49 ~

279 10 0
                                    

Aku berdiri tegak. Kaki bagaikan digam. Mulut bagaikan terkunci. Langsung tidak berganjak apalagi menjerit meminta tolong. Lelaki berhoodie hitam dan memakai mask itu dipandang lama. Walaupun takut tapi mata tetap juga ingin melihat siapakah lelaki yang menakutkan itu.

"Ka..u siap..a?! Kau nak... bua..t apa den..gan aku ha?!" Walaupun gagap tetap juga aku cuba untuk bersuara. Namun soalan aku tidak dijawab. Malah dia semakin mendekatiku membuatkan aku terpaksa berundur setapak demi setapak untuk menjaukan jarak antara kami. Sehinggalah langkah aku terhenti apabila terhalang oleh dinding putih itu dan kereta di kiri juga kanan. Aku telan liur berkali-kali.

"Kau nak tahu siapa aku?" Lelaki itu bersuara. Intonasinya sangat menakutkan. Sumpah dah macam dalam drama hantu sekarang ni.

Aku mengangguk perlahan.

"Betul ni kau nak tahu?" Sekali lagi dia bersuara.

Kami diam. Aku memandang kiri kanan. Nak lari ke kiri tak boleh, apatah lagi ke kanan. Ke aku patut terajang je mamat ni? Haish tula masa kecil tak nak belajar pertahankan diri. Bila dah jadi macam ni kan terus tak tahu nak buat apa.

"Okaylah. Disebabkan kau akan mati. Jadi aku akan bagitau siapa orang yang akan cabut nyawa kau nanti." Jawabnya bersahaja.

Mataku terbuntang luas.

"Ma...ti? Kau nak bunuh aku? Kenapa?" Badan yang terus menggigil membuatkan kaki aku semakin lemah dan akhirnya aku terjelopok duduk diatas simen. Takut. Sumpah aku takut. Di dalam hati tidak lepas aku berdoa agar ada sesiapa yang lalu lalang di sini.

Lelaki itu mengambil posisi mencangkung apabila aku sudah jatuh ke bawah. Tangannya mengeluarkan sesuatu daripada poket hoodie secara perlahan-lahan.

Pisau!

Airmata yang sememangnya mengalir terus deras apabila melihat pisau yang digenggam lelaki itu.

'Dia betul-betul nak bunuh aku ke? Ya Allah, adakah ini pengakhiran hidup aku?' Rintihku di dalam hati.

"Sebab... kau patut mati!" Lelaki itu gelak kuat bagaikan psiko yang sudah mendapatkan mangsanya.

"Aku tak ke...nal kau. Kena..pa ak..u kena ma..ti dek..at tan..gan kau?" Lelaki itu tetap dengan gelak kuatnya. Seakan ketakutan aku merupakan bahan jenaka baginya.

"Siapa cakap kau tak kenal aku?" Seraya itu lelaki berhoodie itu membuka facemask yang dipakainya sebelum menyelak kepala hoodie dan menampakkan seluruh wajahnya. Sekali pandang ia seakan lelaki seusianya atau lebih? Sangat tidak terurus dengan jambang di seluruh wajah membuatkan lelaki itu terlihat menakutkan.

Tapi macam pernah nampak....

Sesaat... Dua saat...

"Ka..u lelaki ya..ng kat pantai tu kan?"

"Pandai!" Lelaki itu senyum meleret.

"Takkan sebab aku tolak kau, kau nak bunuh aku ha?"

"No no no. Ini cuma balasan untuk kau sebab kenal dengan lelaki tak guna tu!" Lelaki itu terlihat marah. Matanya semakin tajam melihat aku bagaikan tidak sabar hendak membaham mangsanya.

Lelaki tak guna? Siapa yang dia maksudkan? Aisy atau Hafiy? 

"Okaylah. Masa bercakap kita dah tamat. Kau ada pesanan terakhir apa-apa ke? Jangan risau aku boleh sampaikan dekat orang tu."

"Tolong jangan bunuh aku. Tolong!" Aku merayu. Tidak kisah dianggap lemah, yang penting aku tidak mahu dibunuh. Tidak pernah terfikir dek akal yang hidup aku akan berakhir begini. Macam mana dengan mama ayah nanti? Memikirkan mereka sahaja sudah membuatkan aku sebak yang teramat.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now