Balkoni bilik dibiarkan terbuka. Angin sepoi-sepoi yang masuk membuatkan bilik itu sedikit sejuk daripada biasa. Mengikut daripada cuaca malam itu, pasti hujan akan turun malam ini.
Mata pula memandang skrin telefon. Nama Balqis tertera di skrin telefonnya. Tangan teragak-agak hendak mendail. Boleh je terus tekan butang hijau tapi entah kenapa hati pula berbelah bahagi.
"Tu ke nama menantu daddy?" Aisy tersentak dengan sapaan mengejut daripada Tengku Hamidi. Bila daddynya masuk pun dia tak pasti. Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang macam mana...
"Daddy cakap apa tadi?" Teragak-agak dia bersuara.
"Tu ke nama menantu daddy? Balqis?" Sekali lagi soalan itu diutarakan. Tapi kalini pakej dengan nama sekali.
"Macam mana daddy boleh tahu?" Perlahan-lahan dia bertanya. Tengku Hamidi senyum kecil sebelum membalas.
"Tu jari, cincin apa?" Aisy memandang sekilas kearah jari manisnya sebelum disorokkan ke belakang badan membuatkan daddy gelak kuat.
"Nak sorok apa? Daddy tahu semua. Aisy ingat mak su Aisy tu baik sangat ke nak rahsiakan perkara ni dengan daddy?"
"Bila daddy tahu?" Aisy mengalah apabila nama mak su menjadi sebutan. Macam mana la dia boleh lupa yang mak su dengan daddy memang tak pernah sorok apa-apa rahsia antara satu sama lain. Lagi-lagi kalau berkaitan hal sebesar itu.
"Seminggu sebelum kamu berkahwin."
"Kenapa daddy tak cakap apa-apa?"
"Sebab ni keputusan kamu."
"Daddy tak marah ke?"
"Kenapa daddy kena marah? Kamu dah besar. Kamu dah boleh buat keputusan sendiri. Cuma daddy terkilan sikit sebab kamu rahsiakan hal besar ni pada kami." Tengku Hamidi senyum kecil.
"Sorry, Aisy tak ada niat langsung nak belakangkan keluarga. Cuma masa yang tak sesuai untuk Aisy beritahu semua perkara ni."
"Daddy faham. Pasal mummy kamu kan?" Tak angguk tak geleng. Sebab memang bukan sebab itu. Takkan lah dia nak bagitau dia kahwin dengan Balqis sebab dendam? Mahu kena ceramah 3hari 3malam dengan daddy.
"Esok pagi sebelum mummy kamu bangun, balik lah. Pandai lah daddy uruskan mummy kamu tu."
"Betul ni?"
"Iya. Tapi kalau nak bagitau kamu dengan perempuan dalam gambar tu dah kahwin pun boleh." Aisy kerut dahi. Lain macam ton suara daddy ni.
"Terima kasih. Sebab faham Abang dan minta maaf sebab dah rahsiakan perkara ni." Sempat Aisy meminta maaf sebelum Tengku Hamidi berlalu.
"Tak apa. Selesaikan apa yang patut kamu selesaikan. Hal dalam rumah ni, biar daddy yang uruskan." Tengku Hamidi berlalu.
Aisy duduk di birai katil. Keluhan kecil dilepaskan.
"Betul ke apa yang aku buat selama ni?" Gumamnya perlahan.
Entah kenapa perasaan ragu-ragu menerpa diri. Dendam? Benci? Disebabkan perasaan itu dia sanggup belakangkan keluarga sendiri. Dia ingat dia akan bahagia apabila menyakiti wanita itu. Tapi sikit pun perasaan itu tidak muncul di dalam diri melainkan masalah yang datang tanpa henti.
📌
"Aduh ngilunya kaki ni." Aku mendesis kesakitan. Lagi-lagi hujan kat luar, lagi ngilu kaki aku dibuatnya. Nak tidur pun tak boleh.
Aku memandang siling putih yang kosong itu. Walaupun gelap tetapi tetap dapat dilihat dengan bantuan lampu tidur yang berada diatas meja. Sesekali aku melihat telefon yang berada di sebelah. Kot-kot ada pesanan yang masuk ke kan?
Tapi tu lah langsung tak ada. Sibuk betul sampai tak sempat nak baca chat aku kan?
"Keluar dengan perempuan yang dia nak kahwin la tu." Gumamku sendiri.
Tanpa sedar aku mengeluh panjang. Sampai bila la aku nak jadi macam ni. Baru sebulan kahwin tapi dah rasa macam setahun. Terikat tapi tak bertali. Seksa dia lebih sakit daripada putus cinta dahulu.
Kahwin tapi macam tak kahwin. Suami isteri tapi macam orang gaji dengan majikan. Apakah?
"Aku salah buat keputusan ke?" Hati aku mula meragui apa yang aku buat.
'Kalau salah pun kau boleh buat apa? Benda dah jadi. Kau dah jadi isteri dia, dia dah jadi suami kau. Bila dah terikat, bukan senang nak putuskan melainkan Aisy sendiri yang putuskan. Faham tak?' Kalini aku berperang dengan perasaan sendiri pula.
"Betullah pepatah Melayu pernah berkata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan padah jadinya."
"Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tapi kau letak kat lutut. Ikut lagi la perasaan tu. Sekarang ni kan dah sakit sendiri." Masih lagi dalam mood ingin membebel sorang-sorang.
Aku mengeluh lagi buat ke sekian kalinya.
"Tidurlah Balqis. Jangan fikir benda yang dah jadi. Fikirlah apa yang akan jadi nanti."
📌
Puan Sri Faezah Hani mendengus geram. Punggung dihempas diatas sofa empuk dengan muka tegang. Telefon digenggam kuat. Mana tidak anginnya, bangun tidur sahaja anak bujangnya sudah menghilangkan diri tanpa jejak. Telefon pula dimatikan. Memang angin la cerita dia.
"Suka la tu anak awak buat benda macam tu kan? Sampaikan suruh dia balik sebelum saya bangun?"
"Tak payah lah nak fikir yang bukan-bukan lagi Hani. Anak awak tu dah besar. Pandai lah dia fikir." Tenang Tengku Hamidi bersuara.
"Awak sedar tak apa yang anak awak buat? Dia bawak perempuan masuk dalam rumah dia tau. Perempuan!" Panahan tajam kini tepat ke dalam mata Tengku Hamidi.
Tengku Hamidi mengeluh perlahan.
"Sukati awaklah nak fikir apa Hani. Yang penting saya tau Aisy tu macam mana."
"Abang ni kenapa? Sokong sangat anak tu buat benda jahat?"
Tengku Hamidi diam. Hanya langkah diatur keluar daripada rumah. Lebih baik main golf dengan kawan daripada menghadap isterinya yang sudah menjadi singa lapar.
Nak bagitau hal yang sebenar pun dia tak boleh nak cakap. Risau lain pula yang jadi. Biarlah anaknya sendiri yang terangkan semuanya.
"Abang! Nak pergi mana tu? Saya cakap dengan abang ni tau tak?" Laung Puan Sri Faezah Hani.
Telefon yang berada diatas meja dicapai. Nombor Farisha didail.
"Sha, mummy nak minta tolong sikit."
"Tolong apa mummy?"
"Tolong tengokkan Aisy. Nanti mummy bagi alamat rumah Aisy. Kalau ada apa-apa jadi call mummy cepat!"
"Why? Aisy ada buat mummy marah ke?"
"Sangat! Dah mendidih dah ni Sha."
"Aisy buat apa mummy?"
Makanya Puan Sri Faezah Hani menceritakan apa yang dah jadi kepada Farisha.
"What?! Aisy bawak perempuan masuk rumah?"
"Iye Farisha."
"Ni mesti perempuan tu yang goda Aisy mummy. Tak pun dia dah bagi ubat guna-guna dekat Aisy. Tak mungkin lah Aisy nak buat benda jahat macam tu kalau perempuan tu yang mula." Farisha mengapi-apikan hati yang yang sudah tersedia terbakar.
"Tak guna punya perempuan! Kalau aku jumpa perempuan tu memang mati aku kerjakan." Puan Sri Faezah Hani mengepal tangan serupa penumbuk. Muka bengis terbias di wajah dengan hati yang panas membara.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Pilih
Romance● COMPLETE ● ✅️ Enggang takkan boleh bersama dengan pipit, langit tidak akan bersatu dengan bumi. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan mereka. "Saya tak rasa boleh teruskan hubungan kita, saya dah penat dengan semuanya. Awak dan...