terpampang isi pesanan tadi. Entah kenapa tangan laju menekan block contact tanpa berfikir panjang.

Yang penting sekarang aku yakin dan pasti lelaki itu mesti ada agenda jahat yang lain. Tak mungkin lah dia akan baik macamtu dalam masa yang singkat. Tak mungkin!

Setelah yakin dengan telahan sendiri, aku kembali berbaring diatas katil. Mata perlahan-lahan dikatup berharap mimpi buruk itu tidak menjelma lagi di dalam tidurku seperti malam semalam.

Doaku di dalam hati.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now