Setelah di halau keluar oleh Muaz. Cahaya berjalan tanpa hala tuju. Cahaya malu untuk pulang kerumah atok dan neneknya. Dia berasa bersalah kerana tidak mendengarkan nasihat atok dan neneknya untuk tidak menjadikan Muaz sebagai kekasih hatinya. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang terjadi kerana ianya berlalu begitu pantas .Tiba-tiba hujan turun dengan begitu lebat membuatkan Cahaya berteduh di bawah pokok walaupun dia tahu akan resikonya.
Sedang menunggu hujan reda , dia teringat dengan kata² atoknya ketika Cahaya membawa Muaz berjumpa dengan atoknya. Atoknya memberitahu bahawa Muaz bukanlah orang yang baik buat Cahaya.
Cahaya anak yatim piatu. Ibu bapanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya ketika pulang kerumah atok dan neneknya. Semua harta ibubapanya diserahkan kepada atok dan neneknya sehingga umurnya mencecah 18 tahun dan harta itu akan di berikan kembali kepada Cahaya.
Tanpa disedari seorang lelaki keluar dari rumahnya dan menuju kearah Cahaya sambil membawa payung.
"Cik" ucap lelaki itu.
Tapi belum sempat Cahaya berpaling dia telah pun pengsan , nasib baik lelaki itu sempat menyambut Cahaya. Mungkin kerana Cahaya belum makan dari pagi lagi.
_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Cahaya membuka mata dan menyedari dia berada di tempat yang asing. Tiba-tiba lelaki itu duduk di hadapan sofa yang dia sedang baring itu.
"Maaf, tadi masa saya panggil cik , tiba² cik pengsan. Lepastu, saya bawak cik masuk dalam rumah saya. Saya perasan cik jalan masa hujan tadi. Cik okay?" Kata lelaki itu.
"Saya tak makan dari pagi lagi. Mungkin sebab tu saya pengsan. Maaf sebab menyusahkan encik" Kata Cahaya. Dia mendudukan dirinya diatas sofa itu
"Kenapa cik tak makan? Jap saya ambil makanan." Ucap lelaki itu lalu berjalan menuju ke arah dapur.
Lelaki itu keluar dengan membawa pinggan makanan dan gelas minuman bersamanya.
"Cik makan lah ni. Tadi saya masak lebih sebab lapar, ingatkan habis rupanya tak" Ucap lelaki itu dengan bersahaja
Cahaya makan dengan lahap.
"Terima kasih , maaf sebab menyusahkan encik" Ucap Cahaya.
"Sama-sama . Nama saya Edelis. Apa nama cik?" Tanya Edelis
"Nama saya Cahaya" jawab Cahaya
"Dekat mana rumah cik? Nanti lepas cik habis makan biar saya tolong hantarkan cik pulang ke rumah" tanya Edelis
"Tak apalah, saya boleh balik sendiri" Kata Cahaya
"Cik, ni kan hujan" Kata Edelis
Cahaya berfikir sejenak dan setuju dengan pertolongan Edelis.
"Terima kasih banyak banyak Encik Edelis . Maaf sebab banyak menyusahkan encik" jawab Cahaya
Selepas Cahaya habis makan, Edelis menghantar Cahaya pulang kerumah atok dan neneknya walaupun perasaan takut menjalar ke seluruh tubuhnya. Tetapi Cahaya perlu berani menghadapi semua ini. Nak tak nak dia kena memberi tahu kejadian yang sebenar.
_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Dalam perjalanan....
Cahaya takut. Sape je yang tak takut kalau duduk satu kereta dengan orang yang baru dijumpai. Cahaya takut kalau lelaki itu membawanya entah kemana-mana.
"Cik dah bekerja atau masih belajar?" Tanya Edelis
"Saya masih lagi belajar di universiti"Jawab Cahaya. Gugup
Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam selepas soalan itu tadi. Akhirnya mereka sampai di tempat tujuan.
Edelis menghulurkan kad.
"Kalau ada apa² Cahaya call lah saya" Ucap Edelis
"Terima kasih banyak Encik Edelis. Mari lah masuk dulu" pelawa Cahaya
"Tak apa lah cik. Dah lewat ni saya pergi dulu, Assalamu'alaikum" Ucap Edelis
Edelis pergi tanpa menunggu Cahaya menjawab salam.
"Wa- waalaikumussalam." Ucap Cahaya. Cahaya seketika terasa jahil
Bersumbang .....
Serius Tanyo. Nate apo kawe tulih nih
YOU ARE READING
Prof.Edelis Is My Husband [C]
Romance[Tajuk Lama : Lecturer Itu Suamiku] Cahaya seorang yatim piatu yang di besarkan oleh atok dan neneknya. Dia tenggelam dalam hiburan dunia yang mengakibatkan hatinya hancur berkeping keping apabila kekasihnya dan rakan karibnya mempunyai hubungan dib...