Dadaku berombak kencang. Nafas pula turun naik melawan ketakutan di hadapan mata. Lelaki asing di hadapan mata senyum menyeringai memandang kearahku. Seakan ketakutanku adalah kebahagiaan buat lelaki itu.
Pisau kecil yang berada di tangan lelaki itu ku pandang berkali-kali. Bila-bila masa sahaja pisau itu akan menusuk di mana sahaja bahagian tubuhku.
"Tolong. Tolong jangan bunuh aku." Rayuku berkali-kali. Namun rayuanku langsung tidak memberi kesan kepada lelaki itu.
"Kau patut mati!" Serentak itu pisau itu tepat mengena perutku.
"Arghhhhh!"
Automatik mataku terbuka luas. Badan yang menggigil akibat mimpi buruk sebentar tadi juga luka yang berada di perut seakan mencucuk-cucuk membuatkan aku menangis tiba-tiba.
Serentak itu juga pintu utama wad dibuka laju. Terpapar wajah Aisy di muka pintu dengan riak risaunya.
"Kenapa ni? Kenapa menjerit tadi?" Aisy bertanya risau sambil memandang isterinya yang sudah teresak-esak menangis.
"Saya takut." Hanya satu perkataan sudah cukup membuatkan hati Aisy dirundum perasaan pilu. Betul kata Hafiy, luaran memang nampak okay tapi tidak mentalnya.
Aisy terus membawaku ke dalam dakapannya dengan erat sambil menepuk badan belakang secara perlahan-lahan seakan memujukku.
"Syhh syhh it's okay sayang. Tak ada yang perlu ditakutkan. Abang ada dekat sini dan akan terus ada untuk sayang. Trust me okay? Everything is fine." Pujuk Aisy perlahan-lahan.
Aku mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak perasaan takutku mulai menghilang dan aku rasa selamat berada di dalam dakapan lelaki itu. Tidak lama selepas itu aku kembali melelapkan mata dan menyambung semula lenaku yang terganggu oleh mimpi buruk sebentar tadi.
📌
Aisy memandang lama wajah isterinya yang sedang lena. Jujur dia sedih melihat keadaan isterinya. Mungkin betul apa kata Taufiq. Dia patut bersemuka dan berbincang dengan baik. Bukan terus lari daripada masalah. Sungguh dia sudah tidak sanggup hendak melepaskan Balqis sekali lagi. Cukuplah sudah hampir kehilangan dua kali sebelum ini.
Tangan isterinya dibelai lembut. Perlahan-lahan Aisy mencium tangan isterinya penuh kasih. Kali ini akan dipastikan yang dia tak akan lari lagi daripada masalah. Dia akan pertahankan rumahtangga ini sampai bila-bila jika diizinkan Tuhan.
Pintu wad terbuka daripada luar. Terjengul wajah mama dan ayah di muka pintu. Kelihatan mereka agak terkejut dengan kehadirannya di sini. Mungkin sebab dah lama dia tidak memunculkan diri sejak Balqis sedar empat hari lepas.
Aisy mendekati kedua mentuanya. Tangan mama dan ayah disalam tanda hormat. Walaupun mama acuh tak acuh, tetapi tetap juga menyambut salamnya.
"Mama dengan ayah sihat ke?"
"Alhamdulillah. Kami sihat. Dah settle ke urusan kerja kamu dekat KL tu?" Pertanyaan daripada ayah membuatkan Aisy kerut dahi. Sejak bila pula dia ada kerja luar? Atau ada sesiapa yang tolong ciptakan alasan ketidakhadirannya tiga hari lepas eh?
"Err haah dah selesai dah." Teragak-agak Aisy menjawab.
"Tergagap macam tu mesti ke lain. Entah-entah berkepit dengan bakal madu anak kita tak abang?" Sindir Puan Khalsom tanpa memandang kearah menantunya.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...