55 ~

315 11 0
                                    

Dua minggu telah berlalu sejak kejadian itu. Namun Balqis masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk sedar semula. Dua minggu itu juga Aisy tidak jemu melawat isterinya. Setiap kali pulang daripada tempat kerja pasti dia akan menjenguk Balqis. Kalau boleh dia mahu berada di sebelah isterinya sewaktu isterinya sedar nanti. Walaupun dia tahu ibu mertuanya tidak suka dengan kehadirannya di situ, namundia tetap juga menunjukkan muka.

Sebab dia tahu itu adalah balasan untuk apa yang dia telah lakukan pada anaknya. Jadi dia kena hadap sehingga mama merestui kembali hubungan mereka seperti dulu.

"Macam mana keadaan Balqis? Dah sedar ke?" Mira, sepupu kepada Aisy. Kalau nak tau mama Mira ni la yang datang masa kahwin mereka dulu. Jadi tak mustahil Mira tahu.

"Belum lagi." Jawabnya hampa.

"Sabar tau wey. Allah uji sebab Allah sayang. Nanti isteri kau sedar la tu. Budak-budak kelas dia pun beriya nak jenguk si Balqis ni. Tapi sebab tengah SPM dan jauh, keluarga dia orang tak bagi." Mira menjelaskan tanpa dipinta.

"Habis siapa yang ganti tempat Balqis?"

"Aku lah. Siapa lagi. Nasib baiklah budak-budak tu dah jadi orang tau sejak Balqis mengajar kelas dia orang. Kalau tak, lagi pening otak aku nak layan."

Aisy ketawa kecil.

"Pandai juga bini aku mengajar. Aku ingatkan makin sesat."

"Yang sesat tu kau. Tak pandai jaga bini." Selar Mira laju sambil buat muka. Bukan dia tak tahu sejak Balqis berkahwin, jarang nak tengok kawannya senyum. Senyum pun kadang dibuat-buat. Kalau bukan sebab si Aisy ni, siapa lagi kan?

"Kasar gurau nampak?"

"Aik terasa ke en abang?"

"Iyelah aku mengaku aku tak pandai jaga bini. Puas?" Aisy buat muka.

"Pehhh jarang-jarang kau mengaku kekalahan. Power juga Balqis tundukkan kau eh?" Mira ketawa mengekek. Tapi versi perlahan. Maklumlah kat hospital kan.

"Sebab memang salah aku la aku mengaku. Err. Ni kau kat sini sampai bila?"

"Esok balik dah. Ada kelas tambahan petangnya."

Aisy mengangguk faham.

"Eh kau tak ada bagitau maklang kan aku kat sini?" Aisy bertanya risau.

"Mestilah tak. Kalau aku bagitau, maklang sampai dulu dari aku tau."

"Bagus. Macam ni lah sepupu aku." Mira mencebik

"Kau dah makan belum? Kalau belum jomlah. Nanti kau nak jaga Balqis lagi." Pelawa Mira.

"Tak apalah. Aku nak tunggu Balqis." Tolak Aisy tanpa berfikir.

"Ala jomlah. Kau pun kena jaga kesihatan juga. Kalau kau sakit, macam mana nak jaga Balqis?"

Aisy diam sejenak sebelum mengangguk perlahan.

"Sekejap je."

"Iya, kau ingat aku princess ke nak makan lambat-lambat ha?"

"Kau tu makan kira butir nasi. Macam baru kenal semalam."

Mira ketawa kecil.

"Untuk kau dengan Balqis, aku makan kalini tak kira butir nasi. Okay?"

"Cun. Dah cepat jalan. Lambat lah!" Aisy berkata sambil berjalan mendahului Mira. Mira pula berlari anak untuk menyaingi langkah sepupunya.

📌

Puan Sri Faezah Hani megah berjalan menuju ke tempat yang ingin dituju. Mukanya yang bengis membuatkan orang sekeliling takut hendak memandangnya. Tapi ada dia kisah? Yang penting dia dapat jumpa apa yang dia cari. Setelah dua minggu baru dia dapat tahu dimana lokasi sebenar mangsanya. Patutlah cari dekat sana tak ada. Rupanya memang ada dekat sini. Licik sungguh perempuan ni!

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now