15 ~

243 10 0
                                    

Kami diam. Makanan di hadapan mata hanya dipandang tanpa disentuh. Hanya Hafiy sahaja yang sudah menjamu makanan yang dipesan. Mungkin Hafiy masih lagi marah dengan kejadian tadi.

"Hafiy." Aku mula bersuara apabila keadaan antara kami terlalu canggung.

"Makanlah. Dah sejuk nanti tak sedap." Hafiy

"Kau marah aku ke?" Perlahan aku bertanya. Hafiy memandangku sebelum mengeluh perlahan.

"Orang yang patut aku marah dia bukan kau. So kau boleh makan dengan tenang okay." Hafiy senyum sebaris. Walaupun hambar, tetapi tetap terukir di bibir lelaki itu.

Aku mengeluh perlahan.

"Aku terjumpa dia dekat tempat kerja Abang Bad tiga bulan lepas. Sejak tu, dia selalu muncul dalam hidup aku." Suapan Hafiy terhenti apabila aku membuka cerita.

Rasanya sudah tiba masanya aku ceritakan semuanya pada sahabatnya.

"Macam mana kau boleh terjumpa dia pula?"

"Aku pernah ada in relationship dengan seorang lelaki ni, tapi masa tu aku terjumpa dia dengan perempuan lain." Aku diam. Apabila teringat semula kejadian itu, hatiku sakit serta merta. Bukan sebab sakit kena curang tapi sakit sebab diri hanya alat untuk kepuasan diri sendiri.

"Dia curang dengan kau? Siapa?" Laju soalan itu keluar daripada mulut Hafiy. Pakej riak wajah terkejutnya. Hilang terus lelaki yang bernama Aisy itu.

Makanya aku cerita lah daripada mula sampai penghujung cerita sedih aku padanya.

"Kurang ajar eh dia tu. Dia ingat kau apa siak?!" Hafiy mendengus marah setelah mendengar cerita daripadaku. Aku syak kalau Hayrul ada depan mata memang dah kena sebijik dengan mamat ni.

"Tak apalah. Benda dah lepas. Aku cuba untuk redha."

"Lepastu kenapa tiba-tiba ex kau datang balik pulak?"

"Dia kata dia nak balas balik dengan apa yang aku dah buat dulu."

Genggaman Hafiy kembali terbentuk. Seboleh mungkin lelaki itu menahan marahnya di hadapan aku.

"Tapi tu bukan salah kau sepenuhnya Balqis."

"Tapi dia tak tahu." Perlahan. Aku menunduk memandang lantai.

"Then tell him the truth! Dia tak patut layan kau macam ni. Apa hak dia nak menghukum kau?" Jelas dia sangat marah sekarang ni.

"No. Macam aku cakap semua tu tak akan ubah apa-apa. Dia nampak jahat aku, tak mungkin dia akan percayakan aku Hafiy. Tak mungkin."

Hafiy mengeluh sekali lagi.

"Tapi sekurang-kurangnya dia tahu. Dia nak percaya atau tak tu hak dia. Lambat laun kebenaran akan terungkap juga. Lagipun semua masalah ni punca daripada dia. Kalau dia..."

"Biarlah masa tu tiba dengan sendirinya." Aku potong laju kata-kata Hafiy. Malas hendak memikirkan perkara yang sudah berlalu.

"Dan kau sanggup terus disakiti sampai masa tu tiba?" Aku diam.

Sanggup kah aku?

"Balqis, sampai bila kau nak terus dihantui dengan masa silam kau? Daripada luaran yes aku tahu kau okay. Tapi dalaman kau, sampai bila kau seksa diri kau sebab lelaki tu?"

Sedih. Ayat Hafiy telah berjaya buatkan aku sedih.

"Sampai dia puas. Aku redha Hafiy. Aku cuba untuk redha. Dia jadi macam tu pun sebab aku."

"You're selfish. Sanggup sakitkan diri kau sebab orang lain walaupun tu bukan salah kau."

"Kalau itu boleh buat dia bahagia. Aku cuba untuk bahagia."

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now