54 ~

287 7 0
                                    

"Nah." Taufiq menghulurkan plastik berisi roti dan air kopi buat sahabatnya setelah dia tiba di hospital itu.

"Apa?" Aisy kerut dahi sambil menyambut. Plastik ittu bertukar tangan.

"Makanan lah." Taufiq berkata sambil mengambil tempat di sebelah Aisy.

"Ingat aku budak-budak ke belikan aku makanan?" Selar Aisy.

"Exactly. Kalau kau nak tahu muka kau je dah tua, tapi fikiran budak-budak lagi." Selamba Taufiq bersuara.

"So kau datang sini semata nak sakitkan hati aku ke?" Aisy jeling sekilas. Tak puas hati betul dengan Taufiq sejak akhir-akhir ini. Ada saja ayat dia yang boleh buat dia sakit hati.

Taufiq gelak kecil.

"Sorry sorry. My bad."

"Kau datang sini, tak ada bagitau mummy aku kan?" Aisy

"Mestilah tak. Kau gila aku nak bagitau. Mau dia serang bini kau sampai mati nanti."

Aisy menunduk kesal. Tak tahulah kenapa mummy boleh berubah sedrastik itu. Padahal dahulu masa mummy seorang yang sangat penyayang. Disebabkan harta dan pangkat di dunia, mummy terus jadi orang lain.

"Adik aku okay tak? Tadi aku ada telefon daddy juga. Dia macam dah balik daripada Singapore." Risau juga dia dengan Mia Afrina. Dah la tingkatan lima tahun ni. Nak ambil peperiksaan besar lagi. Tapi keadaan keluarga pula agak huru-hara.

"Dia okay. Lagi okay bila aku dah bagitau dia yang kau okay. Jangan risau pasal adik kau. Kau tu risau dekat diri sendiri. Nak kena hadap mummy kau satu hal. Hadap mertua lagi satu hal."

Mesti punya akan menjadi hal. Sebab Aisy tiada semasa kejadian itu berlaku. Padahal Balqis di Johor. Tak mungkin Aisy akan benarkan isterinya keluar sendirian tanpa Aisy di sisi apabila sudah dekat.

"Aku dah bagitau mama dengan ayah semuanya." Aisy menunduk memandang lantai. Taufiq ternganga. Serieslah?

"Semua?"

"Ha tak semua la. Kau gila aku nak bagitau dia orang yang aku kahwin dengan Balqis sebab dendam?" Taufiq gelak kecil. Kalau kat rumah ni dah gelak guling-guling. Tahu takut eh?

"Habistu kau bagitau apa je?"

"Bagitau lah yang aku dengan Balqis dulu pernah bercinta, lepastu sebenarnya keluarga aku tak restu. Aku kahwin dengan dia tanpa pengetahuan keluarga aku."

"So reaction mereka macam mana?"

"Obviously dia orang kecewa sebab aku dah tipu dia orang pasal keluarga aku. Lagi kecewa bila dapat tahu yang aku bakal madukan anak dia masa anak dia kena tikam. Lagi-lagi mama. Aku dapat rasa betapa bencinya mama dekat aku sekarang."

Mereka diam sebelum Taufiq menepuk bahu sahabatnya perlahan-lahan.

"Satu je aku nak cakap dekat kau. Well done bro sebab kau berani nak jujur dengan dia orang. Walaupun tak semua tapi key point dia kau dah cakap. Tidak dinafikan ada perkara kita kena rahsiakan. But it's okay. Anggap je ni satu permulaan yang baik untuk hubungan kau dengan Balqis."

"Marah tu normal. Keluarga mana yang tak kecewa bila anak mereka dibuat main. Tapi teruslah ambil hati keuarga mertua kau. Aku tak rasa dia orang jenis pendendam." Sambung Hafiy.

"Thanks bro."

"Benda kecil. Mana keluarga mertua kau?"

"Pergi airport. Katanya abang Balqis dah sampai."

"Abang? Bini kau ada abang? Macam tak ada nampak masa kahwin kau dulu."

"Balqis kata abang dia belajar kat Korea. Tak dapat nak balik. Aku pun tak pernah nampak lagi abang dia macam mana."

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now