36 ~

239 8 0
                                    

"Awak pergilah balik sana." Daripada tadi aku duk halau mamat ni, tapi sampai ke sudah dia jadi batu. Pura-pura pekak dan teruskan menonton tv seperti biasa. Dah macam tak ada kerja lain je dia ni tau.

"Awak dengar tak saya cakap ni!" Suaraku sudah naik satu oktaf. Geram apa yang aku cakap dia tak layan langsung.

"Tengku Aisy Zulfan!" Serentak itu dia memandang aku dengan pandangan tajam.

Apa? Salah ke kalau aku panggil nama dia? Siapa suruh nama sedap. Huhu

"Bisinglah! Duduk diam-diam tak boleh ke?" Jerkah Aisy dengan muka ketatnya. Tapi ada aku kisah?!

"Kalau tak nak bising baliklah sana. Buat apa lagi dekat sini? Awak pun menyampah dengan saya kan? Daripada awak duduk dalam rumah ni dengan saya baik awak keluar dengan perempuan yang awak nak kahwin sangat tu!" Entah daripada mana angin monsun tropika aku datang, tiba-tiba sahaja ayat itu meluncur keluar daripada mulut aku. Niat hanya ingin menghalau, tapi tak sangka pula ayat itu yang terkeluar.

Aisy senyum sinis.

"Are you jealous my love?" Aisy

'Soalan dia ni memang minta kaki aku ke apa?' Gumamku di dalam hati. Tib-tiba sakit hati pula dengan soalan dia.

"Perempuan gila je tak cemburu bila suami dia nak kahwin dengan perempuan lain lah. Tapi saya sedar yang diri saya ni bukan sesiapa pun bagi awak!" Bidasku laju.

Buat apa nak menipu kalau hati memang sayang? Sejak dahulu perasaan ini tidak pernah hilang dalam hati aku malah makin menebal semenjak aku sah menjadi isterinya.

"Then kau nak cakap yang kau sayang cinta aku la sekarang ni kan?" Senyuman mengejek dilemparkan buat aku. Aku diam.

"Penipuan apa lagi yang kau nak buat ni ha? Sayang? Cinta? Kau tau ke apa maksud ayat tu? Faham ke?" Aisy senyum mengejek.

"Kalau kau memang faham maksud sayang dan cinta  kau tak akan buat aku macam tu la Balqis. Kau tak akan tinggalkan aku macam orang bodoh! Terkapai-kapai mengharapkan cinta daripada orang yang salah dan terus berharap kau akan balik semula pada aku dulu!" Sambungnya dengan muka ketat. 

Aku terpana. Dia tunggu aku?

"Apa maksud awak? Awak tunggu saya?" Suaraku sudah mulai perlahan.

"Walaupun kau dah buang aku, aku tetap harapkan kau datang semula pada aku. Aku sanggup maafkan kau kalau kau merayu minta maaf pada aku untuk terima kau semula. Sebab apa? Sebab aku sayangkan kau Balqis. Aku tak sanggup nak hilang kau. Aku dah serahkan semua hati aku pada kau. Cuma kau. Tak mungkin semudah itu akan lepaskan kau walaupun kau pernah sakitkan hati aku. Tapi, kau langsung tak pandang aku. Kau terus pergi Balqis. Terus pergi macam tu je!"

Aku diam. Jahat sangat rasanya diri ini apabila mendengar apa yang diluahkan lelaki itu. Tapi aku memang tidak ada pilihan. Kebahagiaan lelaki itu adalah keutamaan aku. Aku tak sanggup hendak menjadi punca lelaki itu terseksa asbab meneruskan hubungan denganku.

Aku bukan sesiapa. Aku tak akan mampu bahagiakan dia macam orang lain. Sebab itu perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami.

Air mata yang hampir merembes keluar ditahan sebaik mungkin. Kenapa perlu menangis kalau itu adalah keputusanku sendiri. Apa yang terbaik buat Aisy adalah yang terbaik buatku.

Pengorbanan diperlukan untuk meraih sesuatu yang luar biasa.

📌

Flashback ~

Jantungku berdegup laju bagaikan sedang bermaraton. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja wanita yang tidak dikenali seusia mama ini ingin berjumpa denganku. Melihat daripada gaya dan lagaknya, wanita ini bukan orang biasa-biasa.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now