43 ~

240 10 0
                                    

"Sha lama lagi ke? Okay ke tu?" Lembut suara itu menuturkan kata. Berbeza sekali sewaktu kami bersua muka beberapa tahun lepas. Kalau boleh pandang muka aku pun tak nak. Apalagi nak cakap baik-baik macam tu, memang jauh panggang daripada api.

"Perempuan ni berani tinggikan suara dekat Sha mummy!" Rengek Farisha dihadapan Puan Sri Faezah Hani.

'Mummy? Awal betul approve. Betul-betul menantu pilihan ni.'

"Perempuan ni ke yang dah goda Aisy sampai dia berani bawak perempuan ni masuk rumah dia?" Puan Sri Faezah Hani menjeling sekilas memandang kearaku. Aku menunduk memandang lantai berharap wanita itu tidak mengenali diriku.

"Yes mummy." Farisha mengangguk dengan muka monyoknya. Terluka sangatlah tu gayanya.

"Wait. I think i saw you before." Puan Sri Faezah Hani mengerutkan dahi. Cuba untuk mengingat sesuatu.

Dalam hati aku puas bercakap agar dia tidak mengenali diriku lagi. Lagipun perkara itu sudah bertahun. Tak mungkin wanita itu ingat.

Tetapi....

"You kan perempuan yang goda anak I dulu? Yes you! Tak mungkin I akan lupa muka you." Terjegil mata Puan Sri Faezah Hani memandang kearahku. Aku telan liur yang sedia kelat. I'm finish!

"Mummy kenal dia?" Farisha menyampuk.

"Mestilah. Dia la perempuan yang dah goda Aisy dulu. Dan sekarang dia berani-berani goda Aisy lagi. You ni memang perempuan tak tahu malu ke? Dulu tak dapat anak I dan sekarang pun you cuba nak hancurkan masa depan Aisy? Tak dapat cara baik, cara jijik macam ni jadi iye? Macam tu?" Sinis.

Aku menggeleng laju. Air mata yang ku tahan hampir terhambur keluar. Namun segera ku tahan. Ini bukan masanya untu menangis.

"You dengar tak I cakap apa? Kenapa dah bisu ke bila nampak I dekat sini ha?" Puan Sri Faezah Hani.

"Saya..."

"Tahu pula tak tahu nak cakap apa. Tadi bukan main berlagak lagi." Farisha sinis memandangku.

"Saya tak buat apa-apa. Apa yang Puan fikir tak sama dengan apa yang jadi." Jawabku perlahan.

"Jadi apa yang sepatutnya jadi? Tell me."

Aku diam. Tak mungkin aku akan cakap yang aku sudah berkahwin dengan Aisy. Ia akan keruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

"Kenapa diam? Cakap jelah you nak balas dendam dengan I sebab I tolak you dulu kan?"

Aku masih diam.

"You know what, I tak pernah menyesal sebab tolak you dulu. Sebab I tahu perempuan macam you ni akan malukan I. Malukan seluruh keluarga I. Tengoklah you sekarang? Sanggup jual diri semat-mata nak balas dendam. Murah sangat kan harga diri you ni?"

'Murah sangat kan harga diri you.' Terngiang-ngiang ayat itu di kotak fikiranku membuatkan aku sedikit tertekan.

"Puan tak ada hak nak cakap saya macam tu." Suaraku bergetar menahan rasa. Sakitnya hati setelah mendapat penghinaan sebegitu rupa.

"Do I look care? Lagipun betul apa yang I cakap. Kalau you ada maruah, you tak akan masuk rumah anak I sesuka hati you. I mengaku yang Aisy tu lelaki. Tak mungkin dia akan tolak kalau ada makanan depan mata. But it's all your fault. Anak I tak salah. You yang buat anak I jadi macam tu."

"So, sebelum I hancurkan masa depan you pula, you better stay away from my son immediately! When I say then i'll do." Amaran keras!

"Ingat tu!" Sempat Farisha menambah perasa sebelum berlalu bersama Puan Sri Faezah Hani.

Aku terduduk. Air mata yang aku tahan akhirnya keluar juga. Ya ALLAH, kalini aku betul-betul tewas. Tewas dengan perasaan sendiri.

📌

Masa hanya dihabiskan di dalam bilik. Terbantut segala aktiviti aku harini. Masak tak nak, makan pun tak nak. Apatah lagi nak keluar bilik. Hana pun pelik tapi dia hanya biarkan sahaja. Aku merenung siling putih seperti biasa. Kosong. Macam hidup aku juga. Kosong dan hambar. Perasaan aku masih lagi seperti tadi. Sakit, sedih dan kecewa. Jauh di sudut hati aku  sangat perlukan Aisy sekarang. Aku ingin meluahkan segalanya pada Aisy. Aku mahu melihat wajah itu. Aku sangat rindukan dia...

Kenapa? Kenapa di saat sebegini aku rindukan lelaki itu. Kenapa?

Airmatku jatuh lagi. Aku pejamkan mata perlahan-lahan. Cuba menghapus segala perasaan ini. Perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam diri aku.

Ting ting

Pesanan dibuka. Aisy.

Keluar sekarang. Aku ada dekat depan rumah

Daripada baring aku menukar kepada posisi duduk. Airmata yang tersisa aku kesat laju. Entah kenapa aku suka dengan isi pesanan tersebut.

'Aisy boleh baca isi hati aku ke?' Aku tersenyum kecil. Segera aku melangkah ke bilik air dan mencuci muka. Kemudian aku memakai sedikit bedak untuk menutup sembab di wajah. Hoodie bewarna hitam disarung dan menutup kepalaku dengan topi hoodie itu. Malas pula nak pakai tudung malam-malam.

Aku senyum kecil di cermin. Setelah puas dengan penampilanku, aku terus keluar menemui Aisy. Apabila melewati ruang tamu, kelibat Hana sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah berada di bilik.

Aku melihat sekeliling untuk mencari kereta Aisy. Setelah jumpa, kaki melangkah riang dan menemui lelaki itu. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dan bercerita itu ini.

"Hai." Aku senyum sekilas. Namun senyumanku tidak bersambut seperti biasa.

"Aku tak suka belit-belit dan aku akan straight to the point je." Series suaranya begitu juga wajah. Perkara pertama yang aku rasa ialah tak sedap hati.

'Tolong jangan cakap sesuatu yang menyakitkan. Aku penat sangat nak hadap harini semua sekaligus. Tolong.' Rintihku di dalam hati.

"Just answer my question without another question." Aku diam. Menunggu soalan daripada lelaki itu.

"Kau ada sorokkan apa-apa dekat belakang aku ke?"

"Tak ada." Sepatah tanpa soalan yang lain. Walaupun otak ligat nak tanya itu ini, namun aku hanya menurut permintaan Aisy. Tidak mahu berbalah dengan lelaki itu harini. Yang aku perlukan hanya kata-kata yang baik.

"Jangan tipu aku Balqis. Aku dah cakap aku tak suka orang tipu aku!" Suaranya naik satu oktaf daripada tadi. Jelas riak wajahnya sudah berubah marah. Kenapa ni? Aku ada buat salah apa-apa ke?

"Tapi saya memang tak rahsiakan apa-apa daripada awak." Perlahan aku bersuara.

"Habistu ni apa?!" Dia melemparkan beberapa keping gambar kemuka aku membuatkan aku terkejut. Terkilan dengan apa yang Aisy buat pada aku. Boleh je kan bagi elok-elok?

Aku mengambil gambar yang sudah jatuh diatas riba. Satu-satu gambar aku lihat. Terbuntang mata aku dibuatnya apabila melihat gambar tersebut. Macam mana boleh...

TIba-tiba sahaja aku teringat dengan kejadian di cafe tempohari. Sewaktu Sarah menangkap lelaki berhoodie itu. Jadi betullah lelaki itu menangkap gambar aku dan Hafiy di cafe haritu. Juga gambar aku dan Hayrul di kedai buku dan KFC petang tadi.

"Macam mana awak dapat gambar ni?"

"I said no question, just answer me!" Aku terdiam. Terkejut dengan jerkahan lelaki itu. Ini kali pertama Aisy tinggikan suara denganku. Dan aku sangat terkilan.

Kenapa? Kenapa mesti sekarang? Kenapa mesti bila aku perlukan kau Aisy? Kenapa?

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now