Wajah lembut Balqis dielus perlahan-lahan. Tangan pula menggenggam erat tangan si isteri seakan memberikan kekuatan pada isterinya. Sayu hati melihat keadaan isterinya sekarang. Dengan pelbagai wayar berselirat dan mesin untuk bantuan pernafasan. Sedikit sebanyak airmatanya jatuh jua melihat keadaan Balqis kini.
Kini 14 jam sudah pun berlalu semenjak Balqis keluar daripada bilik bedah. Tapi langsung Balqis tidak menunjukkan tanda-tanda hendak sedarkan diri. Gerak tangan pun tidak apalagi mencelikkan mata. Balqis hanya terbaring kaku dengan bantuan pernafasan yang ada di situ.
"Sayang, abang minta maaf sebab dah banyak sakitkan hati sayang. Abang tahu abang bodoh sebab terlalu ikutkan perasaan. Abang tahu." Aisy menyeka airmatanya yang keluar sebelum menyambung kata. Sudah lama rasanya dia ingin membahasakan diri abang pada isterinya. Namun disebabkan egonya yang meninggi membuatkan dia terlepas semua perkara indah itu.
"Sebabtu sayang kena bangun. Hukumlah abang sebanyak mana pun yang sayang nak. Abang redha. Sayang bangun tau. Abang tunggu." Serentak itu Aisy menggengam erat tangan isterinya dan dicium penuh kasih. Buat pertama kalinya dia menyentuh isterinya penuh kasih sejak mereka berkahwin.
Alangkah bahagianya kalau dia dapat lakukan daripada dahulu. Kalau lah dia turunkan ego yang ada, pasti kami sedang bahagia sekarang. Tapi itu semua kalau. Masa tak akan boleh diputar kembali. Yang berlalu tetap akan berlalu. Kini dia hanya menunggu kemaafan daripada Balqis dan keluarganya. Walaupun sukar, dia tetap akan menghadapinya.
'Sendiri buat, sendiri tanggung akibatnya.' Gumamnya di dalam hati
Telefon yang asyik bergetar membuatkan Aisy tersedar daripada lamunannya. Telefon dicapai. Sudah pasti ada panggilan daripada mummy dan adiknya. Tidak ketinggalan juga daripada daddy.
Daddy?
"Daddy dah tahu ke pasal perkara ni?" Bebelnya sendiri
Baru berura-ura hendak menelefon ayahnya, panggilan lain pula yang timbul. Sudah pasti kalini daripada Taufiq.
"Abang nak keluar kejap. Nanti abang datang balik." Aisy senyum kecil sebelum berlalu untuk mengangkat panggilan daripada Taufiq.
"Terima kasih mama, ayah izinkan Aisy untuk tengok Balqis." Sempat Aisy berterima kasih pada keluarga mertuanya.
"Isteri kamu juga." Encik Rizman.
Puan Khalsom pula berpaling kearah lain. Nampak marah benar mama padanya kali ni.
"Kalau kamu nak balik, baliklah. Kami ada kat sini jaga Balqis. Kejap lagi pun ada pegawai yang datang." Ujar Encik Rizman.
"Tak apa. Saya nak tunggu sampai Balqis sedar."
"Dah jadi macam ni baru nak tercari-cari. Kalau tak, anak kita juga yang dibuang." Perli Puan Khalsom sambil menghadap kearah lain.
"Abang cakap apa tadi?" Lembut Encik Rizman menegur isterinya.
"Tak apa. Memang salah saya sebab dah sakitkan hati Balqis. Saya akan cuba terima apa saja yang mama cakap. Asalkan mama dengan ayah sudi maafkan saya dan terima saya balik dalam keluarga ni." Aisy senyum sebaris.
"Kamu memang sebahagiaan daripada kami pun Aisy. Apa pun yang kamu dah buat sebelum ni, kamu masih suami Balqis."
"Saya nak keluar kejap. Kawan saya call."
"Iyelah." Encik Rizman
"Iyelah tu kawan. Entah-entah bini nombor dua dia." Sempat lagi Aisy mendengar leteran Puan Khalsom sewaktu dia berlalu. Keluhan dilepaskan buat sekian kalinya.
📌
"Bro! Mana kau pergi? Daripada tadi tau aku telefon. Awat tak angkat?" Sergah Taufiq sebaik sahaja dia menelefon kembali sahabatnya.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...