62 ~

367 10 0
                                    

Semenjak pertemuannya dengan Hayrul dua hari lepas, dua hari itu juga dia tidak menjenguk isterinya. Entah kenapa dia tidak mampu hendak berhadapan dengan Balqis. Balqis jadi macam tu sebab dia. Balqis tak bahagia juga disebabkan dirinya sendiri. Bagaimana dia mampu hendak melihat wajah isterinya jika hati dirundum perasaan serba salah.

Kertas kerja di hadapan mata dipandang kosong. Jasad di sini namun hati sudah terbang entah kemana.

"Oii kalau rindu pergilah tengok. Daripada kau termenung kat sini macam mati bini bukan ada function pun." Jerkah Taufiq sambil mengambil tempat berhadapan dengan sahabatnya yang sedang diawang-awangan. Memang sejak dua hari lepas Aisy lebih banyak termenung daripada bercakap. Nak kata Balqis tak sedar lagi, rasanya isterinya dah makin sihat.

"Bila masa aku termenung?" Aisy balas hambar dan menyambung melihat kertas kerja di hadapan mata. Pura-pura sibuk. Padahal apa yang dia lihat semuanya tidak masuk.

"Habistu tadi apa? Tidur?" Taufiq buat muka.

"Ha baru kejap tadi Mia telefon aku nangis-nangis cari kau. Dia telefon kau tak dapat-dapat. Kenapa? Kau gaduh lagi dengan mummy kau ke?" Taufiq.

Aisy diam. Sudah pasti dia tahu kenapa adiknya begitu. Mestilah sebab adiknya baru tahu keadaan semasa keluarga Tengku Hamidi. Kadang-kadang kasihan melihat adiknya selalu menjadi mangsa keadaan. Nasib baik peperiksaan besar sudah tamat sepenuhnya tadi. Sebabtu adiknya kembali semula ke rumahnya dan mendapat tahu keadaan agak canggung.

Keadaan mummy juga dia tidak pasti bagaimana. Tapi apabila melihat apa yang dilakukan Mia, pasti bukan keadaan yang baik. Daddy pula menginap di hotel buat sementara waktu.

"Kau ada problem apa-apa ke? Ni aku tengok sejak isteri kau sedar, langsung kau tak jenguk dia. Cerita la kat aku ada masalah apa. Sejak bila kau pandai rahsia-rahsia dengan aku ni?" Taufiq mula bertanya apabila Aisy tidak keluar sepatah ayat pun.

"Aku tak boleh nak tengok muka dia." Aisy menunduk.

"Pulak dah. Kenapa?"

"Dia jadi macam tu sebab aku." Makin berkerut dahi Taufiq dibuatnya.

"Maksud kau?"

Maka Aisy pun mula bercerita sewaktu dia berjumpa dengan Hayrul dua hari lepas. Sudah pasti Taufiq terkejut apabila mendengarnya. Tapi dia yakin, siapa sahaja yang dengar pasti akan terkejut. Tiada yang terkecuali.

"Memang luar daripada kotak masalah kau."

"Sebabtu aku tak boleh nak hadap Balqis sekarang."

"Sampai bila?"

"Ha?" Aisy

"Sampai bila nak jadi pengecut bro?"

"Borak apa kau ni?" Aisy merungut tanpa sedar. Macam cerita pasal lain. Ni tiba-tiba jawapan lain pula.

"Iyelah sampai bila kau nak lari daripada masalah? Sampai ada anak cucu? Ke otak kau memang tak boleh nak selesaikan masalah sendiri?" Taufiq

"Kau nak aku buat apa? Aku dah cakap tadi Balqis hampir hilang nyawa dia sebab aku! Sebab aku!" Tekan Aisy.

"Kau ke yang tikam dia?" Taufiq

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now