27 ~

216 7 0
                                    

"Hana aku dah kahwin." Pakej tunjuk cincin dekat jari lagi. Hana yang sedang meneguk air kosong tersembur terus mengena mukaku. Aku menutup mata setelah air itu menerjah ke muka. Tu la terjah lagi masa orang tengah minum. Kan dah mendapat. Nasib baik air kosong je tau.

"Kahwin?!" Hana

"Iya kahwin." Jawabku tanpa perasaan sambil memandang kearah cincin yang tersarung cantik di jari manisku.

Alangkah indahnya kalau perkahwinan ini atas dasar cinta oleh kedua-dua belah pihak.

"Bila? Dengan pakwe kau ke? Kenapa tak jemput aku?!" Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Hana.

"Dengan orang lain." Jawabku lagi. Masih lagi dalam nada bersahaja.

"Qis, apa semua ni? Kau dah kahwin tapi bukan dengan pakwe kau. Kau kahwin tiba-tiba. Jangan kata kau kena kahwin paksa atas pilihan keluarga kau macam dalam drama tu?" Hana mula menghuraikan analisisnya tersendiri membuatkan aku senyum kecil.

Kahwin paksa, paksa rela atau rela hati. Aku sendiri tak tahu. Aku tak nak tapi aku nak. Bila dah kahwin, perasaan lain pula yang muncul. Perasaan takut dengan perkahwinan yang bermula dengan dendam. Bagaimana agaknya kehidupan aku di kemudian hari nanti.

Kahwin bukan untuk sehari dua. Kalau tak suka boleh cerai. Tapi aku tetap berdegil dan teruskan sehingga sampai ke tahap ini. Tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan menerima. Menerima apa sahaja yang akan terjadi dalam hidup aku nanti.

"Aku cuma boleh bagitau yang aku dah kahwin. Nanti tak adalah kau pelik sangat bila tiap minggu aku balik Johor. Tak pun tiba-tiba ada lelaki datang dan masuk rumah ni masa kau tak ada ke ha."

"Dan aku minta maaf sebab tak jemput kau. Perkahwinan aku tak macam perkahwinan orang lain." Aku diam.

"Iyelah. Aku pun tak boleh nak paksa kau. Apa pun tahniah babe! Kan aku cakap kau mesti kahwin." Hana.

Aku gelak kecil melihat mimik muka yang dibuat Hana apabila tekaannya selama ni benar belaka.

"Siapa je tahu kau dah kahwin?" Hana

"Orang terdekat dengan aku je."

Hana mengangguk tanda faham. Tiada lagi soalan daripada Hana membuatkan aku menarik nafas kelegaan. Tak adalah aku serba salah nak auta cerita apa nanti. Bukan tak nak bagitau kebenaran, cuma cerita aku tak berapa nak menarik untuk diperdengarkan orang. Cukuplah Hafiy dan Sarah sahaja yang tahu kisah hidup aku daripada mula sampai sekarang.

📌

"Mummy nak pinang Farisha untuk abang." Aisy terkedu. Tergamam. Tiada kata. Baru sahaja hendak menyuap nasi ke dalam mulut, terhenti terus. Seleranya juga mati begitu sahaja.

"Awak ni cuba tunggu lepas makan." Tengku Hamidi yang sedang menyuap makanan juga ikut terhenti.

"Tak ada beza pun lepas dengan sebelum makan." Jawab mummy bersahaja.

"Depan rezeki ni Hani. Nanti baru cakap. Abang makan je. Abaikan mummy kamu ni." Sambung Tengku Hamidi. Walaupun perbuatan menurut namun seleranya tidak mahu kembali. Hasilnya hanya beberapa suap, dia sudah bangun dan meletakkan pinggan di sinki.

Tak lupa juga untuk basuh sekali iya.

"Dah siap makan ke abang? Cepatnya. Mia baru turun ni." Mia Afrina, adik bongsunya.

"Haah. Tak ada selera." Jawabnya sebelum berlalu.

"Tengok apa yang awak dah buat Hani? Kalau awak cakap lepas makan, kan budak tu boleh makan. Tau kan perangai Aisy tu macam mana?" Tengku Hamidi jeling sekilas kearah Puan Sri Faezah Hani.

"Kenapa?" Mia yang baru sahaja mengambil tempat di meja makan menyampuk.

"Ni sorang lagi. Tak habis-habis menyampuk bila orang tua tengah bercakap." Selar Tengku Hamidi. Mia mencebik. Daddy ni datang bulan pula harini.

"Yang awak nak marah Mia kenapa?" Puan Sri Faezah Hani mencelah.

"Saya tak marah, saya tegur. Biar beradab sikit." Tanpa sebarang kata, Tengku Hamidi juga berlalu daripada meja makan itu.

"Anak dengan bapak sama je." Puan Sri Faezah Hani.

Seperti yang diperkatakan, selepas makan kami berkumpul di ruang tamu. Walaupun dia tahu topik harini, tetapi tetap juga dia bersemuka dengan mummy. Walau apa pun yang jadi, rancangan mummy memang tidak boleh diteruskan sama sekali. Lagi-lagi dengan wanita itu!

"Macam mummy cakap mummy nak pinang Sha untuk kamu." Mummy bersuara.

"Abang tak setuju." Bangkangnya laju.

"Mummy tak minta persetujuan kamu."

"Walau apa pun jadi abang tak akan kahwin dengan Farisha. Itu keputusan abang." Yakin!

"Kenapa? Apa kurangnya Farisha? Mummy suka dia." Mummy senyum meleret.

"Kalau macam tu pinangkan la untuk Daddy. Boleh la jadi kawan mummy nanti. Mummy kan suka dia."Hasilnya ketawa Tan Sri Hamidi pecah. Amboi Daddy, tengok tab pun sempat curi dengar.

Mummy jeling tajam kearah suami yang tidak jauh daripada kami.

"Jangan suka sangat bang."

Tawa Daddy mati apabila dijeling oleh si isteri.

"Mummy buat ni untuk kebahagiaan kamu juga. Bukan saja-saja."

"Kebahagiaan abang, biar abang yang tentukan. Mummy tak payah risau."

"Mana boleh. My choice must be to be your choice too. Sebab pilihan mummy adalah pilihan yang terbaik. Mummy tahu apa yang baik untuk kamu Aisy."

"Tapi abang tak nak. Mummy tak boleh paksa abang. That's it!" Tegasnya. Lantaklah hendak dikatakan anak derhaka ke apa sebab tinggi suara dengan orang tua. Tak kisah dah.

"Aisy, cuba dengar cakap mummy. Apa yang degil sangat ni? Ke abang dah ada calon lain? Kalau ada, bawak jumpa mummy. Biar mummy yang tentukan."

"Macam abang cakap, kebahagiaan abang biar abang yang tentukan!" Dia terus berlalu. Makin lama hatinya makin sakit. Risau duduk lama-lama di situ jadi batu kena sumpah dengan mak sendiri.

"Abang! Mummy tak habis cakap lagi ni."

"Budak tu tak nak yang awak nak paksa-paksa kenapa?" Selar Tengku Hamidi. Hasilnya sekali lagi dia mendapat jelingan tajam daripada si isteri.

"Awak sepatutnya backup saya bukan senyap je bila saya tengah bincang tadi." Puan Sri Faezah Hani menghempaskan punggungnya diatas sofa yang berdekatan dan berpeluk tubuh. Muka sudah pasti masam mencuka.

"Aisy tak nak kan. Kenapa saya kena backup pula? Saya ni bukan ayah yang macam tu." Jawab Tengku Hamidi bersahaja.

"Awak dengan anak awak tu sama je. Dua-dua keras kepala."

Tengku Hamidi senyum sumbing. Siapa je suka kalau hidup sendiri ditentukan orang lain. Lagipun dia kenal anaknya macam mana. Dia akan buat apa yang dia rasa nak buat. Ikut apa kehendak orang bukan Aisy Zulfan namanya.

"Saya cakap benda betul. Kenapa kita kena ambil kisah hal ni? Aisy tu dah cukup besar nak pilih pasangan dia sendiri. Kita tak payah sibuk Hani."

"Kalau yang dia pilih tu betul tak apa lah jugak bang."

"Entahlah. Saya tak tahu dah nak kata apa dengan awak ni Hani. Tapi saya harap awak tak buat lah apa yang awak nak sangat tu. Tu pun kalau awak masih lagi nak anak awak tu balik rumah ni." Tengku Hamidi bangun daripada duduknya. Tab yang dipegang diletakkan diatas meja sebelum berlalu meninggalkan isterinya yang masih lagi mencuka.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now