Bab 23: Graduation

209 4 0
                                    

Pada hari dimana pelajar membawa pulang segulung ijazah. Cahaya bersiap-siap di dalam biliknya.

"Sayang. Sayang pakai jubah tu dekat U nanti lah. Kita dah lambat ni" Kata Edelis

"Jap-jap. Sekejap je" Kata Cahaya

Beberapa saat kemudian, Cahaya turun dengan memakai baju kurung  bewarna hitam

Edelis terpegun melihat kecantikan isterinya. 

'Ya Allah Ya Tuhanku, cantiknya ciptaan-Mu'

"Awak. Awak termenung apa tu. Jom lah, tadi kata dah lambat" Kata Cahaya menyedarkan Edelis dari lamunannya.

Mereka lalu berjalan keluar dari rumah untuk memasuki kereta.

Sesampainya mereka di U, Cahaya turun dari kereta lalu terus menuju kearah dewan.

Terdapat banyak khemah perniaga yang menjual bunga-bunga, belon atau mudah disebut sebagai hadiah untuk penerima ijazah. Edelis tidak terlepas untuk membeli bunga dan rempah ratus untuk Cahaya.

•••••

Di dalam dewan...

Pembukaan majlis, nyanyian untuk ibu bapa.

Ketika Edelis dan Cahaya mendengar kata-kata buat ibu bapa. Mereka menunduk kebawah untuk menyembunyikan air mata yang jatuh.

"Terima kasih buat ibu. Terima kasih buat ayah. Terima kasih kerana telah mendidik saya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan ayah tidak makan kerana ingin memberi anaknya kenyang. Bila ditanya, mereka akan berkata, ibu sudah makan, ayah sudah makan. Akan ku kenang jasamu sampai bila-bila. Maafkan saya jika saya ada salah. Halalkan makan dan minum saya wahai ibu dan ayah"

Lagu yang menyedihkan dimainkan.
(Kenapa selalu macamni ek?)

Nama-nama pelajar disebut seorang demi seorang.

Edelis menanti-nantikan nama Cahaya dipanggil.

"Puteri Cahaya Malaika binti Muhammad Amsyar Azizi"

Cahaya naik ke atas pentas dengan confident lalu turun semula selepas mendapat gulungan ijazah.

Edelis hampir menitiskan air matanya namun di tahan.

•••••

Di luar dewan...

Cahaya berlari kearah Edelis lalu memeluknya. Edelis membalas pelukan Cahaya. Pelukan mereka terlerai. Cahaya bersalaman dengan Edelis.

Edelis memberi jambangan bunga dan rempah ratus kepada Cahaya. Cahaya tersenyum.

"Terima kasih, awak. Terima kasih untuk segala-galanya" Kata Cahaya

"Sama-sama, sayangku" Kata Edelis

"Awak. Cahaya sedih lah sebab papa, mama, atok, nenek tak sempat nak tengok Cahaya graduate tapi tak apa sebab Cahaya ada awak. Awak boleh tengok Cahaya graduate" Kata Cahaya

"Abang pun sedih, sayang. Ibu dengan ayah tak sempat nak tengok abang graduate" Kata Edelis

"Apa perasaan awak masa Cahaya naik atas pentas?" Tanya Cahaya

"Abang rasa terharu. Terharu sebab boleh tengok sayang berjaya. Abang boleh tengok sayang naik atas pentas dengan memakai jubah konvo dah cukup buat abang gembira" Jawab Edelis

Mereka mengambil gambar bersama-sama untuk kenang-kenangan.

Bersumbang...








Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now