46 ~

269 10 0
                                    

Tersedak Taufiq dibuatnya. Ngam tengah minum, perit betul bila air masuk hidung. Kenapa lah tak tersembur dekat muka member ni. Barulah dia boleh buka mata luas-luas!

"Kau cakap apa?"

"Aku nak kahwin dengan pilihan mummy." Sekali lagi dia mengungkap kata.

"Apa tiba-tiba ni? Aku rasa tadi topik lain. Ni lain pula."

"Ini yang terbaik untuk aku."

"Terbaik untuk kau. Tapi untuk Balqis macam mana pula?" Taufiq.

Aisy diam. Mungkin tengah fikir jawapan untuk soalan cepumas sahabatnya.

"Kalau aku tak kahwin maksudnya aku akan musnahkan kebahagiaan dia semula. Kau kenal mummy aku macam mana kan? Dia akan buat apa sahaja asalkan apa yang dia nak dia dapat."

"So apa function kau sebagai suami dia?" Taufiq mengeluh. Kenapalah dia kena hadap manusia tua bangka tapi akal macam budak darjah satu!

"Maksud kau?"

"Kau cakap mummy kau akan buat apa sahaja untuk hancurkan rumahtangga kau dengan Balqis. Jadi apa peranan kau sebagai suami dia? Biarkan rumahtangga kau hancur? Biarkan isteri kau terus tersiksa? Macam tu? Then soalan aku, layak ke orang macam tu dipanggil suami?" Taufiq mengeluh lagi buat sekian kalinya. Tak faham betul kenapa perlu bagi takzirah perkahwinan sedangkan dia masih bujang trang tang tang!

"Tapi aku tak boleh buat apa-apa lagi. Tu je jalan yang aku ada." Aisy mengeluh panjang.

"Jalan banyak je bro. Cuma kau yang singkatkan otak kau untuk berfikir. Lebih suka lari daripada masalah. Bukan menyelesaikan masalah!"

"Kau tak faham lah." Masih lagi berkeras dengan pendiriannya.

"Aku yang tak faham ke kau yang tak faham diri kau sendiri ha? Apa yang susah sangat nak buat keputusan untuk diri kau sendiri? Untuk rumahtangga kau? Eh Aisy yang aku kenal la takkan senang-senang tau nak biarkan orang masuk campur dalam urusan hidup dia. Kau ni siapa? Aku tak kenal."

"Diamlah." Sepatah. 

"Habistu kalau kau ikut mummy kau, isteri kau macam mana?" Taufiq menukar topik.

"Dia tetap isteri aku. Sampai bila-bila."

Taufiq diam sejenak. Cuba menghadam.

"Satu soalan daripada aku."

"Apa?"

"Kau dah gila ke?"

Aisy gelak kecil.

"Maybe yes, maybe not."

"Astaghfirallahalazim. Kenapa dengan kawan aku ni." Taufiq angkat kaki. Makin mental dia duduk depan AIsy.

Aisy senyum kecil. Kalau ini sahaja cara untuk dia lindungi Balqis daripada mummnya dia sanggup buat. Janji Balqis baik-baik sahaja. Kesalahannya pada Balqis terlalu besar. Kalini akan dia pastikan yang dia akan lindungi wanita itu daripada sesiapa pun, walaupun ancaman itu daripada keluarganya sendiri. Apatah lagi daripada pengirim misteri itu. Akan dia cari sampai jumpa!

📌

Sejak peristiwa malang yang menimpa diriku seminggu lalu, aku lebih suka berkurung di dalam bilik. Keluar pun sekadar pergi dan balik kerja. Makan pula sekadar untuk mengalas perut. Tiada lagi istilah lepak di ruang tamu bersama Hana. Mula-mula kecoh juga la mulut si Hana tu tetapi lama-kelamaan dia senyap sendiri. Mungkin dah malas nak ambil tahu agaknya.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni. Perasaan aku kosong. Hambar. Seperti tiada seri lagi. Kalau dalam islam bunuh diri tak salah mesti aku akan menjadi salah seorang calonnya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now