Cuti sekolah berbaki tiga hari lagi. Makanya masa yang ada akan dihabiskan untuk membuang masa. Abang pula sudah selamat terbang ke Korea semalam. Harapnya balik nanti tak adalah ubah diri jadi oppa rambut tutup mata.
Dah alang-alang ada di JB, sudah pasti langkah kaki menuju ke pantai Desaru. Walaupun Melaka banyak pantai, tapi suasana dia agak lain sedikit. Mungkin di sini sudah dianggap sebagai tempatku syurgaku, jadi aku tak adalah risau sangat nak meliar kat tempat ini.
"Bestnyaaa pantai!" Aku menutup mata dan mendepangkan tangan ke udara. Bagaikan sedang belayar di dunia sendiri. Segar dan amat menyenangkan.
Setelah menutup mata untuk beberapa saat, aku membuka mata semula. Senyuman lebar dilemparkan. Kaki perlahan-lahan berjalan di pesisir pantai seakan pantai ini hanya ada aku seorang.
Tidak lupa juga untuk mengambil gambar dan buat video untuk simpanan sendiri. Mana tahu tiba-tiba kena pindah tempat jauh daripada pantai, boleh lah tengok-tengok buat kenangan.
Agak jauh daripada tempatku berdiri, ada sebuah pondok bersebelahan dengan pokok besar. Tempat itu...
Perlahan-perlahan senyuman diukir. Entah kenapa sejak-sejak ini selalu sahaja kenangan lama menerpa kembali tanpa aku sedar.
"Awak ada anjing tu!" Sergahan seseorang membuatkanku melompat. Laju mata memandang kearah binatang yang disebut. Betul ada anjing! Elok je dia pandang aku dengan muka innocent macam tu.
Aku telan liur. Agak-agak kalau lari dia kejar tak ek?
"Syuh syuh!" Halau lelaki itu dengan menggunakan ranting kayu yang agak tebal. Perlahan-lahan anjing itu berlalu daripada tempat kami. Aku menarik nafas lega.
"Terima kasih." Aku bersuara apabila lelaki itu mendekatiku.
"Small matter! Btw saya Aisy, awak pula?" Lelaki itu perkenalkan dirinya tanpa dipinta. Pakej senyuman pencair hati lagi. Mahu tak berdegup jantung aku dibuatnya.
"Oh! Saya Balqis. Tak ada Nur ataupun Nurul, apalagi Siti. Hanya Balqis." Aku senyum meleret selepas mengarut perkenalkan nama aku.
Aisy gelak kecil.
Comelnya!
"Kelakar juga awak iye? Oh iye nice to know you. Harap kita akan berjumpa lagi nanti." Senyum lagi.
"Harapnyaa...." Aku teragak-agak hendak membalas membuatkan Aisy gelak lagi.
"Dah la kelakar, comel pulak tu." Sambung lelaki itu. Kembang kempis hidung aku dengar dia puji melambung macam tu.
"Eh apa pulak."
"I got to go. Ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri, jangan sampai kena kejar anjing." Sempat dia kenakan aku sebelum berlalu.
Haih siapa tahu disebabkan anjing seekor, maka tercipta lah sebuah kenangan antara aku dan lelaki itu.
📌
"Hai sorang je?" Teguran daripada seseorang menyentakkan aku. Aku memandang kearah suara yang menegur. Atas bawah aku pandang lelaki itu.
"Kita kenal ke?" Aku kerut dahi. Sudah jelas lagi nyata yang aku tak kenal dia. Tapi kenapa dia nak tegur aku? Jangan cakap nak mengurat. Oh tidak, aku bukan budak sekolah iye nak kena mengurat.
"Tak. Sebabtu saya nak kenal ni." Jawabnya bersahaja. Aku senyum hambar.
"Sorry, tak berminat." Tolakku laju. Tak ada masa aku nak kenal-kenal. Buang masa.
"Tapi tak salah kan kalau saya nak kenal?" Lelaki itu mengikutiku lagi membuatkanku sedikit rimas.
"Tapi saya tak nak. Awak faham tak maksud tak nak?" Perkataan tak nak sengaja ditekankan. Biar lelaki itu faham bahasa.
"Kenapa? Awak dah berpunya ke?" Dia bertanya lalu memandang kearah jari jemariku. Namun cepat sahaja aku mengalih perhatiannya. Tak selesa.
"Of course saya dah berpunya. Jadi awak boleh pergi."
"Iyeke? Apa buktinya?"
Muka aku sudah menyinga. Apa masalah dia ni?
"Awak siapa saya kena tunjukkan bukti? Saya kenal awak pun tidak!" Aku memberhentikan langkah dan memandang kearah lelaki asing yang tak faham bahasa itu. Walaupun dah dimarah namun wajahnya tetap tenang dan bersahaja seakan amarah aku langsung tidak terkesan di hatinya.
"Kalau awak buktikan yang awak dah berpunya, saya akan back off." Jawabnya bersahaja.
"Lantak kau lah sana." Aku terus berlalu. Malas hendak melayan. Kaki melangkah kearah tempat yang ramai orang. Itu lebih selamat daripada di sini.
Namun langkah kakiku mati apabila merasakan ada sesuatu yang memegang tanganku dengan laju. Laju aku menoleh kearah figura itu.
'DIA PEGANG TANGAN AKU WEY!'
'Jangan kata mamat ni pervert!' Aku mulai cuak. Lagi cuak apabila melihat sekeliling. Aku tak tahu kenapa pantai harini tak ada orang. Padahal selalu ramai je! Ke aku salah cari port? Arghh! Bertambah tekanan aku lah.
Baru sahaja hendak menjerit meminta tolong, ada tangan lain yang merentap kasar.
"Let go of your dirty hand weirdo!" Akhirnya tanganku dapat diselamatkan. Tapi....
"Kau siapa? Suami dia? Tunang? Kekasih?" Lelaki pelik itu bertanya selamba. Aku tak tahu mana mamat ni dapat keberanian nak tanya macam tu pakej pandang mata ke mata lagi. Sedikit perasaan takut pun aku tak nampak membuatkan aku semakin takut.
"It's none of your business! Just get lost. Now!" Jawapan yang sama seperti pertama kali kami berjumpa beberapa hari lepas. Tapi oklah daripada dia kata dia suami ke pakwe ke macam drama tu, lagi tak senang duduk aku.
"Woah rilex. Chill bro. Aku nak kenal-kenal dengan dia je." Sempat mata kami bertentangan buat seketika membuatkan aku semakin terperuk dan menyorok di belakang badan Aisy yang agak bidang itu.
"Dia tak nak. Maksudnya kau boleh berambus sekarang."
"Okay. Awak yang kat belakang tu, nanti kalau kita jumpa lagi, jangan buat-buat lupa tau." Lelaki pelik itu senyum sinis sebelum berlalu.
Aku telan liur sekali lagi. Apa pesan macam tu. Kenapa lah aku boleh terlibat dengan mamat gila macam tu! Kat tempat sendiri pun dah tak selamat sekarang.
"Buat apa kat tempat tak ada orang macam ni? Saja nak cari perhatian orang jahat ke? Atau memang sengaja nak cari penyakit?" Aisy bersuara agak kuat. Mata helangnya kini memandang tepat kearahku.
Dia risaukan aku ke?
"Jangan nak terharu sangat. Aku bukan risaukan kau. Aku cuma takut kau mati. Bila kau dah mati nanti macam mana aku nak balas balik apa yang kau dah buat dekat aku dulu kan?"
Mati terus andaian aku tadi. Okay ayat dia tersangat kejam! Rasa nak menangis lagi sekali. Tapi sedaya upaya aku tahan agar tidak tumpah dihadapan lelaki ini.
"Terima kasih sekali lagi untuk kebaikan kali kedua." Aku berkata dan terus berlalu. Apa lah teruk sangat nasib aku sejak dua menjak ni.
Dah la jumpa Hayrul curang, jumpa lelaki gila dan jumpa Aisy yang kerja nak menyumpah aku mati. Kalau aku mati betul-betul baru puas hati agaknya.
Oh salah! Lupa ke dia cakap apa tadi...
"Aku cuma takut kau mati. Bila kau dah mati nanti macam mana aku nak balas balik apa yang kau dah buat dekat aku dulu kan?"
Berdesing telinga apabila ayat itu keluar semula daripada ingatan.
"Tahan Balqis. You deserve it!" Aku pujuk hati sendiri sambil berlalu menuju kearah parking kereta. Mungkin tempat yang paling tenang adalah rumah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Yang Ku Pilih
Romansa● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...