Mata dibuka perlahan-lahan. Disebabkan cahaya yang menusuk anak mata membuatkan aku memejamkan semula mata sebelum merasakan tangannya digenggam oleh seseorang dengan erat. Kepala dipalingkan ke sini kanan dan aku membuka mata perlahan-lahan. Hendak melihat siapakah gerangan manusia yang telah menggenggam tangannya bagaikan tidak mahu lepas.
Dalam pandangan samar-samar, figura manusia itu dikenalpasti. Kelihatan seorang lelaki sedang memegang tangannya dalam keadaan tidur. Aisy? Kenapa lelaki tu ada dekat sini? Aku dekat mana sekarang?
Kepala memusing kiri dan kanan. Terlihat kantung bag iv drop berada di sebelah kiri dan mesin ventilator di sebelah kiri. Mulut yang seakan ditekup sesuatu aku pegang dengan tangan kiri. Apa ni?
Dalam pada mencari jawapan, Aisy terjaga. Mungkin sebab aku terlalu banyak bergerak membuatkan lelaki itu tersedar daripada lena. Nampak sahaja aku sudah membuka mata, terus tersenyum lebar lelaki itu. Tangan pula menekan sesuatu yang berbunyi.
"Sayang dah sedar? Kejap abang panggilkan mama dengan ayah." Tanpa berlengah terus sahaja Aisy berlalu dan diganti dengan doktor juga seorang jururawat.
Aku sudah semestinya blur. Abang? Sayang? Aku salah dengar ke? Atau aku tengah bermimpi?
"Puan Balqis? Puan Balqis?" Suara daripada doktor lelaki itu menyentakkan lamunan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong.
Entah kenapa fikiran aku sekarang kosong sekosongnya.
"Bila saya tanya Puan jawab dengan kelipan mata iya. Sekali kelip bermaksud iya dan dua kali bermaksud tidak. Faham?" Doktor
Aku kelip mata sekali.
"Puan ingat siapa Puan?" Sekali kelip
Belum sempat doktor itu bertanya soalan seterusnya, kelihatan mama, ayah dan juga abang sudah berada di sebelah katilku. Tidak ketinggalan juga Aisy.
"Puan kenal siapa mereka?" Sekali kelip. Kelihatan doktor itu tersenyum sambil memandang keluargaku dan membuatkan mereka menarik nafas lega.
"Puan ingat tak kenapa Puan boleh ada di sini?" Aku diam sejenak. Cuba untuk mengingat kembali.
Kenapa aku boleh ada dekat hospital? Apa yang dah terjadi pada aku sebelum ni? Namun setelah puas mengerah otak, tidak juga keluar penyebabnya. Mata dikelip dua kali membuatkan doktor itu mengangguk.
"Puan Balqis tak apa-apa. Cuma mungkin sedikit trauma dengan apa yang dah berlaku membuatkan Puan Balqis tidak ingat apa yang telah berlaku pada dia sebelum dia dirawat. Jadi kami akan membuat rawatan yang selanjutnya untuk mengetahui penyebab utama. Kami juga akan menutup mesin ventilator ini apabila dipastikan pernafasan Puan Balqis baik sepenuhnya. Itu sahaja untuk harini. Saya akan datang semula untuk rawatan selanjutnya." Terang doktor itu panjang lebar.
"Terima kasih doktor. Anak saya dah sedar pun saya bersyukur sangat." Puan Khalsom mengesat airmatanya yang sudah jatuh sambil memandang kearahku.
"Alhamdulillah. Kuasa Allah. Ada apa-apa nanti saya akan bagitau semula pada tuan, puan dan encik." Doktor itu menunduk sebelum berlalu. Manakala jururawat tadi masih lagi memeriksa aku dan mencabut alat pernafasan itu daripada hidung aku.
Lega rasanya apabila benda itu sudah dicabut sepenuhnya. Aku memandang mereka silih berganti. Mata terkebil-kebil memandang mereka.
"Mama, ayah." Ujarku perlahan. Tapi cukup membuatkan mereka sebak. Mama sudah mengalir air mata di sisi ayah, manakala si ayah pula seakan cuba hendak menahan air mata daripada bercucuran. Entah kenapa perasaan aku menjadi sebak. Dan tidak semena-mena aku ikut menangis seperti mereka.
"Alhamdulillah anak mama dah sedar." Mama menggenggam erat tanganku sambil menyeka air mataku. Badanku yang berbaring dirangkul perlahan. Namun apabila badan kami bersentuhan, perutku seakan dicocok-cocok membuatkan aku mengaduh kecil.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...