Bab 7: Rumah Baru

390 7 0
                                    

Sesampai di Rumah Edelis, Edelis terus keluarkan bagasi Cahaya dari kereta.

"Biar Cahaya yang buat" Cahaya terus merampas bagasi itu dari tangan Edelis

"Lah kenapanya? Abang kan suami sayang, biar abang yang tolong" Edelis mengambil semula bagasi itu dari tangan Cahaya

"Ermmm. Awak pergi bukak pintu, Cahaya bawak luggage ni, okey?" Kata Cahaya

"Aghhh. Takda- takda. Biar suami kesayangan sayang ni yang tolong angkatkan. Sayang pergi bukak pintu dan jangan melawan cakap suami" Edelis berkata dengan wajah yang serius kemudian dia ketawa

"Yelah-yelah" Cahaya lalu membuka pintu tanpa membantah kata-kata Edelis lagi

•••••

Didalam rumah...

Mereka lalu memasuki bilik Edelis.

"Bro. Cahaya nak tidur bilik lain lah. Cahaya tak pernah tidur dengan lelaki." Kata Cahaya

"Kenapa pulak? Kitakan suami isteri, takkan nak tidur bilik lain-lain. Kalau sayang betul-betul nak tidur bilik lain, sayang kena tulis 1000 patah perkataan karangan yang bertajuk 'alasan kenapa saya nak tidur bilik lain' " Kata Edelis

"Yelah" Kata Cahaya

'Kahwin dengan lecturer, ini lah akibatnya. Kena paksa kahwin pulak tuu' Bisik hati Cahaya

Tiba-tiba telefon Cahaya berbunyi...

"Assalamu'alaikum, atok kenapa call Cahaya? Mesti atok rindukan Cahaya, kan?" Tanya Cahaya

"Waalaikumussalam. Atok tak rindukan Cahaya pun. Atok nak ajak Cahaya dengan Edelis dinner dekat rumah atok malam ni. Datang tau" Kata atok

"Tapi Cahaya kena tan-. Atok, atok" atok telah mematikan panggilan tanpa menunggu Cahaya jawab

Cahaya lalu memandang Edelis yang sedang duduk diatas katil.

"Ermmm... Atok ajak dinner dekat rumah dia" Kata Cahaya

"Lepas Isyak kita pergi" kata Edelis

Cahaya terasa jahil. Edelis lalu masuk kedalam bilik air.

•••••

Selepas Edelis selesai solat Isyak...

Mereka bersiap-siap untuk pergi kerumah atok.

"Awak, Cahaya nak pinjam baju, boleh tak?" Tanya Cahaya. Hanya ada baju tidur sahaja didalam bagasi miliknya itu

"Pinjam lah. Tapi baju abang besar" Jawab Edelis

"Takpe. Yang penting Cahaya ada baju nak pakai" Kata Cahaya. Cahaya mengambil baju kemeja milik Edelis lalu berjalan memasuki bilik air

•••••
Di dalam kereta...

"Sayang tak takut ke dekat abang?" Tanya Edelis

"Untuk apa nak takut, awak pun manusia jugak bukannya harimau yang nak makan Cahaya, kan?" Jawab Cahaya

"Kut-kut lah abang buat ehem-ehem" Kata Edelis

"Awak sakit tekak ke? Kalau awak sakit tekak, Cahaya ada gula-gula untuk batuk. Awak nak?" Tanya Cahaya

Edelis memandang Cahaya

"Bagus lah sayang ni, otak tak kotor" Kata Edelis. Dia tersenyum

Cahaya menelengkan kepalanya menandakan dia tidak faham. Edelis tersenyum sambil memandang ke jalan lalu dia mencubit manja pipi milik Cahaya.

•••••
Dirumah atok...

Sesampainya dirumah atok, atok mempelawa mereka masuk lalu mereka duduk di meja makan.

"Happy jadi pengantin baru?" Tanya nenek

Cahaya memandang Edelis di tepinya.

"Happy? Bro, happy tak hidup dengan Cahaya?" Tanya Cahaya

"Happy sangat-sangat sebab boleh hidup dengan sayang" Jawab Edelis

"Kitaorang ajak dinner ni sebab nak sambut perkahwinan korang dan nak bagitau yang kitaorang akan ke Johor Bahru esok. Nak ikut?" Tanya nenek

"Esok Cahaya ada class" Ucap Cahaya

"Lupa pulak yang cucu nenek ni pelajar. Nanti habis belajar terus ganti atok sebagai CEO" Ucap nenek

"Yelah-yelah" Cahaya memakan makanan yang berada di depannya.

Setelah beberapa jam di rumah atok, Cahaya dan Edelis pulang ke rumah mereka...

•••••
Di rumah...

Mereka terus memasuki bilik. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Sayang kena tidur dalam bilik ni. Jangan ingkar arahan suami" Edelis bernada serius.

"Okay" Kata Cahaya

Edelis hairan. Tadi beria-ria nak tidur bilik lain.

Cahaya mengambil bantal lalu tidur diatas sofa yang berwarna kelabu yang berada didalam bilik itu.

"Sayang?" Panggil Edelis

"Awak cakap tadi tidur satu bilik bukan satu katil, kan?" Tanya Cahaya

"Sayang tidur lah dengan abang, atas katil. Kita tidurlah sama-sama. Abang nak peluk sayang. Abang nak sayang ada dekat tepi abang. Bila abang bangun, abang cakap 'good morning' dekat sayang" Kata Edelis

Diam. Mata Cahaya tertutup.

'Cepatnya sayang tidur'

Edelis berjalan mendekati Cahaya. Dia duduk ditepi Cahaya. Dengan perlahan-lahan dia mengetepikan rambut Cahaya yang menutup wajahnya. Risau jika isterinya itu terbangun.

Edelis mengangkat Cahaya lalu meletakkan dia diatas katil. Edelis menyelimuti Cahaya. Dia mencium dahi Cahaya lalu berjalan menghampiri sofa. Dia membaringkan tubuhnya lalu tertidur.

'Abang hormat keputusan sayang. Abang bagi sayang waktu untuk tidur sekali dengan abang. Ya Allah, aku tak sangka aku dah jadi suami orang. Selamat malam, sayangku' Bisik hati Edelis

Edelis lalu memejamkan matanya..

•••••
Keesokan harinya...

"Sayang, jom pergi sekali" Ajak Edelis

"Tak nak lah, nanti apa pulak orang fikir" Kata Cahaya

"Alah, kita dah halal dah pun" Kata Edelis

"Diorang tak tau pun kita dah kahwin"

"Biar jelah"

"Ishhh, yelah, bro. Tapi, sebelum masuk pintu pagar Uni, awak kena turunkan Cahaya" Kata Cahaya

"Mhmm" 

Bersumbang ...
Pendek je kan?

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now