47 ~

261 8 0
                                    

Buat sekian kalinya aku termenung panjang sambil mata melihat skrin telefon. Separuh hati mahu berpisah, separuh hati lagi menunggu kata maaf daripada lelaki itu. Perasaan sayang yang semakin menjalar di lubuk hati membuatkan aku semakin merindui lelaki itu. Walaupun tidak banyak kenangan manis kami bersama sejak aku menjadi isterinya, tetap juga aku menunggu lelaki itu.

Perasaan ini sama seperti dahulu. Walaupun aku yang buat keputusan untuk berpisah, tetap juga hati meronta-ronta inginkan lelaki itu kembali. Namun disebabkan aku sedar siapa diri aku sebelum ni membuatkan aku terus kuatkan hati agar melupakan lelaki itu demi kebaikan bersama. Tak mungkin aku dapat berikan apa yang keluarga lelaki itu maksudkan. Siapalah aku hendak berdiri di sebelah lelaki itu.

Tetapi apabila aku sudah melupakan, lelaki itu kembali semula sehingga menjadi suamiku yang sah. Sudah semestinya perasaan sayang itu mekar kembali dengan mudah. Melihat lelaki itu sihat sahaja sudah cukup buat aku terharu apalagi bila lelaki itu sah menjadi suaminya. Tak mungkin semudah itu aku ingin lepaskan dia semula.

Namun seperti biasa, aku tetap tak boleh buat apa-apa untuk kekalkan hubungan ini. Niat perkahwin juga sudah salah, jadi aku tak boleh nak harapkan perkara baik yang menanti di penghujungnya.

Aku mengeluh lagi.

Sekilas mata memandang kearah potret yang berada diatas meja. Gambar kami sekeluarga. Mama ayah dan abang. Sedih. Lagi-lagi melihat wajah abangku. Rindunya dengan abang aku yang satu. Entah bila agaknya aku boleh jumpa dia. Masa aku kahwin pun dia tak balik apalagi telefon. Sibuk sangat agaknya dekat sana.

"Mama, ayah." Aku bersuara perlahan. Entah kenapa hati aku luluh tiba-tiba. Rindu sangat agaknya aku pada mereka walaupun selalu juga pulang ke Johor.

Tanpa membuang masa, aku terus bersiap ala kadar. Tak salah rasanya nak balik rumah mama dengan ayah. Pasal Aisy pandailah nanti aku kelentong.

"Hana, aku nak balik kampung dua hari ni.  Apa-apa nanti terus bagitau aku tau." Sempat aku menitipkan pesanan kepada Hana. Iyelah mana tau tiba-tiba ada surat penting datang ke kan?

Tiba sahaja di Johor seperti biasa aku akan menuju ke pasaraya untuk membeli keperluan dapur di rumah keluargaku. Selalu aku pergi NSK je tapi harini kaki gatal nak pergi Aeon sekali. Mungkin pakej healing sekali agaknya. Window shopping pun kadang-kadang boleh hilangkan sedikit tekanan.

Ting ting

Skrin telefon dipandang. Nombor yang tidak dikenali. Tetapi itu semua tak penting. Yang penting sekarang adalah isi daripada pesanan itu.

Guest what today kita akan bermadu. But sory to say, I tak suka berkongsi hak I dengan orang lain lagi-lagi dengan perempuan macam you. So you prepare jelah untuk terima surat cerai daripada husband I okay!

Pesanan itu dihantar sekali bersama gambar mereka berdua dengan pakaian pengantin.

Tanpa menunggu lama, laju sahaja air mataku meluncur laju membasahi pipi. Walaupun aku sudah membuat keputusan untuk tidak ingin ambil peduli dengan kehidupan lelaki itu, tetap sahaja hatiku sakit melihat gambar mereka berdua. Semudah itu mereka dapat bina bahtera mereka sendiri. Sangat berbeza dengan aku.

Apabila merasakan diri diperhatikan, laju sahaja tangan menyeka air mata dan terus melangkah memasuki bangunan aeon mall itu. Lebih baik sibukkan diri daripada terus memikirkan perkara yang tidak-tidak.

📌

"Balqis!" Sapaan mesra daripada arah belakang membuatkan aku sedikit terkujat. Tengah syok-syok hirup air coolblog di tempat menunggu tiba-tiba kena sergah. Mahu tak terkejut.

Aku memandang kearah suara yang menegur. Terus aku mengeluh panjang setelah melihatnya.

"Kecewa sangat ke kalau saya yang muncul depan awak Balqis?" Hayrul berkata sambil mengambil tempat di sebelahku tanpa meminta izin. Nasib baik jarak jauh. Kalau dekat, memang minta kaki nampaknya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now