Bab 14: Wannabe my Chammak Challo?

280 5 0
                                    

Cahaya yang tidak boleh solat menunggu Edelis selesai solat Maghrib dan Isyak. Setelah Edelis selesai solat dan berdoa, Cahaya meletakkan kepalanya diatas riba Edelis. Edelis berzikir sambil mengusap kepala Cahaya. Cahaya juga ikut Edelis berzikir.

Selesai berzikir, Edelis terus ditanya oleh Cahaya.

"Awak, kalau Cahaya bercakap dengan lelaki lain, awak marah tak?" Tanya Cahaya, polos

"Hmm. Tak kut. Sebab abang tau yang sayang bercakap dengan dia mesti ada sebab, kan?" Jawab Edelis

"Terima kasih atas jawapan anda" Kata Cahaya

"Kenapa sayang tanya abang soalan macamtu?" Tanya Edelis. Edelis masih lagi membelai rambut Cahaya

"Cahaya nak tau je. Kalau awak tak marah, Cahaya pun tak marah lah. Cahaya nak jadikan awak sebagai contoh Cahaya" Jawab Cahaya

"Sayang, abang dah jatuh cinta pada sayang sejak kali pertama abang tengok sayang. Sayang berjalan dalam hujan, baju basah kuyup. Abang respect sayang sebab sayang tak buat 'barcode' dekat lengan. Abang nak jadi kekasih hati sayang sampai bila-bila. Semoga jodoh kita panjang. Abang cintakan sayang kerana Allah bukan kerana nafsu atau dipaksa semata-mata. Di setiap sujud abang berdoa semoga Allah mempertemukan kita melalui jalan yang diredhai-Nya seperti mana Saidina Ali mencintai Saidatina Fatimah secara senyap dan ketika Saidatina Fatimah mencintai Saidina Ali secara senyap lalu Allah SWT mempertemukan mereka melalui jalan yang diredhai oleh-Nya. Abang berdoa semoga kita akan bahagia sebagai satu jiwa dan satu hati dan juga semoga kita sentiasa bahagia hingga ke Jannah." Kata Edelis. Air matanya hampir menitis

Edelis mendengar hanya deruan nafas yang tenang dan lembut dari Cahaya. Cahaya tertidur. Cahaya mungkin mengantuk kerana Edelis terus bermain dan membelai rambutnya. Entah bila Cahaya tidur, Edelis tidak perasan. Edelis berhati-hati mengangkat tubuh Cahaya lalu diletakkan diatas katil. Seperti biasa, Edelis akan selawat beberapa kali, mengucap dua kalimah syahadah di telinga Cahaya. Edelis mencium dahi, pipi isterinya.

'Awal sayang tidur. Abang tak puas lagi berbual dengan sayang, dengar suara sayang. Selamat malam sayang' Bisik hati Edelis

Edelis lalu berjalan ke bilik bekerja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

'Ya Allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk membawa isteriku ke jalan yang benar'

•••••

Beberapa jam selepas Cahaya tidur, Cahaya bangun dari tidur, menggosok matanya yang masih buram. Dia melihat kesampingnya, Edelis tiada.
Cahaya melihat kearah jam digital yang tergantung di dinding. Pukul 10:27 malam. Cahaya lalu berjalan keluar dari bilik dan menuju ke bilik kerja. Cahaya mendengar Edelis menyanyi. Cahaya mendekatkan telinganya kearah pintu.

~ Shawty I'm gonna getcha
You know I'm gonna getcha
Maybe I'll even lecha be my chammak chammak challo
Kaisa Sharmaana aaja nach ke dikha de
Aa meri hole aaja parda gira de
Aa meri akhiyon se akhiyan mila le
Aa tu na nakhre dikha
Wanna be my chammak challo (oh oh ooh) ~

Lirik itu dinyanyikan oleh Edelis.

'Bila masa pulak dia minat lagu Hindustan ni?' Bisik hati Cahaya

Cahaya lalu mendapat idea, apa kata kalau dia sambung lirik yang seterusnya.

Cahaya lalu menolak pintu lalu menyambung lirik yang dinyanyikan oleh wanita didalam lagu tersebut.

~Unnai totta penn ullattai uruka maataya
Ennai pola pennai paarthu mayanga maataya
Kannil kannai poti vitaal sirika maataya
Ennil unnai stooti vitaal ottika maataya
Kaisa Sharmaana tujhe nachke dikha doon
Mera ho jaaye joh main parda gira doon
Aa tujhe akhiyon mein apne basa loon Aa tu na nakhre dikha ~

Edelis memandang Cahaya. Edelis tersenyum.

Mereka lalu nyanyi bersama-sama.

~Wanna be my chammak ch

allo (oh, oh, ohh) ~

Bersumbang....

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now