Bab 10: Ajar

317 6 3
                                    

Edelis duduk di tepi katil lalu mengejutkan isterinya, Cahaya.

"Sayang, bangun, subuh" Kata Edelis

"Sayang boleh solat, kan?" Tanya Edelis

"Mmm. 5 minit" Kata Cahaya dalam keadaan mamai

"Bangun laa sebelum habis waktu" Kata Edelis

"Kalau sayang sambung tidur, abang angkat sayang letak dalam bilik air, nak?" Sambung Edelis

Cahaya cepat-cepat bangun, duduk di tepi Edelis. Edelis berdiri tetapi Cahaya memegang pergelangan tangan Edelis. Menyuruhnya untuk duduk.

"Cahaya ada sesuatu nak cakap boleh?" Tanya Cahaya

"Lepas solat laa ,sayang" Jawab Edelis

"Please~~" Kata Cahaya

"Apa dia?" Kata Edelis

"Tapi jangan gelak" Kata Cahaya

"Cakap je" Kata Edelis

"C-cahaya tak pandai solat" Cahaya berkata dalam keadaan hampir berbisik

"Kuat kan suara tu, sayang. Abang tak dengar" Kata Edelis

"Dekat laa sikit" Cahaya menarik lengan Edelis untuk datang lebih dekat

"Cahaya tak pandai solat" Cahaya ulang perkataan tadi

Edelis mendengar itu dengan muka yang datar.

"Tak terkejut ke?" Tanya Cahaya

"Sikit. Takpa abang ajarkan" Jawab Edelis

Cahaya mendengar itu dengan mata yang berkaca-kaca.

"Cahaya tak guna kan? Tak pandai solat, tak pandai ngaji, tak pandai masak, tak pandai kemas rumah. Semua benda Cahaya tak pandai. Cahaya jahil, kan?Cahaya jahatkan? Cahaya bodoh kan?" Kata Cahaya. Air matanya mengalir.

"Tak baik cakap macamtu. Sayang tak pandai solat, tak pandai ngaji, abang ajarkan. Sayang tak pandai masak, abang yang masakkan. Sayang tak pandai kemas rumah, abang tolong. Sayang tak bodoh. Sayang bijak,  baik, pandai. Yang mana abang boleh ajar, abang ajar. Yang mana abang boleh tolong, abang tolong. Jangan nangis, ye?" Kata Edelis

Edelis lalu menarik Cahaya kedalam pelukannya.

"Lebih baik orang yang selalu atau ingin bertaubat daripada orang yang  merasakan dirinya sempurna dalam ibadat" Sambung Edelis

"Dah, jom solat. Abang baca kuat-kuat. Sayang baca biar dengar untuk sayang sendiri, boleh?" Tanya Edelis

Cahaya angguk. Matanya sembab, merah.

Edelis mengajar Cahaya mengambil wudhu'. Selepas itu , Cahaya memakai telekung lalu solat berjemaah bersama Edelis. Selesai solat, Edelis mengajarkan Cahaya mengaji. Sudah lama Cahaya tidak merasakan ketenangan.

"Awak, awak rasa Allah akan maafkan Cahaya tak?" Tanya Cahaya

"Allah maha pemaaf, sayang" Jawab Cahaya

"Allah tak akan ubah seseorang itu jika tuan empunya badan tu pun tak nak ubah dirinya sendiri. Hidup kita, kita lah yang tentukan. Allah uji sayang, sebab sayang hebat. Allah tak akan uji hambanya diluar batasnya. Abang tau sayang kuat, sayang boleh hadapi semua ni" Sambung Edelis

"Terima kasih awak sebab bimbing Cahaya ke jalan yang benar" Kata Cahaya lalu mencium pipi Edelis. Edelis terdiam. Edelis menarik tangan Cahaya lalu mencium dahinya.

Cahaya lalu naik keatas katil. Selepas itu Cahaya sambung tidur.


Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now