Edelis yang merasa serba salah tempoh hari kerana tidak melindungi isterinya daripada diculik membuat keputusan untuk membuat kejutan kepada Cahaya.
Dia menempah resort dan candle light dinner.
"Sayang, jom pergi resort"
"Cahaya takut. Cahaya tak nak pergi" Kata Cahaya
"Abang janji, abang akan sentiasa ada dengan sayang" Edelis cuba memujuk isterinya
"Tak nak"
"Sayang, abang buat macam ni supaya sayang tak takut lagi. Abang tahu yang sayang kuat. Sayang boleh hadap banyak cabaran dan abang yakin yang sayang boleh lawan rasa takut pada trauma sayang"
"Awak"
"Abang minta maaf kalau abang macam push sayang. Abang tak boleh tengok sayang hidup dalam ketakutan. Abang gagal jadi seorang suami. Abang minta maaf. Semoga dengan cara macam ni, abang boleh tebus kesalahan abang pada sayang" Edelis memegang kedua-dua tangan isterinya
Cahaya yang berasa serba salah terus tunduk kebawah.
"Awak, bawak lah Cahaya kemana saja awak nak bawak. Pimpinlah tangan Cahaya, pimpinlah sehingga ke pintu syurga" Kata Cahaya. Cahaya memeluk Edelis
Edelis memeluk Cahaya semula.
"Sayang pergi bawak apa yang sayang nak bawak. Pergi bersiap, pukul 9 malam nanti kita pergi" Kata Edelis
Cahaya angguk. Pelukan mereka terlerai.
•••••
Di dalam kereta...
"Sayang, sayang okay?" Tanya Edelis
"Cahaya ok, kenapa?" Tanya Cahaya
"Sayang diam je, abang risau laa" Kata Edelis
"Kenapa nak risau? Cahaya minta maaf" Kata Cahaya
"Kenapa Cahaya yang minta maaf? Sepatutnya, abang yang perlu minta maaf pada sayang" Kata Edelis
"Resort tu jauh ke?" Tanya Cahaya
"Jauh laa jugak. Kenapa? Sayang nak tidur ke? Kalau sayang nak tidur, tidur laa. Dah sampai nanti, abang kejut" Kata Edelis
"Cahaya tak nak tidur. Cahaya nak teman awak drive" Kata Cahaya
"Sayang, tolong ambil barang dekat seat belakang"
"Barang apa?"
"Barang tu ada dalam beg warna biru. Sayang ambil jelah beg tu terus" Kata Edelis
Ketika Cahaya menoleh kebelakang untuk mengambil beg itu, dia telah melihat satu susuk tubuh berbaju putih dan berambut panjang.
"Allahhuakhbar" Kata Cahaya. Dia menoleh kehadapan semula
Hantu itu mengilai. Hilai tawa itu didengar oleh Edelis.
Edelis meletakkan tangannya di atas peha Cahaya untuk menenangkannya. Cahaya lalu memeluk lengan Edelis. Matanya dipejam.
Edelis azan lalu membaca Ayat Kursi dengan lantang. Tingkap dibuka.
Hilai tawa itu semakin lama semakin perlahan dan akhirnya hilang. Edelis memandang kebelakang menggunakan cermin pandang belakang. Hantu itu sudah pergi.
"Sayang. Syaitan tu dah tak ada. Sayang jangan takut, dia pun makhluk ciptaan Tuhan" Kata Edelis
Cahaya diam.
"Sayang?" Panggil Edelis
Cahaya tertidur sambil memeluk lengan suaminya.
Edelis tersenyum.
YOU ARE READING
Prof.Edelis Is My Husband [C]
Romance[Tajuk Lama : Lecturer Itu Suamiku] Cahaya seorang yatim piatu yang di besarkan oleh atok dan neneknya. Dia tenggelam dalam hiburan dunia yang mengakibatkan hatinya hancur berkeping keping apabila kekasihnya dan rakan karibnya mempunyai hubungan dib...