"Awak, jom pergi pantai" Ajak Cahaya
"Sayang, nak bercakap tu pilih laa timing dengan tempat yang betul. Pergi main jauh-jauh, jangan kacau abang tengah mandi!!" Kata Edelis
"Oh. Sorry-sorry" Kata Cahaya lalu beredar pergi meninggalkan pintu bilik air
•••••
Beberapa minit kemudian, Edelis keluar dari bilik air.
"Sayang, cakap apa tadi? Abang tak dengar sangat laa" Tanya Edelis
"Harini kan cuti.Cahaya nak pergi pantai" Jawab Cahaya
"Nak buat apa pergi pantai?" Tanya Edelis
"Healing" Jawab Cahaya
"Healing?" Tanya Edelis untuk kepastian
Cahaya angguk. Edelis diam. Dia sedang berfikir. Edelis mendapat satu idea.
"Boleh, tapi ada satu syarat" Kata Edelis
"Syarat? Syarat apa pulak nii?" Tanya Cahaya
"Kalau sayang nak pergi pantai, sayang kena pakai tudung" Jawab Edelis
"Tudung? Cahaya mana ada tudung" Kata Cahaya
Edelis lalu berjalan kearah almari, Edelis kembali dengan satu paperbag ditangannya.
Paperbag itu lalu dihulurkan kepada Cahaya.Cahaya mengambil paperbag itu lalu membukanya, ada beberapa helai tudung shawl. Ada warna hitam, putih dan mustard. Entah bila Edelis beli tudung tu.
"Sayang pakai, ye" Kata Edelis
Cahaya tidak mahu mengecewakan Edelis. Cahaya angguk.
"Lepas breakfast, kita pergi" Kata Edelis
Cahaya senyum lalu keluar daripada bilik.
"Dah laa tak cakap terima kasih" Perkataan itu terlepas dari mulut Edelis
"Terima kasih!" Kata Cahaya
'Dia dengar ke?' Bisik hati Edelis
•••••
Di dalam kereta...
Edelis menunggu Cahaya bersiap didalam kereta. Cahaya keluar dari rumah dan mengunci pintu.
Buat kali ke-2, Edelis melihat Cahaya memakai tudung. Kali pertama pada hari perkahwinan mereka.
"Sayang, sayang cantik bila sayang pakai tudung" Puji Edelis sebaik sahaja Cahaya masuk dalam kereta
Cahaya tersipu malu.
'Fuyoo. Mamat ni puji aku cantik laa' Bisik hati Cahaya. Cahaya blushing.
•••••
Di pantai...
Mereka pergi selepas Asar. Hanya beberapa orang sahaja yang berada di pantai itu.
Mereka mengambil gambar sehingga penuh storage, main kejar-kejar ala filem Bollywood sampai jatuh, kutip cengkerang dan sebagainya.
Mereka membeli Air Kelapa, Sate Ikan, dan Sosej Bakar. Mereka duduk di bangku berdekatan dengan taman permainan.
"Bro, aci tak kalau Cahaya main gelongsor tu?" Tanya Cahaya
"Aci. Pergilah main" Jawab Edelis
"Malu~"
"Pergi je. Bukan ada orang pun"
"M.A ma L.U lu. Malu"
"Nanti sayang akan merasakan penyesalan yang tak sudah-sudah. Lebih baik sayang pergi main sebelum ada budak. Peluang tidak datang 2 kali"
YOU ARE READING
Prof.Edelis Is My Husband [C]
Romance[Tajuk Lama : Lecturer Itu Suamiku] Cahaya seorang yatim piatu yang di besarkan oleh atok dan neneknya. Dia tenggelam dalam hiburan dunia yang mengakibatkan hatinya hancur berkeping keping apabila kekasihnya dan rakan karibnya mempunyai hubungan dib...