"Answer me Balqis." Aisy bersuara lagi apabila aku masih diam. Bergetar suara lelaki itu melontarkan kata-katanya. Itu bermaksud yang Aisy memang marahkan aku sangat-sangat.
"Apa yang fikir tak sama dengan apa yang jadi. Saya boleh terangkan." Ujarku perlahan.
"Terangkan? Apalagi yang kau nak terangkan. Segala apa yang keluar daripada mulut kau semuanya bohonglah. Aku dah kenal kau lama Balqis. Alangkah masa bercinta pun kau boleh curang, apalagi bila dah kahwin. Gambar ni dah jadi bukti jelas yang kau curang belakang aku! Bukan sorang, tapi dua orang? Perempuan jenis apa kau ni? Kau sedar tak yang kau isteri orang ha?!"
"Tapi saya tak curang awak. Percayalah. Saya cuma..."
"Cuma apa? Nak pegang-pegang je? Nak rasa-rasa je? Come on, aku pun boleh bagi lah. Kalau kau nak lebih daripada tu pun aku boleh buat. Kau cakap je, aku boleh tolong puaskan untuk kau!"
Pangg!
Laju sahaja tanganku mendarat di pipi lelaki itu. Aisy yang tidak menjangka kan perkara tersebut memandang tajam kearahku dengan pandangan helangnya. Tapi ada aku kisah. Hati aku lagi sakit sekarang ni. Berani dia rendahkan martabat aku sebagai seorang wanita dan isteri dia.
"Watch your mouth. Jangan sampai apa yang keluar daripada mulut kau akan jadi racun dekat diri sendiri." Aku memandang tajam kearah lelaki itu.
Aisy gelak sinis.
"Betul apa yang aku cakap. Kau nak kepuasan je kan? Sebabtu kau cari jantan-jantan dalam gambar ni. Sebab kau tahu kau tak akan dapat daripada aku. Tapi kalau kau minta, aku dengan senang hatinya akan tolong kau."
"Sudah! Aku tak nak dengar dah." Aku terus membuka pintu untuk berlalu, namun pintu sudah dikunci sebelum aku membukanya.
"Siapa izinkan kau keluar?" Sinis lelaki itu memandangku. Wajahnya di dekatkan ke wajahku membuatkan hidung kami hampir berlaga. Aku telan liur. Badan sudah menggigil. Takut. Aku takut dengan lelaki ini sekarang.
"Chill. Nak takut apa? Aku ni suami kau kan?" Bulu romaku meremang setelah Aisy membisikkan ayat itu ke telingaku. Laju badan aku merespond dengan menolak badan Aisy agar jauh daripadaku. Tetapi laju sahaja Aisy menahan. Kedua-dua tanganku dipegang kuat. Disebabkan di dalam kereta membuatkan pergerakan aku terbatas.
"Lepaslah! Kau nak buat apa ha?"
"Cuma meminta hak aku sebagai seorang suami. Tak adil lah orang lain boleh pegang kau tapi aku tak kan?" Aisy senyum jahat.
Kepala hoodie yang menutupi kepalaku ditarik kasar dan menampakkan rambutku yang berikat tocang satu. Aku cuba menjarakkan diri namun tidak mampu. Sungguh aku nak keluar daripada kereta ini. Tak kisahlah kena pecahkan cermin ke apa yang penting aku nak keluar!
Tanpa menunggu lama, wajah Aisy tersembam di leherku. Kiri kanan leherku dicium dengan bernafsu membuatkan aku tidak senang duduk.
"Lepaslah! Tepi!" Sedaya upaya aku cuba melepaskan diri daripada terus diperlakukan seperti itu. Aku tahu itu tanggungjawab tapi bukan dengan cara ini dan bukan dengan emosi yang sekarang. Sekarang ni aku cuma dapat rasa yang aku seakan dirogol dengan suami sendiri. Peritnya hakikat itu membuatkan aku tekad untuk melepaskan diri dengan sisa kekuatan yang ada.
"Aisy please! Let me go." Tanpa sedar aku merayu. Sekali lagi airmataku jatuh untuk harini.
Aisy berhenti. Perlahan-lahan dia menjarakkan dirinya daripada aku. Aku menarik nafas kelegaan dalam diam.
"Aku tahu aku bukan perempuan yang baik. Tapi aku juga bukan perempuan yang engkau fikir. Aku tahu batas aku sebagai seorang isteri." Walaupun suaraku bergetar, tetap juga aku berusaha untuk bercakap.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...