Suasana riuh di hadapan pejabat sekolah membuatkan aku sedikit terganggu. Tertanya-tanya jika ada sesuatu yang berlaku. Tiba sahaja di tempat kejadian, aku melihat dua orang pelajar dan seorang guru lelaki sedang berada di tengah-tengah keramaian itu. Mesti punca riuh ini daripada mereka bertiga.
"Hafizi?" Aku kerut dahi. Kenapa pula pelajarku ada di sini. Bukan ke sepatutnya dia wajib berada di kelas sekarang.
"Ha dah alang-alang guru kelas dah ada dekat sini, ni saya nak bagi amaran sikit. Tolong ajar anak murid cikgu ni baik-baik. Jangan nak panjang tangan sangat ambil hak orang." Cikgu Zul bersuara setelah melihat diriku di situ. Wajah tegang ditampilkan di hadapanku seperti singa lapar.
"Saya tak curi cikgu. Betul!" Sangkal Hafizi tiba-tiba.
"Eh kau jangan banyak bunyi. Kalau bukan kau siapa lagi? Takkan kau nak cakap si Aliff ni menipu pula?" Bantah Cikgu Zul tidak puas hati. Rotan di tangan sudah bersiap sedia untuk menghukum jika memang pelajarku bersalah.
"Sekejap. Saya tak faham. Apa sebenarnya yang jadi sekarang ni?" Aku mendekatkan diri kearah mereka bertiga. Ingin mengetahui cerita yang sebenar.
"Duit saya hilang masa perjumpaan kelab semalam. Dan dia yang duduk sebelah saya masa tu." Terang Aliff yang sedari tadi hanya memerhati.
"Sebab Hafizi duduk sebelah awak, awak tuduh dia yang ambil?"
"Siapa lagi yang akan ambil cikgu kalau bukan dia? Lagipun dia je nampak saya keluarkan duit masa nak bayar yuran kelab semalam." Terang Aliff sungguh-sungguh.
"Awak ada bukti ke yang boleh sahkan apa yang awak cakap ni betul? Awak ada nampak dia ambil? Atau ada saksi yang nampak Hafizi ambil duit awak?" Bagaikan polis pencen aku menghujah soalan buat Aliff.
Aliff diam tidak berkutik. Wajahnya dipandang lantai. Tak ada bukti la tu.
"Bukti apa yang cikgu nak? Budak macam ni dah cukup dah nak membuktikan yang dia ni mencuri." Selar Cikgu Zul tak puas hati. Mungkin geram agaknya murid terbaik kelasnya dituduh sebagai penipu.
"Budak macam mana cikgu? Budak kelas bawah? Budak tak pandai? Macam tu?"
"Cikgu ingat budak kelas bawah semua jahat ke? Dan budak kelas atas semua baik? Dia orang ni manusia juga cikgu. Ada baik ada jahatnya. Jadi jangan sesekali nak judge atau tuduh orang tanpa bukti. Selidik dulu sebelum menuduh." Bangkang aku apabila masih lagi tiada suara daripada cikgu dan anak murid di hadapan matanya.
"Sudahlah. Susah cakap dengan orang macam ni. Ha kau Aliff, tunggu apa lagi pergi la cari 'bukti' yang cikgu Balqis ni nak sangat. Biar dia malu sendiri nanti." Cikgu Zul buat muka sebelum berlalu. Dah tua pun perangai macam budak-budak.
"Awak Hafizi, ikut saya ke bilik guru sekarang!" Tanpa banyak kata, Hafizi mengikutiku dengan redha.
"Betul awak tak curi duit Aliff semalam?" Sekali lagi Aku mula bertanya apabila kami tiba di bilik guru. Nasib baiklah ramai guru sudah memulakan P&P di kelas masing-masing, jadi tak adalah menjadi perhatian sangat.
"Betul cikgu. Saya memang jahat. Tapi saya tak akan mencuri." Yakin Hafizi menjawab.
"Lagipun buat apa saya curi duit dia. Saya kaya kot nak dibandingkan dengan si Aliff tu. Kalau saya nak duit, mak ayah saya bolen bagi lah." Kalini pakej mimik muka menyampah pakej bangga sebab anak orang kaya.
'Untunglah kaya budak.' Selorohku di dalam hati.
"Oklah kalau awak tak buat. Tapi lepasni berhati-hati sikit. Jangan mengundang salah faham lagi."
Hafizi mengangguk faham. Setelah berkata itu dan ini pelajar itu pun berlalu.
"Masalah apa lagi budak tu buat?" Cikgu Mira, guru wanita yang duduk disebelahku bertanya. Entah bila dia berada di situ pun aku tidak pasti.
"Kena tuduh curi duit dengan pelajar Cikgu Zul." Terangku pakej keluhan berat. Kalau nama Cikgu Zul muncul, memang akan jadi mimpi ngeri. Bukan setakat pelajar dia berlagak, tapi dengan dia-dia sekali besar kepala. Mentang-mentang lah ajar kelas atas sahaja, kelas bawah pun dia akan pandang serong.
"Tapi betul ke? Nampak juga Cikgu Zul kat kantin tadi. Bukan main marah lagi dia."
"Saya yakin dan pasti pelajar saya tak buat. Saya kenal dia orang macam mana. Dia orang nakal je tapi tak jahat."
"Ha biarlah Cikgu Zul tu. Dia tu memang tak pernah nak puas hati dengan kelas kita." Sokong Cikgu Mira. Aku senyum kecil. Bila ada yang menyokong, sejuk sikit hati mendengarnya.
📌
Telefon yang berdering menyentakkan lamunanku. Entah apa yang dimenungkan pun dia tak tahu. Tau-tau je terkejut dengan bunyi telefon sendiri. Habis sahaja P&P tengahari tadi, aku terus terperuk di dalam bilik guru. Malas nak makan tengahari. Balik rumah nanti je baru mencari makanan.
Skrin telefon dipandang sekilas sebelum slide untuk menjawab.
"Hello assalamualaikum mama."
"Waalaikmsalam. Kamu tengah mengajar ke tu Qis? Mama kacau ke?"
"Eh tak adalah. Dah siap lama dah. Ni tengah buat kerja sikit. Dah nak balik dah ni." Terangku.
"Mama nak tanya cuti sekolah panjang ni kamu balik tak? Sebab mama ingat nak buat kenduri doa selamat sebelum Bad terbang ke Korea nanti." Terang mama. Bad atau dikenali Badrul Hisyam, abang kepada Balqis yang baru sahaja mendapat tawaran kerja sambil belajar di Korea. Untung orang pandai, dah la semuanya ditanggung oleh syarikat.
"Insyaallah balik mama. Lagipun dah dua minggu tak balik. Rindu dah dengan masakan mama." Sengihku lebar.
"Tau pun. Lain kali cuti balik. Bukan terperap dekat rumah sewa tu."
"Bukan tak nak balik ma. Duit tak mengizinkan." Aku gelak kecil. Apabila duduk berjauhan dengan keluarga ni, memang semua benda kena jimat. Tetapi kalau bab makan entahlah tak nampak pula jimatnya kat mana. HAHA!
"Kamu tu bila je ada duitnya." Ketawaku makin besar apabila mendengar fakta yang dikeluarkan mama sendiri. Haih macam tau-tau je. Biasalah banyak komitmen, memang susah nak nampak bayang duit.
"Ha nanti ajaklah si Hayrul sekali. Nanti mama jemput mama dengan papa dia. Kamu ajak Hayrul."
"Baik ma. Nanti Qis jemput."
"Jangan iye tapi tak buat. Macam mama tak kenal kamu macam mana."
"Iye iye mama jangan risau. Nanti Qis jemput bakal menantu mama tu iye." Sarkastik. Tapi sudah cukup membuatkan si pemanggil gelak kecil. Suka la tu panggil Hayrul bakal menantu. Mesti tak sabar nak berbesan dengan kawan baik sendiri.
"Haa Iyelah. Ada apa apa nanti bagitau mama. Jangan senyap je."
"Iye ma. Jangan risau. Qis Okay je kat sini."
"Okay lah sangat. Kat Jb ni banyak je sekolah. Nak juga pergi Melaka sana." Masuk ni entah berapa kali mama bising perkara sama. Sejak tiga tahun aku berada di sini, tiga tahun juga ulang benda sama.
"Mama, dah tiga tahun mama cakap benda sama. Tak bosan ke?" Aku buat muka. Walaupun aku tahu mama tak nampak, tetapi tetap juga dibuat.
"Memang takkan bosan. Selagi Qis tak balik Johor, selagi tu mama akan ulang benda sama."
"Qis dah besar lah mama. Bukan budak sekolah lagi."
"Besar ke kecik, Qis tetap perempuan tau. Mama ni selalu risaukan Qis kat tempat orang tu. Kalau dekat senang lah kita orang nak tengok Qis. Ni jauh sampai Melaka sana."
"Eleyh mana ada jauh sangat. Melaka je bukan Kedah." Balasku mudah.
"Menjawab menjawab." Aku gelak kecil.
"Okaylah ma, Qis nak siapkan kerja sikit ni. Nanti Qis telefon balik bila free. Assalamualaikum." Selepas mematikan talian, aku terus menyambung semula tugasan yang tergendala akibat aku berangan sebentar tadi. Berangan apa tu tak pastilah. Dah lupa. Hahah
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...