Awkward. Nak kata tak pernah berdua, selalu je berdua bila balik Johor. Tapi kenapa rasa janggal juga eh? Ke sebab keadaan rumah? Rumah dia tu dapur je besar ruang tamu rumah ni. Tu belum lagi nak ke ruang tamu, jalan sikit pun dah rasa penat. Jadi kalau mamat tu ada ke tak ada macam tak ada beza. Lagi-lagi mamat tu selalu terperap dalam bilik bila lepas makan.
Tapi bila kat sini, nak ke dapur nampak dia. Nak ke bilik nampak dia. Nak ke ruang tamu lagi nampak dia. Sebab dia memang ada kat ruang tamu je daripada tadi. Nampak la muka bosan tu tapi masih lagi maintain tengok siaran yang terpapar di televisyen. Macam tak ada kerja lain. Tapi kerja apa pula yang dia nak buat kat sini kan?
Aku mendekati Aisy. Tak ada dekat sangat cuma beza jarak 2 meter daripada Aisy. Dekat-dekat nanti elak kena maki je.
"Awak kalau nak balik, balik lah. Saya okay je sorang-sorang." Aku bersuara. Fokus Aisy terarah kepadaku. Tetapi hanya diam dan memandang kosong. Macam biasalah. Tunjuk muka tak ada perasaan dia tu dekat aku. Nasib baik handsome, sejuk sikit lah mata memandang.
"Awak?" Panggilku lagi apabila masih tiada balasan.
"Tengoklah." Jawabnya bersahaja sebelum memalingkan semula wajahnya kearah kaca televisyen yang sedang menayangkan rancangan sepahtu reunion. Tapi yang peliknya dia tak gelak pun walaupun part tu lawak. Ada masalah sense of humour ke suami aku ni?
"Awak tak kerja ke? Saya tak nak lah kacau awak kerja. Jadi awak boleh balik okay?" Walaupun aku tak tahu dia ni kerja apa, tetap aku bangkitkan perihal kerja. Iyelah takkanlah mamat ni tak kerja. Mustahil sungguh. Tak pun dia masih lagi kerja dengan keluarga dia. Sebab sewaktu aku dengan da bercinta dulu ada lah dia bagitau berkenaan ini. Biasalah typical orang kayoo. Siapa lagi nak handle kalau bukan anak sendiri ye dak?
"Kenapa beriya halau aku? Nak panggil siapa pula jaga kau?" Aisy
"Ish apa awak ni. Tak baik fitnah saya tau. Saya cuma tak nak susahkan awak je." Aku sudah buat muka. Suka-suka je fitnah aku macam tu. Aku ni isteri dia tau, takkan lah aku nak buat kerja bodoh macam tu.
"Ada aku cakap susah ke?"
Aku geleng laju.
"Lepastu diam jelah. Bising macam mak nenek. Tak padan kaki tu cacat."
'Cacat! Dia panggil aku cacat. Kurang ajar ehh!' Desisku di dalam hati.
"Ikut awaklah. Malas saya nak cakap apa-apa."
"Tak suruh pun. Kau yang nak cakap." Masih selamba.
"Nak pergi mana?" Aisy bertanya apabila aku berura-ura hendak bangun.
"Bilik. Buat apa duduk sini dengan awak, buat sakit hati je."
"Oh macam tu. Hati-hati. Jatuh bangun sendiri."
"Tau lah! Sibuk je." Aku terus berlalu. Dan tak sampai lima saat, berdebuk aku jatuh depan meja makan. Sakit Oo kaki. Ha tu la, siapa suruh tinggi suara dengan suami. Kan dah mendapat. Allah bagi cash terus!
Gelakan daripada Aisy cukup membuatkan aku panas hati. Jelingan tajam aku hadiahkan khas buat si suami walaupun aku tahu dia tak akan kisah. Bukan nak tolong, makin digelakkan ada la. Betul bahagia tengok aku derita macam ni. Kena la dengan slogan dia kahwin dengan aku tu. Huh!
Terkedek-kedek aku bangun dan cuba mengimbangkan diri. Tangan kanan di kaki kerusi, tangan kiri pada tongkat. Tanpa sedar tangan Aisy sudah berada di celah kedua tanganku. Tidak sampai sesaat, aku sudah berdiri dengan tegak.
Kaku. Terkejut. Tergamam. Seperti renjatan elektrik. Tiba-tiba dipegang sebegitu, mahu tak terkujat badan aku. Muka jangan cerita, bahang terus bagaikan dimasak.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...