60 ~

375 9 1
                                    

Villa yang tersergam indah di lereng bukit itu dipandang lama. Agak lama juga Aisy duduk di dalam keretanya sambil memerhatikan rumah besar itu. Dia ingin mengumpul kekuatan yang ada untuk berdebat dengan mummynya. Tidak mudah hendak melawan kata dengan Puan Sri Faezah Hani.

Aisy menarik nafas perlahan-lahan sebelum keluar daripada perut kereta. Daripada jauh dia sudah dapat melihat wajah Farisha di muka pintu yang sedang tersenyum manis menyambut kedatangannya di rumah sendiri.

"Aisy you balik juga." Tersenyum simpul wanita itu sambil mendapatkan lengannya. Namun segera ditepis sebelum wanita itu mencapai. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat wanita itu membuatkan Farisha bergerak selangkah ke belakang.

"Don't you ever touch me again. I warn you!" Ugut Aisy sebelum berlalu masuk meninggalkan Farisha yang sudah mati kutu. Mungkin terkejut dengan keadaan Aisy yang lain daripada kebiasaannya.

Kaki laju melangkah menuju kebilik mummy di tingkat atas. Tanpa salam, Aisy terus meredah masuk bilik mummy yang jelas terkejut dengan kedatangan mengejut anaknya.

"Abang buat..."

"Abang dah agak dah. Sakit? Dengan anak sendiri pun mummy boleh tipu kan?" Sinis Aisy bersuara.

"Kalau mummy tak buat macam ni, abang takkan tinggalkan prempuan tak guna tu. Sebabtu mummy buat macam ni. Demi kebaikan kamu juga."

"Kebaikan apa mummy? Kebaikan apa yang mummy maksudkan? Yang terlantar atas katil hospital tu isteri abang. My wife! Jadi kat mana salahnya? Kat mana kebaikan yang mummy cakap tu kalau abang tak jaga isteri abang sendiri ha?"

"I've told you so many time. She's not deserve to get you. Tak ada siapa yang sesuai melainkan Farisha or else she will face the consequence ! Full stop!" Kalini giliran Puan Sri Faezah Hani pula menjerkah anaknya.

"Hidup siapa lagi yang mummy nak hancurkan demi kepentingan mummy ha? Tak cukup ke mummy dah hancurkan masa depan orang lain dan sekarang mummy nak hancurkan pula masa depan isteri abang? Macam tu?"

"Apa yang abang merepek ni ha?!" Puan Sri Hani berpeluk tubuh sambil memalingkan muka kearah bertentangan dengan anaknya.

"Apa mummy dah buat dulu? Masa abang baru berpindah masuk dekat Austin Height?"

"Ha? Apa kena mengena hal ni dengan sekolah abang dulu?"

"Jawab jelah bila abang tanya? Apa mummy dah buat sampai ada budak kena buang sekolah sebab abang dulu mummy?!"

Mummy diam sejenak. Sebelum mukanya menayangkan riak tidak bersalah.

"Apa? Mummy tak faham."

"Jangan pura-pura tak tahu la mummy. Mummy tahu tak sebab mummy, mak budak tu meninggal? Dia dituduh atas perkara yang dia tak buat then mak dia meninggal sebab percaya dengan tipu helah mummy!" Hanya sekali nafas Aisy melepaskan kemarahannya. Namun jauh di sudut hati dia mahu mummy menyangkal pertuduhannya. Jika itu berlaku, mungkin hatinya boleh tenang sedikit.

"Alah mak budak tu mati pun sebab sakit. Bukan sebab mummy. Apa yang Abang nak besarkan sangat hal ni ha?" Jawab Puan Sri Faezah Hani bersahaja. Terbuntang mata Aisy dibuatnya. Kenapa? Kenapa langsung tak ada perasaan simpati atau serba salah di hati mummy? Kenapa?

"Mummy you are too much! Boleh kan mummy cakap macam tu lepas apa yang dah jadi? Manusia jenis apa mummy ni? Langsung dah tak ada perasaan ihsan dan simpati pada orang?"

"Perkara tu dah lama abang. Lagipun mummy buat semua ni untuk kebaikan abang juga. Bukan untuk mummy."

"Stop using me for your own benefit, mummy!" Jerkahan Aisy membuatkan Puan Sri Faezah Hani sedikit tersentak.  Tidak pernah dia melihat anaknya semarah itu.

"Aisy kamu sedar tak dengan siapa kamu bercakap?!"

"Yes abang sedar dengan siapa abang bercakap. It's you! Mummy yang sanggup hancurkan kebahagiaan anak dia demi kepentingan sendiri. It's you mummy!" Aisy meraup mukanya dengan kasar sebelum terduduk diatas lantai. Sungguh hatinya bagai dicorek-corek saat ini. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

📌

"Betul ke apa yang abang dengar ni Hani?" Tengku Hamidi yang sedari tadi menjadi pendengar setia di balik pintu mula menapak masuk ke dalam bilik itu. Aisy memandang sekilas kearah daddynya yang sudah bermuka tegang.

"Apa yang betulnya abang?" Puan Sri Faezah Hani yang masih memeluk tubuh berubah riak masam mencuka.

"Betul ke apa yang Aisy cakap tadi? Awak ada buat sesuatu yang tak sepatutnya sampai ada yang meninggal?"

"Abang, ajal maut tu semua di tangan Tuhan. Dah memang dia ditakdirkan untuk mati kat situ, mati la dia abang." Jawab Puan Sri Faezah Hani tanpa perasaan bersalah.

"Astaghfirallahalazim Hani. Apa awak dah buat ni ha?!" Suara Tengku Hamidi sedikit meninggi membuatkan isterinya juga naik hantu.

Memang betul ajal maut dah ditentukan. Tetapi tidak kah isterinya merasa kasihan dengan apa yang telah berlaku? Tidak kah ada perasaan kesal di dalam hati isterinya itu. Dia tidak minta banyak, cukup wanita itu mengungkap kata maaf dan menyesal jika memang isterinya bersalah.

"Apa masalah awak dengan anak awak ni ha? Benda tu dah lepas, kenapa perlu bangkitkan lagi sekarang ha? Kenapa?!" Puan Sri Faezah Hani menjeling tajam.

"Sebab budak tu hampir bunuh isteri abang! Dia nak abang merana macam mana apa yang dia rasa selama ni. Dan semua tu sebab mummy!" Aisy menyampuk.

"Oh really? Baguslah. Perempuan tu memang patut mati. Ada hati nak jadi isteri abang. Memang padan dengan muka dia." Puan Sri Faezah Hani senyum puas!

Pangg !

Satu tamparan kini melekat di pipi Puan Sri Faezah Hani. Terpana dia seketika dengan perilaku yang tidak disangka oleh suaminya.

"Abang tak pernah ajar Hani untuk biadab macam ni. Abang tak sangka hati Hani sebusuk ni!"

"Apa abang ni? Sebabkan orang yang entah siapa-siapa tu abang sanggup naik tangan dengan Hani kan?!" Jerkah Puan Sri Faezah Hani sambil memegang pipinya yang sudah terasa bahang akibat ditampar.

"Enough! Mulai harini, Nur Faezah Hani binti Mohd Khalid, abang ceraikan kamu dengan talak satu!"

Suasana hening buat seketika. Bukan setakat mummy terkedu, Aisy juga terkedu sama. Tidak ketinggalan juga Farisha yang daripada tadi menjadi pemerhati di muka pintu.

"Abang... cakap apa tadi?" Puan Sri Faezah Hani bertanya gagap.

"Keputusan abang muktamad. Kita jumpa dekat mahkamah nanti."

"No! Abang tak boleh buat saya macam ni." Rayu Puan Sri Faezah Hani sambil memegang jari jemari suaminya.

"Kenapa pula tak boleh? Kan jodoh juga ditentukan Tuhan. Kalau dah tertulis bercerai, bercerai juga kan?" Sindir Tengku Hamidi sedas sebelum menepis tangan bekas isterinya.

"Abang, tolong. Jangan buat saya macam ni."

"Awak kan dah ada bakal menantu kesayangan awak tu. Huha huha jela dengan budak tu. Tak payah nak kisah dengan perasaan anak dan suami awak ni."

Mummy diam. Menunduk ke lantai.

"Abang, ikut daddy. Cerita semua apa yang dah jadi. And i will deal with it bagi pihak mummy kamu yang tak ada hati manusia ni!" Sempat daddy memerli mummy sebelum berlalu. Aisy juga mengikuti langkah daddynya.

Tidak betah untuk duduk di sini lama-lama. Hatinya terlalu sakit dengan apa yang dikatakan mummy sebentar tadi.

"Abang!" Terdengar jeritan mummy daripada dalam bilik namun tidak diendahkan daddy. Begitu juga buat dirinya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now